Pengalaman mengajar kita

Posted by sazali

Salam Dalam dada Al Quraan, terkandung banyak cerita berkisar kpd perjuangan nabi nabi menjalankan dakwah. 2) Dari salah satu kisah itu, kita cuba memahami hakikat terkandung di dalamnya seperti: 2.1 Nabi Musa a.s. dgn tongkatnya Dalam kisah Nabi Musa a.s. (khalilullah) .. satu hari Allah bertanyakan kpd Nabi Musa a.s. apa yg ada ditangannya? Jawapan nabi musa a.s. tidak tepat. Dia menceritakan dengan tongkat ini .. dia dpt menebas daun daun kayu dari pohon pohon rendang untuk makanan kambing/ biri birinya. Bila ada daun daun untuk dimakan, badan kambing semakin membesar dan mampu mengeluarkan banyak susu untuk kegunaan keluarga Nabi Musa a.s. Banyak lagi diceritakan oleh Nabi Musa kpd Allah .. mendengar cerita macam macam kebaikan ..dari tongkat tersebut .. Allah mencabar Nabi Musa a.s. tolong campakkan tongkat tersebut ke atas tanah/ bumi. Tanpa memikir panjang .. Nabi Musa a.s. mencampakkan tongkat tersebut. Terkejut besar .. Nabi Musa ..apabila tongkat nya bertukar serta merta kpd seekor ular yg besar dan hidup cergas dan bersedia untuk memakan Nabi Musa a.s. Sebagai manusia biasa ... Nabi Musa a.s. cuba lari dari tempat tersebut serta merta kerana ketakutan. Melihat keadaaan panik dan wajah Musa tiba tiba pucat ketakutan .. Allah Taala mencabar Nabi Musa sekali lagi ... dgn tanganmu Ya Musa. Kalau diperintahkan aku pun .. aku pikir 200 kali ..logikkah nak tangkap ular besar dan merbahaya itu dgn menggunakan tangan secara 'bodoh bodoh' ini. Oleh sebab ..pelakon itu seorang Nabi ... maka ditutop mata .. dan menangkap kepala ular yg besar itu. Bila ditangkap jer kepala ular .. tiba tiba badan ular bertukar kpd tongkat kayu yg asal semula. Cukup gembira Nabi Musa a.s. Hishh..hishhhh... sekarang jika kita buat benda alah ini di stadium UTHM , Parit Raja .. rasa rasa ..mahukah pelajar/ pensyarah2 .. melihat peristiwa yg ajaib ini? 3) Ada pengajaran terkandung di dalam cerita Nabi Musa a.s. dgn tongkatnya. Pengajaran tersebut ialah: 3.1 sesuatu itu akan memberi kebaikan kpd manusia jika Allah Taala izinkan. Tanpa izin Allah .. tongkat itu tidak akan membawa apa apa faedah kpd manusia iaitu Nabi Musa a.s. 3.2 Benda yg merbahaya .. akan memberikan mudarat kpd manusia jika ada izin Allah ..tanpa izin Allah .. kemudaratan apa apa pun tidak akan membawa apa apa kesan kpd manusia. Ini adalah ilmu yakin yg mana ramai manusia sejak Musa a.s. hinggakan ke akhir zaman .. perlu fahami baik baik secara mendalam. Hakikat yakin kpd kekuasaan Allah mesti ada dlm hati dan nurani kita sepanjang masa. Sekarang kita dilimpahkan harta sebegitu bnayak sekali. Ada orang mempunyai sijil akademik dari UPSR, PMR, ..PhD .. kalau ditimbang mungkin beratnya .. mencicah banyak jugalah grammme nya. Dengan sijil bertimbun timbun ini kita percaya ..kita akan hidup senang selama-lamanya. Dari sijil ..datangnya .. pekerjaan. Bila ada pekerjaan ..yakin kita ialah .. semakin tinggi pangkat kita ..dlm kerjaya .. makin kaya dan senanglah kita. Dari peluang kerja tersebut ..berubah mengaji gaji ..berubah pula kpd timbunan harta seperti membeli tanah sawit berekar-ekar banyaknya .. pintu kedai .. banyaknya geran rumah dan kedai , itu belum termasuk geran kereta yg beranika jenis BMW, Audi, Merx, Vios, Proton, ... motosikal pun ..penuh bawah rumah di kampung kampung Felda Jengka Pusat .. manusia mula yakin ..bahawa harta bertimbun timbun inilah ukuran sukses dunia dan akhirat. Kalau isterinya ..berkerja juga .. dan mempunyai pangkat dan kedudukan tinggi dlm politik .. selari dgn pihak pemerintah .. bayangkan jutaan ekor lembu dan kambing milik mereka. Walaupun tuan badan berada dlm apartment mewah di kumpur .. kambing kambing , lembu lembunya terus membiak ... kaya dan terus kayalah tuan punya badan tersebut. Ini lah penyakit umat islam sekarang ini. Kita tak yakin kpd Allah .. tetapi keyakinan ini berpindah kpd benda benda material. Oleh sebab terlampau takzub dgn kekayaan material ..ada manusia mati dalam kandang kambing/ lembu/ unta/ kuda/ ..binatang bintang ternakannya. Ada yg mati ..dlm kereta mewahnya bila jantungnya pecah secara tiba tiba. Ada tu ..sebelum mati .. namanya cukup popular dgn pemandu van kecemasan hospital pakar kumpur sana. Apa tidaknya ..selalu sangat dia pitam dan tak sedarkan diri .. secara tiba-tiba. the moral of the story is: 4) kita tak boleh yakin bahawa kekayaan itu membawa manafaat kpd kita secara total ..tanpa izin Allah. kita kena yakin sebenar benarnya (bulat getil) bahawa Allah Maha Kuasa. Jika Allah izinkan .. dari keadaan miskin ..kita boleh tiba tiba jadi kaya dan jika Allah mahu .. dari kaya kita ..tiba tiba kita jatuh bankrap selama-lamanya. Oleh itu .. baharui lah ucapan syahadah mu .. dan ambik ..balik .. keyakinan kita hanya kpd Allah yg Satu. Insya allah kita akan berjaya. How/ bagaimana? Saya akan menulis lagi insyallah.. tunggulah. insya allah. sekian. wasallam.

0 comments:

Post a Comment