Trademarks anak polis zaman 1960an

Posted by sazali

Salam.

Sambungan cerita saya tempoh hari.

Trademarks anak anak polis usually

* suka bergaduh

Ini adalah lanjutan kepada perangai suka ejek mengejek setiap hari. Dia kata kau pendek, dia kata mak kau pendek .. dan kau jawaplah .. betis mak kau hitam macam arang. Like that lah.. one day, two days, then .. semua . ahli berek polis akan bergaduh. Mula-mula dengan anak-anak di sekolah dan padang permainan dan seterusnya berjangkit kat kakak, mak dan ..kadang-kadang ayah pun masuk campur. Teruk betul zaman dahulu.

Maklumlah mana ada kumpulan dakwah dan tabligh zaman itu. That time 1960 ~ 1980 an , ustazah pun tak pakai tudung pun. Ustaz ada yang pakai vespa .. dan sport rambut P-Ramlee. Tujuan apa? Tanyalah depa. Ha..ha..

* suka bergerak dalam satu kumpulan ( gang gang membership macam kumpulan RAP, PUNK rock ..itu macamlah)

Satu berek ada 2 blok Di Batu Pahat dahulu. Blok A dan Blok B. Budak-budak blok A ada kumpulannya dan begitulah budak-budak blok B ada kumpulannya. Budak-budak blok A mesti mahu kacau kakak-kakak dari Blok B. Dan budak-budak blok B mahu kacau juga .. kakak-kakak yng 'lawa' sikit dari blok A. Silap-silap haribulan .. bergaduh pulak. Bergocoh ..bertumbuk .. payah nak lerai .. mereka ini.

* suka mengaji Quraan dari ustazah (bini polis jugak) dan bawak bantal-bantal masing-masing

kami mengaji Quraan dari jam 0700 maghrib hinggalah jam 0930 mlm. Ramainya budak-budak nak ngaji Quraan. saya cuba ..pergi awal rumah Mak Wang(ustazah itulah). Why? supaya cepat habih dan cepat balik dan tengok TV hitam putih kat kedai india di kanteen polis .. best cerita that time. Hawaii 5 O. Itu macamlah. My favourite is English Soccer League. Tengok players macam Norman Hunter, Brian Clough, George Best main bola untuk Man United. Best. Tetapi ..ngaji Quraan sekejap jer. Baca 2 kali dgn ustazah ..after taht habis dan terus ..ke kanteen ..bawah berek polis. Tengok bola dan .. seterusnya kena pukul oleh ayahanda/ bonda.. why? tak study .. tak buat Homework dan macam-macam itu lah. We ngaji sikit jer .. kerana terlampau ramai budak nak ngaji Quraan .. if ada kakak yg tak mengaji kerana 'bocor' .. giliran kita cepat sekali. Tak ramai .. orang nak belajar ngaji quraan. Dulu ..we ngaji pakai baca jer. Kadang-kadang ..ustazah ..tegur jugak tajwid kita. Tapi lantaklah. mana ada buku khas nak belajar tajwid dan macam-macam lagi. Yg penting bawak bantal dari rumah ke rumah ustazah itu. Besar bantal-bantalnya. Ada orang bawak bantal maknya. Besar satu macam jer. Boleh tidur dan buat ..TOTO .. tilam , saya maksudkan lah. Kadang-kadang kerana menyusun yusun bantal , seperti bantal dia tersentuh bantal aku .. pun kami bergaduh dalam rumah TOK GURU QURAAN. Budak-budak katakan. Mana makan saman?

** Duit Koperasi Polis

Setiap tahun .. saya dapat hadiah dari Koperasi Polis. Why? cemerlang dalam peperiksaan darjah lima, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Tak banyak tetapi syok ..tengok nama kita dan nama ayah ..dalam magazin polis ..seluruh malaysia. Ha..ha.. that time baru saya tahu ..otak saya ok punya dalam matematik. Ini membuat saya terus belajar di STAR, Grantham, Leeds, Birmingham University ..belajar pasal matematik, statistik itu jer lah ..apa lagi. He..he..

Selalunya ..dalam satu satu berek polis .. jika ada budak pandai .. tak ramai pun. Mereka yang ke Royal Military College Sungai Besi adalah idola saya. Contoh saudara-saudar Norizam Marzuki dan Roslan Mokhtaruddin ke RMC dan Kak Nor ( Kolej Islam Klang). Nama mereka harum .. selalu disebut-sebut oleh semua mak-mak orang .. mak dia , mak aku .. kau kena belajar mcam budak2 itu tau zali. Senang masa depan dia. Sejuk perut mak dia. (kadang2 tertanya-tanya jugak ..mungkin budak pandai ni membesar dengan air batu ..semasa dalam kandungan ibunya - sebab itu sejuuukkk jer ..perut mak dia).

Gitulah lagu nya. Time aku berangkat ke luar negara .. ramai budak - budak berek polis datang rumah aku ..ucap selamat jalan. Dia kata 'best kau li ..boleh main bola dgn George Best..di Manchester..we salam aku kat dio deh?'

Ha.hha.. ingat banyak dekat Manchester dengan Grantham ? Tapi apa leh buat. Nasib kau bertuah dapat tengok bola sepak English League and International games antara negara England vrs Holland; Holland versus Brazil .. That time ..Johann Cruff dan Johann Neskeen pemain bola Holland..hebat sungguh mereka main bola style Open Football.

Tetapi yang seronok sangat ialah penulis ini lah. Dari anak polis berek Batu Pahat .. hingga berek polis bandar Jerteh, Terengganu .. kaki aku dapatlah berpijak, berlari-lari ..dan bermain bola di sana (English grasses) dan belajar dgn org org hebat seperti Profesors Brown , Green, Black di Leeds dan Birmingham, UK. Tuah badan .. org tua kata.

He..he.. untung badan saya lah. Anak polis.

Sekian. Nanti saya sambung lagi pasal surau berek polis. Lain episod lah.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment