Kehidupan skema kesayangan tuhanmu

Posted by sazali

Salam.

Sebagai bapa kita mendidik anak anak mengikut rubrik/ standard yg dipanggil skema.  Dalam kata lain..berpandukan tertib dan adab beragama yg rapi seboleh-bolehnya.

Contoh..kita mendidik anak anak untuk menjaga  solatnya 5 x sehari semalam..Bantu anak anak supaya rajin membaca kitab Al Quran dan al-Hadith ..menggalakan anak berkawan dgn org org baik perangainya dan banyak lagi agar semua anak anak melayu menjadi warga yg baik di dunia. Bila anak anak mempunyai asas baik ..negara akan selamat. Tidak ada rasuah, penipuan dan pembunuhan.  Tetapi mutakhir ini ..ada budak-budak dari kalangan yg belajar di peringkat tinggi universiti sehingga kepada budak berhingus di sekolah rendah - mereka tidak gemar dgn kehidupan berbentuk skema ini lagi dan lagi.  2)  ini cukup memeranjatkan kita warga tua yg telah mencuba bersungguh sungguh menerapkan piawai skema dlm setiap penjuru / aspekkehidupan anak anak masing-masing - demi amanah tuhan yg suci.

3)  Mengapa tidak mahu skema? Tak berapa gemar dgn skema ?  tidak mahu bersolat, tidak mahu menutup aurat, tidak mahu berbakti kpd ibu bapa yg sudah uzur di kampung dan tidak berdisiplin (di tempat kerja dan sekolah).

jawapannya ialah ..tahap kualiti keimanan kpd tuhan sudah semakin luntur , menurun, ..Jika tidak dijaga dgn baik dan cermat ..menjuruskan kpd sifat kekufiran. Au zubillah min zalik.

4) Budak perempuN tak gemar lelaki skema. Budak lelaki pun taK suka budak perempuan berskema?  Pelajar pelajar di sekolah atau universiti tidak suka guru/pensyarah skema

begitulah ceritanya.  Alasan..hidup berskema cukup boring dan menjemukan (monotonous).

Dlm kata lain tanpa skema ..takwa kpd tuhan@ buang islam jauh-jauh  ..mereka akan hidup lebih seronok dan cukup membahagiakan.  Mereka mahu hidup macam artis artis barat yg mengamalkan kehidupan Rock Hudson yg mati kerana homoseks ...  George Best mati kerana arak ..  dan kaum Lut yg mati kerana kehidupan bebas ( tak tidur malam ..hanya tidur di siang hari memanjang).

Di sinilah pengaruh dakwah, dakyah kristianiti mula memasuki ..ruang ruang boring ..setiap tubuh badan anak anak islam tak kira berketurunan melayu, indon, arab atau sesiapa jua.

5) Mengapakah ini berlaku? Ada 3 sebab utama. Pertama ..sistem pendidikan yg menekankan unsur unsur materialistik ke dalam jiwa anak anak. Sistem yg menekankan bahawa bila duit banyak ..kehidupan kamu semakin bahagia, mulia dan benar benar berjaya.

Kedua..ibu bapa yg tertidur/ lalai  membimbing anak anak ..pada usia anak anak berusia 12 hingga 25 tahun.  Ini boleh dilihat dgn jelas..dlm setiap rumah tangga melayu. Ibu bapa hanya fokus menghantarkan anak anak bersekolah agama pada masa anak anak berusia 5 hingga 13 tahun sahaja.  Selepas itu ..anak anak dibiarkan /disajikan kehidupan penuh dgn muzik, bolasepak, ICT, program hiburan dan filem filem melayu yg anti atau memerlikan unsur-unsur  islamik sepenuhnya.  Ketiga..usaha dakwah tabligh lumpuh dlm segenap strata kehidupan masyarakat melayu. Tanpa dakwah tabligh , sistem pondok mati. Bila ilmu agama itu mati..rubrik baik turut dipandang seròng/ bahan ketawa ramai  oleh segenap lapisan masyarakat melayu.

6) Bila skema agama hilang, maka kes perceraian mula meningkat. Belia melayu terlibat dgn maksiat terang terangan dan ..seluruh nilai hidup agama mulai hancur dan hilang. Anak tak kenal siapa ibu bapanya. Ibu bapa tak menjaga dgn rapi  anak anak daranya dan bila ini berlaku tabiat melayu sudah bertukar kpd tabiat kehidupan orang orang kafir. Ramainya bayi dibuang tanpa ada sedikit pun perasaaan  peri kemanusiaan dan kanak kanak perempuan diperkosa oleh ayah/ abang/ saudaranya sendiri saban hari.  Akhbar melayu mencatat keuntungan berlipat ganda  dengan menyajikan cerita cerita rogol, bunuh, penipuan, rasuah, perceraian atis artis melayu dengam memuatkan gambar-gambar tilam basah dari Trivoli Villa tanpa ada rasa malu sedikit pun kpd tuhan Robbul alamin.  Dari duit sebegini ..mereka berdoa .. mereka akan memasuki syurga tuhan?

Sebagai warga tua/ guru / pensyarah/ pegawai / ibu bapa/ ahli masyarakat ..kita kena cepat bertindak ke atas anak anak yg 'sakit' ini sebelum nasi menjadi bubur.  Saya khuatir dengan trend sebegini,  anda bagaimana?

Sekian. Wasallam.  p/s: Ya Tuhan .. saksikanlah ..  aku sudah cuba menyampaikan.  Hospital pesakit iman ialah masjid masjid Allah.  Orang dakwah tabligh menyeru, mengajak  umat ke masjid masjid inilah.

2 comments:

  1. FRSR said...

    skema itulah disiplin.jika tiada lagi disiplin habislah kehidupan.kan dr?

  2. sazali said...

    Yes ..skema is disiplin untuk mendapatkan markah ..dari tuhan yg agung yg telah menciptakan kita sebaik-baik mungkin. Untungnya ialah dia keluarkan kita dalam keluarga islam tanpa kita membuat sebarang permohonan untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w

Post a Comment