Konferens KeretaApi Solution Asia

Posted by sazali

Salam

Minggu lepas saya tiba-tiba berada di PWTC menhadhiri satu konferencse antarabangsa Rails Asia Solution. saya rasa bagus sangat konferens ini kerana:

a) membuka minda saya bahawa Malaysia akan melalui proses transformasi pembinaan rail kereta api setanding dengan Hong Kong dan Singapura

b) memberi pendedahan bahawa kita mesti berubah - stail bergerakan kita dari satu titik ke titik yang lain. Dari kereta ke sistem erl/ monorail/ dan macam-macam rail yang lain

c) boleh mengagak berapa jumlah kos pembinaan semua sistem rail terbaru akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia ini di mana melibatkan fees konsultan dari seluruh dunia

Dalam konferens ini saya perhatikan ramai consultant luar negara yang hadhir dan mencari peluang memasuki bidding tender KTM, Rapid Rails dan lain-lain.

Sebagai penutup bicara, saya rasa , saya seperti se ekor tikus kategori ketiga ( explorer) yang sedang mencari tapak di mana saya harus berada 10 hingga 25 tahun yang akan datang. Yang pasti jika arwah Hang Tuah dan rakan-rakannya dihidupkan semula .. arwah-arwah ini akan jadi binggung dengan istilah bahasa melayu terkini dan sistem kereta api yang mula-mula bergerak dari paras permukaan bumi dan tiba-tiba tenggelam ke dalam dunia bawah tanah selapis/ dua lapis dan seterusnya 7 lapis /// dasyat ..manusia cuba menggorek tanah sedalam yg mungkin melalui teknologi canggih dan terkini. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment