Bukit emas

Posted by sazali

Salam. Bila ada anak kita ada banyak tanggungjawab. Apa itu tanggungjawab? Senang jer. Pertama, buat tugas kita sebagai ibubapa ikut kemampuan kita seada-adanya. Didik mereka secara terbaik ..ilmu agama, ilmu dunia dan skill cari makan siang dan malam. Lepas tu ..kita ingatkan mereka selalu selalu ..kena tolong ibu ayah yang semakin tua. Kalau dapat anak yg bagus ..berbudi bahasa, bertimbang rasa dan ada status/ pangkat dan darjat dalam komuniti kampung, bandar dan negeri ..apa lagi kita mahu bukan? Org masjid kata..itulah bukit emas mu. So buatlah tugasmu secara terbaik sebelum terlewat. Dalam Al Quraan yg suci terdapat satu surah bernama Wal Asri .. Tuhan bersumpah. Demi masa ..semua manusia dalam keadaan rugi. Cino rugi, melayu rugi, India pun rugi ...kecuali orang orang beriman, beramal soleh, ajak mengajak kpd amalan kebaikan dan bersabar. Salah satu tugas besar dlm amalan amalan baik ialah membesarkan anak anak kita masing-masing. "Masa"itu ialah sekarang dalam keadaan kita dipengaruhi dgn teknologi ICT dan macam macam benda alah yg menjauhkan anak anak dari berdamping dgn orang orang tuanya. Masa ini berbeza dgn masa "zaman" purba/ zaman pra merdeka/ zaman darurat .. dari Nabi Adam alaihis salam .. , Hang Tuah, Hang Jebat ..Tun Mahathir... masa terus bergerak .. dan sekarang adalah masa kita. Ini sahaja masa yg ada. Ada org dapat nikmat hidup 60, 70, 80, 90 tahun dan ada yg singkat 10, 20, 30, 40 tahun dah pulang ke pangkuan Illahi. So.. saya memanggil diri saya dahulu.. Jangan sia siakan masa yg ada ini.. jom kita semua? Buatlah sesuatu yg terbaik. Insyallah. Al Fatihah. Sekian

0 comments:

Post a Comment