Tidak tengok statistiks

Posted by sazali

Salam

Semalam saya menonton TV3 news. Fokus JPA - Dato' Nazri mendedahkan statsitik pengagihan biasiswa JPA ke luar negara bagi pelajar-pelajar yg berjaya. Sambil itu ... Menteri-menteri dari kem MCA sedang dan sudah pun memegang salinan .. agihan sebenar .. secara telus / hitam dan putih. Sebelum ini dah ada suara .. bukan bumi putera mahu pihak kerajaan ..mendedahkan di dalam dada akhbar ..semua nama / keputusan SPM sebenar/ merit atau tidak .. pemenang biasiswa ini. Aduan terbesar mereka- masih ada lebih dari 300 pelajar cemerlang mereka yg tidak berjaya!

2) Jika tak silap angka bumiputra yg berjaya mendapat biasiswa ke luar negara ialah 1200 sedangkan bukan-bumiputra angka yg berjaya 1090 .. husshhh .. terlalu hampir dgn 50% : 50% ?

3) Rumusan : MCA telah berjaya dgn cemerlang 'merampas' kek biasiswa yg selama ini dibolot oleh kaum bumiputra. Mungkinkah ini impact dari 1Malaysia? Cara Dato' Nazri menjawab bagi pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) pun nampaknya dia agak-agak cemas .. maklumlah .. reporters ..dari semua kaum .. terlalu hampir dgn nya.

4) Implikasi masa hadapan 5 ~ 20 tahun yg akan datang. Saya rasa anak-anak melayu yg bersekolah dari peringkat rendah / menengah / polytechnic/ matrikulasi/ universiti jika tidak berhempas pulas belajar, tekun belajar.. mulai sekarang jawatan sebagai guru siswazah, Pengetua, Doktor, Ketua Pengarah USM K-Kerain, PTD, PTA, Profesor, Pengarah, Ketua Pengarah, Ketua Pengurus, CEO, Ketua Panglima Angkatan Tentera dan macam-macam lagi jawatan akan mulai hilang satu per satu / terlucut dari genggaman kita MELAYU. Jika tidak.. segala yg kita nikmati ( dari sejarah Parameswara, Hang Tuah, Hang Lekir .. Tun Dr Mahathir .. Dato' Najib Tun Razak ..) akan menjadi bahan sejarah . Selamat Tinggal Melayu.

Relakah kita .. perkara ini berlaku? Lihat apa yg berlaku di negara jiran kita Singapura. Lihat sahaja Afrika Selatan. Berapa ramai orang melayu islam dapat memegang tompok pemerintahan negara tersebut? Bila itu berlaku .. ada lagi pembangunan masjid/ tegaknya syiar islam .. / komposisi jawatan? .. adakah ianya adil dilakukan ?

Ayuh tuan.. kita jangan leka. Ambil lah ajaran islam / bina fikir dan iman / jangan hanyut lagi . Kita ditumpaskan oleh bangsa lain .. semasa kita tidur .. dikhayalkan oleh lagu, musik, internet, 3D, 4D, broadband, on line banking , AIR ASIA, .. alam selesa. Akibat terlalu selesa .. empayar melayu ..mungkiin akan tersungkur akhirnya.

Kuasa kita mulai hilang adik-adik ku , anak-anak ku sekelian.. Betul kata kitab agama .. jika kita lalai dalam mengamalkan agama 24 jam sehari ..tunggulah ..satu masa nanti .. musuh akan tumpaskan kamu -empayar Othmaniah berulang lagi .. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment