Hati manusia ditimpa musibah sama jer

Posted by sazali

Salam. Sudah seminggu dunia menyaksikan ibu dan ayah menunggu penuh debaran nasib anaknya di atas pesawat MH370 tu. Tidak kira bangsa..masing masing mengharapkan miracle / sesuatu yg ajaib bisa berlaku. Orang melayu menangis. Org cina pun menangis. Orang india dan Ukraine menangis ..mengenang nasib anaknya nun jauh di sana. Pada saat ini, tidak ada orang mana mana pun tahu dgn penuh kepastian sama ada anakku itu selamat atau tidak. Yang kita tahu, air mata insan insan ini berwarna sama putih meleleh dari lubang biji mata dan terus mengalir tanpa sedar membasahi wajah mereka. Kalau diukur tahap rasa masin masam àir mata itu..penulis yakin rasa masin masam (PH value) adalah sama. Nilai air mata ini ialah masing masing meratap rindu pemergian org org tersayang. Tetapi kalian tahu kan..rasa sayang Allah kpd makhluknya adalah 70 kali ganda sayang ibu kpd anaknya. Allah tak mahu kita susah nanti. Lantas dihantarkan Nabi Nabi/ Rasulullah membimbing kita agar selamat dunia akhirat. Oleh itu sedarlah..kita akan selamat jika kita patuh kpd ajaran tuhan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Hari dah jauh mlm. Mata penulis sudah mulai mengantuk. Kalian bersedih. Rakyat Malaysia turut bersedih juga. Kami terus berdoa dgn penuh yakin..tuhan akan selamatkan org org tersayang tuan hamba. Wallahuaklam bis sawabbb. ( Allah knows best).

1 comments:

  1. timah said...

    Sama² kita doakan agak semuanya selamat. Dr.Hj, rindu pula nak dengar celoteh bersama2 sewaktu hj ajar kelas kami.

Post a Comment