tak cukup masa _ atau aku tak ada masa

Posted by sazali

Salam

Sebagai guru , kita sudah biasa dgn istilah 'tak cukup masa hendak habiskan silibus'.

Kita selalu kekurangan masa untuk .. kerja KPI kita yg sebenarnya.  Kalau untuk urusan lain .. kita cukup - cukup sangat masa.  Mengapa yer?

2)  Kalau guru matematik ..  rasa rasanya ramai guru kesuntukan masa.  Tetapi saya lihat ada guru di sebelah kelas saya ..ada cukup masa untuk bercerita itu dan ini dgn pelajar-pelajarnya tentang berita terkini walaupun silibus sejarah, geografi, agama islam ..  cukup tebal dan padat sekali.

3)  Sebenarnya ..kita boleh fleksible dalam banyak kes.  Kalau kita naik tren (keretapi), walaupun gerabak kita penuh dgn manusia ..  tetapi jika di atas platform ada kawan kawan rapat yg berdiri di situ dan cuba memasuki gerabak kita ..  kita akan cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk faedah kenalan tersebut.  Betul tak?  Pokoknya kita sayang kepada kawan kawan kita.

Begitu juga ..jika kita sayang/ pentingkan pelajar melebihi urusan peribadi kita ..  masalah tak cukup masa ..tak akan timbul sama sekali bukan setakat guru guru/pensyarah tetapi ahli masyarakat lain pun boleh fikir sama.

Sebenarnya ..  org islam Romania (mengikut berita dari rakan rakan tabligh) ..  terhempit dgn masalah murtad/ tukar agama, belia tidak menunaikan solat, puasa dan banyak masjid diruntuhkan dan ditukarkan kepada gereja.  Benda ini berlaku kerana:

(i)  usaha dakwah kurang diberikan perhatian
(ii)    ramai mereka tak ada masa untuk kerja kerja agama.

4)  Kalau kerja cari makan minum ..semua orang ada masa.  Di tengah malam pun ada isteri sanggup ambik sif ..  meninggalkan anak anak yg sedang demam denggi sekali pun ..bangun dan pergi kerja untuk cari makan , bayar kereta, bayar rumah, dan lain-lain.

Mengapa tidak kita kurbankan sedikit masa ..untuk kerja kerja agama seperti berdakwah di Romania.  Ada berita .. kita lihat pak chik mak chik ke umrah dan melancung ke Turkey ..  mereka ada cukup masa berkali kali setahun.  Tetapi ..tidakk ramai antara kita mahu beri masa dan wang ..hatta nyawa kita untuk kerja agama (dakwah tabligh) seperti kita sanggup lakukan untuk faedah kawan kita di sebuah platform keretapi di Kuala Lumpur Central.  Mengapa?

Jawapannya ialah kita tidak sayang agama Allah.  Begitulah ..  kata kata kawan kawan saya yg baru pulang dari Romania.  Betul .. banyak kata kata itu.  Saya duduk dan memikirkan.  Ini berlaku kerana kita tak pernah nampak siapa itu tuhan bernama Allah.  Yang kita napok ialah duit di akhir akhir bulan. Dari duit ini dtgnya ..  sayang .. org org perempuan ramai sayang kpd suami ..yg mampu bawak duit ke dalam rumah mereka.  Tanpa wang ..payahlah sedikit.  Profesor yg cacat serba srbi di Oxford ..  ada isteri yg cantik dan model pulak tu.  Walaupun profesor itu cacat .. dgn duit .. rasa sayang masih ada.  Pokok pangkal ialah duit ada , sayang pun ada.  Bagaimana dgn usaha agama?  Kita tidak dilatih melihat ..usaha agama sebagai satu tugas penting/ maksuud hidup kita ..yg membawakan duit .. oleh itu ..  tidak ada duit ..tidak ada sayanglah.  Sebab itu .. agama kelihatan letih dan lesu sahaja.  Di masjid, org pencen ramai yg belajar hukum hakam agama.  Org org lelaki muda 30 - 45 tahun ..mereka sibuk melepak ..  makan roti canai, main hand sets, tengok bola, JOM Heboh ..  musik musik ..  kita tak ada masa sedikit pun memikirkan apa yg berlaku di Romania atau satu hari nanti benda yg sama berlaku di kampung kita juga.

Bagaimana tuan/puan?  Betul tak?  kita tak tahu ..sayang kpd agama untuk apa?  Kalau kita tahu nilai sayang ..sudah tentu kita mampu kempiskan perut kita yg super buncit / semi leperrr dan badan yg sedia ada seperti mana kita bersusah susah memberi laluan kpd kawan kawan yg kita sayang menaiki tren yg sudah penuh sesak dgn penumpang penumpang di dalamnya.

Sekian
Wasallam.

0 comments:

Post a Comment