salam.
Adush .. banyak nya bahagian borang DS54 ni.
Macam-macam dia hendak. Senarai sijil akademik lah, senarai tajuk penyelidikanlah, senarai jurnals lah, .. , pendeknya macam-macam kes dunia ini.
2) Org dakwah ada kata ' if we chase the dunia, the dunia will run away from us far and far but if we chase the akhirat, the dunia comes to kissing our feet.' What say you man?
tak apa lah .. saya cuba mengisi jer ni. Tak mengharapkan sangat 95% pun tak..sekadar taat dan patuh kepada Dekan FSKTM jer. Dia mintak saya isi ..saya pun isikan lah.
3) Ada satu bahagian borang ni ..dia nak kita buat essei sejarah karier kita dari muda (after degree ) up to now. Panjang sungguh saya tulis...entah ..tak tahulah .. laku tak cerita ku ini?
4) Di universiti, majoriti staf nak naik pangkat dari rendah ke paling atas jika boleh lah. Tetapi .. kita insan hanya pandai berusaha sahaja. Rezeki yang lain .. tuhan saja yang tahu tetapi manalah kita tahu kan.. rezki ayam nampak di kaki rezki kita siapa yang tahu. Kadang-kadang malu jugak ..isi borang ini. Maklumlah kita sendiri tahu siapa kita selama ini?
5) Tetapi tabiat staf akademik ialah .. kami dah lali mengisi borang itu dan ini. So just 'tenyeh' borang ni dengan pen dakwat basah dah lah.
Ini akan dikuti dengan sesi temubual nanti dengan Dato' Prof Dr N C pulak. Apakah nasib kita nanti? Tetapi jika diselidiki secara betul , kadang-kadang ada orang itu .. tak ada pun yang hebat pun, tetapi dah rezki dia .. jadi Prof tiba-tiba jer. Ada orang lain pulak, kerja dia sangatlah hebat ..tetapi sedar-sedar tak dapat pun jawatan yang dikejar-kejarkan itu. Penat adalah.. macam2 ada . Penat bin Letih bin Laih. (laugh).
Rasa-rasa nak terbang ke pangkuan bonda supaya dia dapat mendoakan urusan kerja saya ini .. insyallah tambah se orang lagi anak melayu jati ..menjawat post PM. Insyallah. Ameen ya robbal alameen. Fikir jugak .. aku ni ada tokoh tak .. nama kat depan ada PM tu? nanti kita dapat malu nanti .. Aghhh persetankan .. just apply lah. tawakal jer lah. Kalau tak mintak, tak dapat. kalau mintak , tak dapat tak apa .. pokok nya kena mintak. Kita penjawat awam gitu lagu lah.
Sekian. Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment