untung tak?

Posted by sazali

Salam. Umat Nabi Muhammad s.a.w. sangat beruntung. Walaupun purata umur kita hidup di dunia dikatakan pendek 60 tahun sahaja ..umat ini dikurniakan berbagai bagai nikmat bergelar rahmat, berkat dan rahmah. Allah hu Akbar! pertama ..umat nabi noah alai his salam hidup 900 tahun lamanya..tetapi umat tersebut tidak diberikan tugas dakwah kpd manusia lain. bila umat ini mengambil usaha dakwah mirip kpd cara baginda rasulullah s.a.w. dan para para sahabatnya lakukan ..maka sesaat memikir pasal agama dan fikir pasal agama umat ini pun telah menjemput berbagai bagai pahala dari sisi Allah. Tempoh sesaat itu seperti beramal sembahyang sunnat beribu ribu rakaat lamanya. di dalam satu ayat Al Quraan ..mahfumnya ..Mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yg lebih menguntungkan kpd kamu. Keluar fisabilillah (berdakwah) ..ini adalah lebih baik dari kampung dunia dan isi harta kekayaannya. Alangkah beruntungnya kita jika kita menyahut pelawaan khaliq kita itu iaitu Allah. kedua , jika ada kalangan kita bersusah susah payah mencari ilmu ..setiap saat kita belajar, research, menulis jurnal dan menulis buku mengenai ilmu yg kita terokai ini ..semua aktivitas ini dipanggil ibadat. Bahkan ..semua makhluk seperti burung dan ikan ikan di lautan akan memohon agar Allah ampunkan dosa kita. Masya allah. Besarnya fadhilat menuntut ilmu ini apatah lg ..ilmu yg kita berikan kpd students dpt dipraktikkan di luar negara seperti Yaman, Indonesia, Vietnam, Nigeria dan lain lain lg. tengok hayat kita tak sepanjang umat nabi noah a.s. tetapi usaha kita yg sedikit ini ..dgn izin allah akan membawa sinaran kebaikan kpd orang orang lain. Ketiga, derma dari umat ini ..seperti membina masjid, jambatan, tandas awam, bangunan sekolah ..selagi ada manusia menggunakan itu punya bangunan, jambatan, tandas ..selagi itulah .. buku akaun pahala kita terus terbukak luas sejauh mata memandang. Duit kita taja ..budak kemboja menjadi tahfiz..kesan akibat wujudnya tahfiz, hafiz dan hafizah..semua amalan dan kesan amalan mereka ..komputer Allah terus mencatit kebaikan derma yg kita hulurkan dan salurkan dahulu. oleh itu bersyukurlah..kita menjadi umat nabi besar ini Muhammad s.a.w. jgn lepaskan peluang ..melakukan sesuatu amalan baik ..selagi hayat dikandung badan. ayuh! wallahu aklam bis sawab

0 comments:

Post a Comment