salam
Ramai kita takut sakit. Bila sakit , orang pertama yg menikam minda kita ialah doktor peribadi kita.
Ada orang sakit gigi, gusi, telinga, perut, lutut, kaki, tangan ..dan ada juga yg sakit hati.
2) Dalam banyak banyak penyakit , sakit hati payah untuk diubati. Mengapa? Kalau hati bengkak .. titik terakhir ialah satu kematian. Ramai sanak saudara dan kawan akan menangis bila kita mati di ward hospital pakar. Selepas mati, padamlah segala kesakitan itu. Tetapi sakit hati memerlukan diagnosa yg berlainan.
3) Orang sakit hati selalunya kerana berdengki. Berdengki jiran dapat lebih duit darinya - gaji bulanan, hasil sawit, tangkapan ikan dan macam macamlah.
Kalau kita tak faham bahawa .. rezeki itu ..pemberian tuhan .. payah kita nak kembali sihat dari penyakit hati ini.
oleh itu, marilah kita berubah sedikiit demi sedikit. Di saat jiran dok makan .. roti bakar berkaya cina ..jom kita makan lempeng bercicah gula. Makan jugak kita ..saudara? syukurlah ..kita ada lagi rezeki dgn lempeng itu dgn anak anak yg masih kecil.
Sekian. Kita kena redha dgn pemberian tuhan ini sepanjang masa. Alhamdulillah.
Dr S.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment