Salam
Bila berkhawin semua orang mahukan cahaya mata. Pasangan muda berusaha ke arah itu sambil datuk dan nenek berdebar debar menanti ketibaan cucu cucu yg baru. Begitulah kehidupan manusia tanpa mengira warna kulit, bentuk biji mata atau agama.
Kalau boleh biarLAH dapat anugerah anak yg elok elok sama ada warna kulit, stail rambut, sempurna fixikal dan suaranya. Susah nak terima jika si anak yg datang adalah lain yg dijangkakan. Ini semua dugaan dari tuhan robul jalil. (Bimbingan Mukminun)
Anak yang baik bukan sahaja terletak pada emosi dan fizikalnya sahaja tetapi lebih dari itu.
Anak yg baik menyejukkan mata ibu ayahnya di mana mana jua dan setiap masa. Didikan baik d rumah melahirkan anak yg baik. Insya allah.
Berikut ciri ciri anak yg baik
1. Patuh arahan ibu ayah sejak kecil hingga dewasa
2. Menjaga solatnya
3. Jaga percakapannya di hadapan orang tuanya dan jauh darinpandangan ibu ayahnya,
4. Senang memohon maaf dan faham mengapa big bosses marah marah padanya
5. Hidup ala kadar jer
6. Bagus pengajiannya
7. Sudi memberi 2 cuping telinga untuk maksud fikir agama pada bila bila masa
8. Keluar rumah ada tujuannya seperti mencari ilmu dan pekerjaan
9. Keluar dakwah sebagai pelajar bermula dari bawah
10. Sangat memahami keadaan ayah atau ibu
Yg bersusah payah berkerja mencari rezeki
11. Redha pada tuhan
12. Redha pada pemberian ayah ibu
13. Tak suka membawa pulang masalah
14. Tak suka bergaduh gaduh berebut sesuatu yg tak kekal mana pun
15. Ikram pada anak anak buah yg lain dgn adil
16. Bangga dgn kemampuan ibu ayahnya
17. Seronok dgn pemberian dari ibu dan ayahnya
18. Jaga maruah ayah apatah lagi ayah orang ternama
19. Jaga diri jika perempuan kerana perempuan adalah sekuntum bunga. Ramai tangan meramas bunga, hancurlah bunga melayu, cina atau india.
20. Jaga alat sulitnya dgn baik kerana inilah maruahnya. Jika ini hilang, jatuhlah imej ibubapa. Malu itu iman. Tak malu ..tak beriman.
21. Tidak kedekut sesama adik beradiknya.
22. Boleh bertolak ansur dgn ramai orang.
23. Tak celupar mulutnya
24. Tak mencarut ala British, Amerika atau Yahudi sana.
25. Gemar membaca Al Quran dan berzikir dia tak lupa.
Insya allah.
Anak yg baik akan mendoaka ibu ayah di mana mana jua.
Tindakan dan amalan baik ..memasuki akaun ayah bonda di akhirat. Dia faham bahawa
Nama baik dia ..nama baik ibu ayahnya.
Oleh itu
Tak rugi kita memberi masa, tenaga, wang dan fikiran terbaik
Membangunkan anak yg baik untuk agama, bangsa dan negara
Kerana
Belia yg baik adalah satu aset negara.
Belia islam yg baik dan bermaruah kebanggaan Nabi Muhammad s.a.w.
Kuat belia ini, kuatlah pelapis negara.
Runtuh akhlak belia ini, hancurlah negara.
Ayuh. Jgn lupa itu wahai ibu dan bapa di luar sana tu.
Wasallam
Jom kita berdoa untuk anak yg baik baik. Ameen.
Rujukan
Kitab
Bimbingan Mukminun
Kitab
Al Quraan. The Miracle.
Kitab Radhius Solihin.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment