Salam
kalau kita adalah seorang pelajar IPTA/IPTS berjurusan sains komputer selalunya kita akan jadi gelabah/ kelam kabut jika:
(a) TEST 1 dan TEST 2 fail terlampau rendah dan tersangatlah rendah contonnya 1/20 hingga 5/20 markah
(b) assignment 1 , 2 dan gerak kerja projek tidak pun cemerlang
Oleh itu apa yang anda kena buat? Berikut adalah langkah-langkah terbaik untuk di ikuti kerana anda tak banyak masa lagi dah .. nak berada di sini.
Langkah-langkahnya ialah:
(i) kena study kuat , lagi kuat, smart, smarter lagi dan lagi .. buat latihan dan latihan matematik kejuruteraan , matematik diskrit, statistik, pengaturcaraan komputer, projek komputer .. pendek kata masa 24 jam sehari pun dah tak cukup lagi. Ingat lagi tak semasa anda di bangku sekolah. Ada sembahyang hajat, sembahyang mintak restu ibu dan bapa (MRSM PC), dan banyak lagi upacara solat itu dan ini ..mintak pertolongan dari tuhan yg maha kuasa. Mulai hari anda dengan bacaan Yaseen. Breakfast lah sedikit. Biar otak itu .. ada power sedikit. Baju seluar biar berseterika. Kasi nampak profesional sedikit. Rambut sikat. Gigi gosok 2 - 3 kali sehari. Pakai lawa-lawa sedikit macam nak berhari raya dgn para pensyarah-pensyarah / P.A anda. ok tak?
(ii) datang kuliah awal sedikit. Jika boleh ..bersembahyanglah zuhur dan asar di kampus. Jangan berdengki dgn abang pemandu van atau bas .. kerana ..yg mengikuti kursus ijazah adalah anda sendiri bukan pemandu van / bas itu. Sekarang anda selalu salahkan van/bas kerana lewat. Jika kuliah jam 0200 ptg , datanglah ke universiti jam 0100 tengah hari. Tidaklah terlalu gopoh gapah jika hendak menghadhirkan diri ke kuliah. Tonggang motosikal itu baik baik.
(iii) jika nampak jawatan 'pembantu teknik' di mana mana institusi kerajaan / swasta .. saya nasihat kpd anda untuk belajar memohon dah. Jangan tunggu lama-lama. Just apply kerana ramai pelajar saya dah pulang dari konvokesyen PUO. Dah bagus dah itu..
(iv) doa kepada tuhan supaya hati anda cekal untuk menghadapi beberapa minggu ke hadapan ini maklumlah tak lama lagi akan tertampal markah carry .. coursework ..sebelum anda memasuki dewan peperiksaan besar / final semester examination. Jika markah TEST1 dan TEST 2 terlampau rendah ..tak kan ..markah carry ..anda ..tertinggi pula. Itu benda yg tak logik. Program Excel ikut arahan pensyarah membabi buta sahaja.
(v) jaga diri baik-baik. Langkah longkang elok-elok. Tengok langit - adakah ianya cerah dab berseri seri dan bulan dan bintang di langit. Ingatlah .. ramai lagi orang senang di luar pagar kampus ini tak ada degree/ masters / phd pun tak apa. Cuba tanya Datin Siti Norhaliza atau Datuk 'K'. Bukan semua 1000 orang penuntut tahun 1 ijazah sains komputer / kejuruteraan komputer akan naik ke tahun 2, ke tahun 3 dan seterusnya konvo ikut tempoh. Banyak dugaannya. Ada yang telah digagalberhentikan oleh pihak fakulti. Bagus jugak bukan?
Itu sahajalah.. jangan bersedih. Kalau orang lain yg smart habiskan ijazah dalam masa 3 tahun .. mungkin anda boleh extend tempoh pengajian kepada 4,5,6 dan 7 tahun. Tak apa. Bertenanglah. Jangan susahkan hati mak bapak anda. Just tell them you are advised to do extra professional studies di universiti ini. Insyallah.
Sekian. Nasihat saya jujur dan ikhlas. Jangan salah tafsir. Yang baik dari Allah dan yang tak baik itu .. mungkin kelemahan diri saya sendiri 24/7.
Cuba renung-renungkan lah.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment