isu hadiah

Posted by sazali

Salam

Bila semua biasiswa nak kasi sama adil , now dah mula nampak .. susah hatinya kerajaan kita maklumlah .. ramai pelajar kaum tionghua dan india mencapai kejayaan SPM 2011 yang tersangat-sangatlah cemerlang jika dibandingkan dengan pelajar kaum melayu dan bumiputra.

Semalam dalam EDUCATE (supplement paper SUNDAY STAR 8 April 2012) .. dah ada dah statistik mengenai pemberian hadiah biasiswa ini. Tetapi ramai pelajar SPM dah mula sedar bahawa scholarship banyak dihadiahkan kepada pelajar STPM/ HSC/ GCE 'A' Levels dan Matrikulasi. Tengok ayat tadi .. matrikulasi dah berada dihujung sekali. Untuk makluman , ramai pelajar STPM sains dan matematik adalah terdiri dari kaum bukan bumiputra. Sedangkan .. ramai kaum bumiputra adalah mereka yang kini berada dalam Kolej Matrikulasi KPTM seluruh pelusuk negara. Secara logik, trend hadiah biasiswa akan berhijrah dari kekuasaan mutlak kaum bumiputra kepada kaum bukan bumiputra.Beberapa minggu lalu, ada penulis berbangsa india dan cina .. membawa perhatian pembaca bahawa score 4.0 flat peperiksaan matrikulasi adalah setara dengan score 3.0 dalam peperiksaan STPM kerana skema STPM adalah dari Cambridge Universiti England sedangkan skema peperiksaan matrikulasi dibina di tanah air ini sendiri. Kasihan kita yer?

Semalam , satu rahsia terbongkar lagi. Sudah 2 tahun berturut-turut tidak ada calon malaysia yang berjaya ke Harvard Universiti, Amerika. Selalunya ada tetapi sejak 2010 ..tidak ada lagi calon malaysia ke sana. SEcara logik, ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yg tak kena dengan sistem dan kualiti pendidikan di sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Singapura sahaja berjaya merangkul 9 tempat pengajian di Harvard, Thailand 7, Vietnam 7, ...Malaysia = 0. Ok tak? He..he..

Untuk menunjukkan payahnya .. pencapaian hadiah biasiswa .. Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin (my ex-boss, Pengarah Pelajaran, di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 1985 - 1988) .. mereka dah mula reka sesuatu .. cara supaya calon melalui satu set ujian attitude, aptitude, teamwork .. pendek kata .. makin payahlah anak-anak cucu ku memperolehi hadiah biasiswa pelajaran ini mulai tahun 2012 ke ...entahlah.

Mengapa? dah kerana kerajaan nak tunjukkan sangat mereka serba adil. Tu lah.. orang orang kampung di Kelantan dah mula bising .. senjata memakan diri tuan sendiri.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment