Kita membuat pilihan setiap masa , bukan? Di USM

Posted by sazali

Salam

Syukur .. kita dibangkitkan dari tidur.  Ada orang tidak bangkit bangkit (mati) kerana kuasa membangkitkan manusia, haiwan, matahari, bulan, angin, dan kesemuanya adalah di bawah pentadbiran dan penguasaan Allah Robbul Alameen.

Bangun dari tidur ..saya ada 2 pilihan.  Pertama, hendak solat di masjid atau solat di rumah dengan isteri.  Setiap pilihan mempunyai kekuatan masing-masing.  Dalam aspek agama, iman kita dgn Allah menjadi kunci kpd bentuk pilihan yg kita putuskan.

2)  Sampai di opis, kita ada pilihan juga.  Pertama, nak teruskan dgn kerja opis seperti mengkaji PISA , TIMSS , membaca buku tebal How chinese learn mathematics atau .. 'main' komputer.  Ini semua nikmat tuhan bila bertugas dgn kerajaan.

3)  Semalam saya ada 2 pilihan. Pertama berada di opis atau ke USM, Pulau Pinang.  Saya ke USM menghadhiri seminar Global Classroom.  Bagus betul seminar ini kerana keynote speakers datang dari 3 zon ..perrtma Larry dari California, Dr McIntosh dari Univ of Otago New Zealand dan ketiga, Prof Dr Mushtad dari Taylors University, Kuala Lumpur.  Negara dari negara maju ada wakil, negara di kutub selatan ada wakil dan Malaysia pun menghantar wakil Dr Mushtad dari khatulistiwa.  Tepat dengan tema seminar global learning.

4) Di sini saya turunkan beberapa perkara untuk perkongsian bersama. Larry bercakap pasal MOOC (massive open online courses) dan pengalamannya bertugas di Afrika, McIntosh menyentuh pasal saiz dan bentuk pengajaran , pembelajaran atas talian .. sama ada tepat atau tidak isi kandungan PdP kita dan akhir sekali .. Prof Mustad ( rakyat arab tetapi cukup beruntung berkhawin dgn org melayu ..3 anak arabayu ..  ) membincangkan berkenaan dgn konsep fragile dan anti fragile, white swan dan black swan.

5)  Fragile - senang pecah.  Anti fragile -  susah untuk pecah.  Contoh objek fragile ialah telur dan kaca.  Kedua dua ini senang pecah.  Prof Mushtak mengajak peserta seminar berfikir ke arah anti fragile.  Susah ini?  PnP yang ada konsep anti fragile.  Susah nak pecah, rosak .. dalam erti kata lain ..  bertahan lama ..tak rosak.  Satu satu sms jika dicopkan sebagai Secret ..  cukup cepat akan membesar ke seluruh dunia sebagai satu yg paling orang suka mahu ambik tahu secepat mungkin ..  snowballing effect ..  dibandingkan dgn satu sms yg bukan dicopkan sebagai secret (rahsia).  Contoh Salman Rushdie ..  dicopkan sebagai kafir oleh seluruh dunia islam ..lantas bukunya menjadi top di Amerika dan Eropah dgn judul Satanic Verses.  Prof Mustak mahu sangat bukunya .. berjudul Thinking like an Engineer ..dicopkan haram oleh dunia ..  agar ..idea nya menjadi popular di seluruh globe.  Dari power point Prof Mushtak ..  dari 10 CEO terkenal di dunia ini 6 darinya adalah jurutera.  Tidak ramai guru, pendidik yg menjadi ..CEO terkenal di dunia.  Sudah tentu .. ilmu pendidikan formal tidak menyumbang sesuatu yg hebat untuk memimpin dunia.  Satu lagi kes ..  Steven Jobs terkenal dgn Apple .. tetapi dia adalah pelajar tercicir dari sebuah universiti,  Bill Gates dgn komputer IBM ..  adalah juga pelajar tercicir dari universiti Harvard,  dan akhir sekali .. Zack Zuckerman ..pelopor facebook merupakan seorang pelajar tercicir dari universiti terkjenal juga ..  di Amerika.  Oleh itu .. dia merumuskan pendidikan conventional  hari ini (belajar dalam bilik darjah, dewan kuliah, makmal)  tidak mampu membawa kpd sesuatu ..  yg menyumbangkan kpd sesuatu yg unik dan hebat.  Mesti ada pilihan lain untuk membawa kecemerlangan seseorang individu.  Dia menyebut MOOCs.  Aghh..banyak lagi .. tak terdaya nak tulis ini.  Larry menyebut "..  sekarang ramai manusia mahu belajar.  Bilangan universiti, politeknik dan kolej tidak cukup untuk menampung bilangan manusia yg mahu belajar.  Mengikut statistik menjelang tahun 2025, adalah dianggarkan 100 juta lagi pelajar mahu pelajaran pada tahap universiti.  Ini bererti dunia mesti membina 4 buah universiti seminggu bersaizkan USM.  Ya empat buah universiti seminggu menuju  ke tahun 2025 ..mampu kau gomeng?  Oleh itu .. massive  open online courses (MOOC)  adalah alternative terbaik.  Sekarang kita kena beralih dari konsep ilmu itu untuk kumpulan elit sahaja seperti di Harvard pada tahun 1900 kepada satu senario seorang guru sedang memberi pelajaran kpd seluruh pelajar di dunia pada satu satu masa tertentu .. sekarang ramai manusia mahu belajar, berilmu kerana dgn ilmu ..mereka boleh mengubah nasib hidup mereka selama ini contoh di Afrika."

Saya ada juga menyumbangkan sesuatu dlm sesi forum.  Gembira jugak aku ..  2 pengucap utama menjawab soalanku.  Satu dari kutub utara dan satu lagi dari kutub selatan menjawab soalan ku ..berbentuk begini '..  i have taught at schools, polytechnic and a university  for the past 30 years.  What I found out is that .. online teaching ..  has made many things for the students  simple when in fact the problem out there is not that simple.  We robbed our children the experience of solving those problems  ..In real life, problems are sometimes hard to solve and yet we ..talk so much about these 2 important things called problem solving and critical thinking .. in many seminars , conferences in the world.  Can you address that?"

Mereka menjawab :  Larry :  bergantung kpd design PdP kita terlebih dahulu.  Kita mesti merancang terlebih dahulu sebelum menggunakan online tools untuk apa ..  //
McIntosh menjawab :  you must be a highly experienced  teacher to notice that trend .. but that .. as teachers .. we must know ..the world is changing.  Every minute it is changing.  The job markets are changing.  So ..we must change .. from old styles to newer ones.  The current students have new learning styles .. because of IT gadgets ..  letters has transformed into e-mails, sms ...KODAK film industry has closed shop ..  so ... as human beings we must be braved .. to take the risk and learnt by the results of what we had tried.  then this is called development in human's life.

Wallahu aklam.

Saya pulang .. rasa rasa pilihan ku semalam cukup baik ..muga muga tuhan memberi 1 hari ini di USM  ini sebagai satu ibadat kpd saya 'guru tua'.



    

1 comments:

  1. NK said...

    Conferences mcm ni baik utk membuka minda kita

Post a Comment