Salam.
MERDEKA. merdeka. Merdeka. Sibuk org org kita melaungkan kaþa keramat ini merdeka ..kita merdeka dan mcm mcm pasal malaysia telah pun merdeka 57 tahun lama nya.
Ĺama dah kita menyambut merdeka ini. Umur sebanyak ini ..sangat matang dah manusia setua ini.
2) tapi betul ke kita merdeka ni?
makanan kita .. mamak punya selera. Kadang kadang maggi pun kita makan. Maggi tu dari benua cina. Oleh itu ..mana tanda kita merdeka ini?
adakah kita merdeka makan apa yg kita mahukan.
3) muda mudi ramai gila pakai jeans dan suka muzik ala barat. Sekejap cakap melayu, sekejap cakap inggeris. Pakaian banyak bukan ala malaysia, ala melayu pun. Ada pelajar pakai jubah ke hulu hilir. Kadang kadang makan tandoori dan kuah benggali. kadang kadang makan yogurt masam. Tak ramai mahu makan tapai ubi bukan? Oleh itu hairan apa pasal kita melaung laungkan kemerdekaan inin 3 kali di bawah matahari yg terik. Berkelik kekik dahi aķu dlm panas ni.
Pandai sungguh British membenarkan kita merdeka tetapi 98 peratus ..anak anak malaysia memuja budaya bukan malaysia pun. Bila begitu, badan kata merdeka, hati rakyat bukan begitu. Oleh yang demikian, kita tetap dijajah dari dulu sampai bila bila. Kita tak ada jati diri.
Otak otak dan hati kita terus dijajah. Dijajah tanpa disedari pun.
penat sahaja pihak kerajaan membuat berbagai bagai program jati diri, program sayangi negara kita dan mcm mcm. Mereka bawak muda mudi masuk hutan ..bermalam malam nak semai jati diri dan konsep kita merdeka tetapi bila makan minum dan gaya pakaian kita ditawan pihak luar ..kemerdekaan ini boleh dikatakan kosong belaka.
merdeka adalah berkeadaan ..kita bebas memilih stail apa yg kita mahu. Yang cantiknya ikut acuan malaysia lah. Kita kena utamakan produk kita sendiri sepanjang masa. produk kereta perdana honda ..bukan mencerminkan kemerdekaan apa apa pun. Pendatang asing ketawakan konsep kita yg mengambil kereta honda tetapi kita tukar simbol honda dan tampalkan proton. Tak perlu ada kementerian sains teknologi dan komunikasi untuk buat kerja sebodoh ini. Oleh itu kemerdekaan hanya menjuruskan kerja inovasi dan rekacipta semudah itu. mana ada jalan gini ..mintak guru, lecturers dan budak budak sbt, mrsm, sms memikirkan sesuatu ciptaan, rekaan, inovasi.. sedangkan pada masa sama org Besar buat sesuatu yg kurang cerdik pun. Bila orang besar kata mcm mcm seperti ..kita mesti hormati bangsa bangsa lain..tetapi pada hakikatnya ..bila bilangan undi melayu sudah tergugat dlm pru 12 yang lalu..ada pembesar marah marah kpd banga cina dan india. Isu sentimen anti ras kuat bermain dalam fikiran semua bangsa ..ini satu yg bahaya ini bukan memcerminkan negara merdeka pun. Kita cepat melatah. Sikap begini tidak menunjukkan org dewasa berumur 57 tahun pun. Kemerdekaan ialah satu kematangan. Kita matang untuk memilih dan bercakap sesuatu yg tidak menyakiti hati bangsa lain.
tengoklah cara org inggeris bercakap pada era 1950an. Tengok cara org atas kita bercakap bila mereka berdepan dgn kekalahan di pru13 dan 14 yg lalu. Buatlah perbandingan. Yg mana satu simbol kemerdekaan?
fikirkanlah. Ke mana nak dibawa bahtera malaysia ini. Kita perlu org besar ..umur banyak tetapi otak matang setua 57, 58 tahun dan seterusnya. Sekian. Tak perlu berteriak merdeka pun ..kita alright punya.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment