Bila berdoa kita kena ..

Posted by sazali

Salam Di dalam masjid kita selalu melihat .. makmum menadahkan tangan dan mengaminkan ...doa tuan imam selepas selesai sesuatu fardhu solat. Tetapi .. mengikut pengamatan saya .. ramai ..makmum .. sambil menadah tangan .. mereka sibuk membuka handsets masing-masing. Mulut kata amin ... tetapi .. mata melihat tajam kpd skrin handphones. Sebagai saudara islam mereka .. ini ada sedikit petua: a) bila berdoa .. yakinlah tuhan Allah itu ada melihat kita b) kita berdoa .. kita kena yakin Allah Maha Kuasa bukan parti politik , orang kuat politik yg berkuasa c) rezeki semua dari Allah .. salah satu rezeki ialah nikmat kesihatan yg baik. Kalau kita sihat, kita mahu isteri kita sihat dan anak anak kita pun sihat juga. Apalah gunanya kita seorang sahaja yg sihat ..sedangkan isteri dan anak anak di rumah semua tak sihat. d) kita kena khusuk berdoa. Jangan ingatkan benda benda lain ..walaupun handset kita tertinggal kat kedai mamak 25 jam itu ..bahaya! e) belajarlah mendengar apa yg didoakan oleh iman besar kita. Kalau kita pakat pakat dengar .. rangkap rangkap doa pak imam ..kita boleh menghayati apa yg dipohonkan oleh imam untuk semua orang makmum yg ada di dalam masjid dan di luar masjid. Sekarang .. masyarakat kita sudah tidak bahagai macam dahulu lagi. Kita asyik berburuk sangka. Kita hanya berbaik sangka .. jika ada pelawat dari Eropah/ Amerika saja yg datang menjenguk kampung halaman kita membawa video kamera untuk merakam kambing kambing dan buah sawit kita sahaja. Kita seharusnya ..berbaik baik sangka ..sesama kita. Walaupun kita tamat belajar dari negara negara berasingan / berlainan .. kita tetap saudara islam sesama kita. Jika kita boleh menanam sifat berbaik baik sangka ..sudah tentu kita hidup lebih nyaman dan bahagia. Kenduri kawan ..kita hadhir meraikan ...pasangan pengantin. Dan harap harap kenduri kita ..ada juga kawan kawan yg datang memeriahkan ..majlis kenduri kita. Baru best hidup ini, bukankah begitu ? f) Bila berdoa ..budget sedikit masa untuk berdoa bersungguh-sungguh hati. Contoh ..kita pernah mengalami saat saat genting .. sebegini rupa ..contohh ...isteri pertama susah nak bersalin anak sulong kita ... ingat tak betapa bersungguh sungguhnya ..kita meminta pertolongan dari Allah untuk membantu isteri dan anak tersebut. Alhamdulilah ... semua sudah selamat. Wajah kita dululah ..yg paling gembira ...kerana terbukti kpd dunia bahawa kita lelaki bertuah hari itu. Syukur Tetapi kualiti doa kita tak bertahap begitu ..bila isteri kita ... akan bersalin kali ke 10. Lagipun isteri kita itu doktor pakar USM KK, Kelantan pula. Dengan pangkat itu, kita ingat ..bahawa kawan kawan isteri di hospital itu sudah mencukupi dan memadai ..maka tengoklah ..kualiti dan kesungguhan kita berdoa kpd Allah yang Esa. Ada sama ker doa kali 1 anak pertama dengan kualiti berdoa anak ke sepuluh? Hanya tuan/puan hamba sahajalah yg dapat menjawabnya, bukan? Saya rasa tahap kualitas sudah berbeza sedikit.... Mengapa begitu? kerana ..kita yakin kpd pangkat si isteri kita dan perkaitannya dgn USM KK, Kelantan. Sandaran kita kpd Allah Taala tidak sebulat getir macam dahulu lagi. Inilah yg berlaku di seluruh dunia. Keyakinan kita kpd Allah sudah berpindah kpd kekuasaan , kehebatan manusia ..contoh di atas ..kpd pangkat dan darjat isteri kita. Astagh firullah hal azeem. Bila pengantungan kita tidak 100% kpd Allah .. bagaimana Allah nak bantu kita dlm semua hal ..seperti kemiskinan, bahaya penyakit yg datang tidak putus putus , kerisauan kita sentiasa tidak hilang .. kita risau serba serbi ..itek bawah rumah tak bertelur pun kita risau, anak tak skor 5A dalam UPSR kita risau ... isteri asyik overtime pun kita risau , isteri dok ketawa dgn mat bangla pun kita risau ..pendek kata jika musang bawah rumah terbatuk batuk nakal dan gatal pun kita turut risau ... lantas pada satu hari jantung kita meletup dik kerisauan kita mengalahkan tahap risau seorang Raja , seorang Perdana Menteri , seorang ketua polis negara dan ... o yes ..kita mati dlm kereta kita kerana risau membabi buta. Ayuh ..untuk mengelak penyakit serba serbi risau dan gila ini ..marilah kita belajar memberi masa untuk buat doa semata mata kpd hadrat Illahi. Allah Maha Besar. Bila Allah makbulkan doa kita ... tempoh pengajian PhD seperti penulisan tesis .. dapat diberehkan mengikut jadual penaja utama kita. Tak perlu lagi kita extend .. berkali kali ...dan risau kita tak kkunjung padam. Allah! sekian. wallahu aklam bis sawabbb

0 comments:

Post a Comment