Kapal yang karam

Posted by sazali

Salam

Apa kahbar pembaca budiman?  He..he..

2)  Pernah tak tengok sebuah sampan atau kapal karam dalam sesebuah sungai atau lautan?  Dalam TV .. saya yakin semua kita dah tengok ini semua.  Ramai orang akan mati kerana lemas dan macam-macam benda yg sedih.  Titanic Filem ..  menunjukkkan betapa susahnya manusia dalam sesebuah kapal dalam proses karam/ tenggelam.

3)  Tahu tak mengapa kapal itu karam?  Betul.  Banyak muatannya.  Yes ..muatan kapal itu terlampau banyak seperti sebuah perahu membawa satu bukit besar buah-buahan tempatan seperti tembikai (timun cina) , labu, terung, timun batang dan macam-macam lagi.

4)  Begitu juga manusia di dunia ini.  Bila banyak sangat kita pikir pasal dunia ..  urusan kerja 10 jam sehari, urusan kereta CAMBRY , urusan anak-anak di sekolah , urusan isteri FB dengan kawan-kawan lamanya di sekolah pada satu zaman dahulu kala ,... ,  maka ada kemungkinan kita akan karam untuk menguruskan semua dugaan yang mendatang.

Bila karam dengan urusan dunia maka kita sebagai manusia biasa akan:

(a)  lupa sembahyang 5 waktu sehari;  kalau sembahyang pun di hujung hujung waktu jer
(b)  lupa nak baca Al Quraan se pipi sehari
(c)  lupa nak berdoa kepada Allah ..  yg kita nak kejar ialah gaji kita hari ini  25 APRIL 2012 sebagaimana dijanjikan oleh YB PM Dato' Seri Mohd  Najib bin Tun Razak// tok we tok pakoh mu PRU13 ini .. he..he..
(d)  lupa nak mendirikan sembahyang di masjid waktu maghrib, isha dan subuh setiap hari
(e)  lupa nak sebut Subhanallah, Alhamdulilah dan Allah Akbar  -  tak pernah sebut salawat nabi pun.
(f) lupa nak telefon mak dan ayah di kampung ..  mereka sedang menanti panggilan kita ..sewaktu akhir akhir bulan begini.  Yes .. duit poket mereka lah .apa lagi?  banyak mana kau kirim kali ini  jali ?
(g)  lupa nak tolong orang susah terutama jiran tetangga
(h)  lupa nak melawat kawan yg terlantar di hospital ..dengan penyakit kanser tahap 4 dah
(i)  lupa nak jenguk warga kubur .. sebelahan dengan masjid kita di kampung itu - sedekahkan Al Fatihah
( j)  lupa nak tolong kawan kawan kita yg sedang berusaha dengan satu tugas yg mulia .. pikir agama dan Iman  - jamaah dakwah dan tabligh -  sehari sepetang di jalan Allah , lebih baik dari dunia dan se isi-isinya

Dan yang paling tragedik .. kita lupa kita akan mati bila bila masa sahaja bila menaiki sebuah kenderaan dari rumah ke tempat kerja, pasar, sekolah, emporium dan .. banyak lagi destinasi kita yg lain.  Yang kita tahu ..yang accident itu .. orang lain ..bukan AKU!  aku tak kena punya..

Sekian.  Saya merayu diri saya dahulu .. dan juga tuan hamba ..jgn biarkan ..diri kita karam dengan nikmat dunia ini.  Ayuh ..  kembalilah  ke pangkal jalan.  Buat usaha agama yg suci ini.  Dakwah fi sabililllah.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment