Motivasi III pasal duit

Posted by sazali

Salam

Semalam saya diberikan sedikit taufik dan hidayah berada dalam markaz dakwah dan tabligh kawasan Batu Pahat/ Muar/ Kluang  dari jam 0600 ptg hingga 1000 malam.  Saya sudah lama menghilangkan diri dari markaz kerana urusan dunia ( anak, bini, kerja, beli makanan , bayar sewa rumah, kereta dan macam-macam lagi).

antara isi kandungan penceramah ialah:

(i) duit tak boleh beli kebahagiaan
(ii) duit membolehkan kita membeli berbagai  jenis makanan tetapi duit tak leh beli selera nak makan lagi dan lagi
(iii) ada orang makan macam macam tetapi dia terus sakit dan semakin sakit sedangkan ada orang ..  tak dapat beli pelbagai jenis makanan .. tetapi sekali dia hadap satu jenis makanan/ buah-buahan .. semuanya habis dan terus sihat dan boleh sambung jogging keesokan harinya

So siapakah yg kawal kebahagiaan, selera dan kesihatan kita semua?

Jawapannya mudah :  Allah Taala.

Jika untuk duit ..kita telah kurbankan banyak masa terbaik kita dari 0700 pagi - 0600 ptg setiap hari dan ketika. Masa kita letih , malas, ..itulah kita berikan untuk urusan akhirat / urusan agama.  Untuk duit, kita beri segala jenis tenaga termasuk potential energy, kinectic energy, energy gagah perkasa .. tetapi untuk urusan agama / urusan Allah ..kita beri no energy at all.   Ada energy tetapi malas punya.  Why?  kita tak mahu ingat apa pa aberkenaan dgn Allah Pemberi segala jenis nikmat yg ada pada kita.

Anak terbaik kita berikan segala kemudahan dia bersekolah SBT, SMS, MRSM, Lembah Beringin , Banting, Kelisa di UITM, VIOS di UTP   sedangkan anak anak yang ada problem / malas / lemah dalam pelajaran UPSR, PMR ..kita hadiahkan kepada Allah ..  supaya Allah bimbing dia ..ke arah syurga di pondok agama dekat rumah To' Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan atau di Surabaya, Indonesia.  Pokok nya anak yg tak cemerlang apa-apa itulah kita mnta dia  hafal 30 juzuk al-Quraan. Why this torture, my stupid dear?

So rumusan cerita ..hadiah kita ialah apa apa yg terlebih/ tak berharga ..itulah ..untuk Allah - pencipta sekalian manusia dan makhluk 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Kita tak ingat Allah time kita senang, maju, hebat, berjaya, .. dan time yg indah-indah.  Kita akan ingat Allah time kita 2 saat sahaja lagi nak mati/  contohnya .. kepala kita dilanyak oleh treler 40 biji tayar .. masa itu kita akan ingat Allah banyak banyak.  Why u make me like this, o my LORD?

Bila time senang kita lupa Allah , maka payah lah Allah nak ingat kita time bila kepaa kita dah terburai atas jalan raya itu.  Thats why we die ..like that lah.

Bila time hebat kita lupa Allah yg memberi kita otak terbaik dalam bidang kejuruteraan, klinikal, analisa matematika, statistika, dan macam macam lagi .. macam mana Allah nak ingat kita time kita bergaduh dgn isteri kita yg kaya, hebat, lawa , bergaya, moden, kulit putih  kuning langsat, mata bulat, kening lebat, saiz mulut just nice , good feeling punya   .. sekarang  macam mana Allah nak letak tiba tiba sifat sedarkan diri kpd isteri kita itu.. haik!  itu suami mu ..tau?  Bila kedua suami isteri sedar ..mereka akan berdamai secara terhormat/ n don't worry apa apa lagi.

Sekarang .. ibu bapa ..sanggup membunuh anak anak ..kerana Allah dah lupa kedua makhluk nya bernama manusia  bersifat haiwan buas ini.  Jika Allah ingat kat kita, sudah tentu Allah bawa kita kembali kepada ..keadaan penuh sedar ..bahawa di depan kita ini adalah anak kandung kita sendiri.  Oleh itu kita tak sanggup menyusahkan anak anak apa tah lagi membunuhnya.  Dalam akhbar tadi, orang melayu pompuan umur 19 tahun , mencampakkan bayi nya yg baru lahir .. ke tanah dari tingkat 12 ..tingginya.  Tengok Allah dah lupa kita orang melayu .  Hati melayu sudah jadi syaitan dah.  Kita lupa .. alam akhirat ..di mana semua amalan kita ..akan diperhitungkan.  Astagh firullah.

So bagaimana nak dapat .. pleasure Allah di mana Allah selalu ingatkan kita dalam semua keadaan.

Langkah 1 - 3

(i)  kita kena taat pada perintahnya/ ikut suruhan nabi Muhammad s.a.w.  How?
(ii) kerjakan sembahyang 5 waktu di masjid/surau;  baca Al Quraan sedikit tetapi istiqamah (tetap setia membaca setiap hari ..sebelum maghrib contohnya)
(iii)  sanggup kurbankan masa kita, wang ringgit kita , fikiran kita, kesihatan kita untuk menyebarkan agama islam yg suci murni.

Untuk itu siapa mahu kasi nama 4 bulan cash?  40 hari cash?  3 hari cash ?  Cash = sertamerta.

Selalunya .. kalau ada org masjid datang menjemput kita .. datang untuk bertahlil ..kita beri alasan seperti mak saya sakit, isteri saya tak sedap badan, anak saya tuisyen piano malam ini jam 0730 malam rumah cina , anak pompuan saya tuisyen ballet jam 0730 malam rumah Kumari , dan macam macam lagi .  Matlamat tak nak pergi tahlil.

Tetapi kita kena ingat bila malaikat maut datang kat pintu rumah kita petang nanti jam 0700 malam ..  kita kena pergi dgn nya serta merta ..  tak ada dah .. nak servis mak ker, isteri kita yg muda ini ker, tuisyen anak ker .. , tak sempat nak fotostat grean tanah kita 40 hetar dalam laut cina selatan..  semua we have to say good bye at that particular moment indeed/  see?  Usaha dakwah ini ada dalam kalangan masyarakat kita supaya kita berlatih, mula berlatih mulai sekarang kita kena pergi tolong buat kerja dakwah sekarang juga  ..kerana pada satu hari nanti ..kita kena tinggalkan dunia ini serta merta macam budak pecah kepala dilanyak oleh treler 40 tayar tadi di awal-awal artikel ini.

Maaflah saudara ku pembaca yg budiman.

Itu adalah ..intisari bayan dari pendakwah dari Indonesia .  Kita kena blajar dengar cerita-cerita begini sekali sekal supaya hati kita .. dah dididik dgn ..  kita kena sedar ..dunia ini manis tetapi dia tetap SEMENTARA/ tak kekal sampai bila-bila.  Tanya org org Aceh 2004;Jepun 2010 .. yes ..harta dunia tidak kekal adik oooi.  Maaf banyak banyak jika penulisan saya tidak sebagus tuan hamba. Kalau bagus ..tulislah sedikit. plz.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment