harga kita berapa?

Posted by sazali

Salam

Sekarang kita berhadapan dengan 2 keadaan.

Pertama di pasar, pasaraya, opis, sekolah, tempat awam, masjid, dalam kereta, transport awam

Selalunya kebanyakkan manusia bercakap tentang harga sesuatu seperti
Tanah sekangkang kera, apartment mahal merata rata, kereta cantik dan mahal, barang barang keperluan harian, urusan belanja khawin dan kenduri kendara dan macam macam lagi termasuk beg-beg First lady.

Kedua di hospital swasta
Kos perubatan semalaman orang tersayang dimasukkan ke dalam wad, dua malam, seminggu sehinggalah  ke saat pesakit diistiharkan sudah meninggal dunia.

Banyak ribuan dan jutaan ringgit dibelanjakan.

Satu malam sahaja RM1000
Tanpa dikira kos ubat, suntikan, operation, konsultasi dan lain lain lagi.
Pendek kata, manusia terbeban dengan jumlah kewangan yg besar.

Jom di sini saya mengajak diri saya dan kalian

Marilah kita duduk sebentar

Melihat dan memikir
Berapa kos sebenar badan dan hayat kita ini.

Mata?  Nikmat mata? Berapa kos ini

Hidung
Wajah jelita, handsome
mulut, lidah, gigi, otot otot dlm rongga mulut yg membisakan kita
menikmati makanan, minuman

otak yang bijak untuk memimpin, mengajar, belajar, mengurus aset
lisan ..keupayaan berbicara dengan baik dan mempesonakan

Jantung
Paru paru
Tangan , kaki
Pergerakan tangan, kaki, jari jemari
Organ seksual
Kemampuan dia berfungsi melepaskan urine, najis najis, ereksi, kembang, kecut, kemut
kemampuan rahim untuk mengandung bayi demi bayi
Lutut
Tenaga dipanggil kekuatan
Tapak kaki  dan banyak lagi.

Jikalah tuhan mencabut 1 sahaja nikmat di atas
Apakah yg akan terjadi kepada diri kita?
contoh.  Kita tak boleh control pengeluaran air liur dari mulut kita.
kita tak boleh control urine dari pagi sampailah ke malam
seminggu sudah masalah control ini. Ramai pakar control termasuk remote control datang melihat kita terlantar di ward hospital ini.  Bagaimana sayang?
Masih adakah orang yg menyayangi kita terus menerus?

jarang kita memberi masa
memikirkan benda alah ini.

mengapa?
Betul.  Sepanjang masa
kita ambik ini sambil lewa sahaja
kita fikir kita ada hak 100%  ke atas kesihatan, muda, kekuatan, kebijaksanaan yg ada ini.

berilah sedikit masa
fikir berapa mahalnya diri ini?

buatlah sesuatu
agar tuhan sayang pada kita.

semalam
hari ini
dan seterusnya.

Nikmat tertinggi ialah iman.
jom ucapkanlah kalimah suci ini

la ila ha illallah
tiada tuhan melainkan Allah
Dia Maha Berkuasa

Saban hari kita melihat
kita mendengar
orang orang tersayang kita
mati
Seorang, dua orang, satu demi satu
dan tak akan kembali lagi
Mengapa?  Siapa control hidup dan mati kita ini?
isteri kita?
anak kita?
tak mungkin ..impossible. Mereka sekadar melihat, sayu, menangis..aghh itu sahaja walaupun mereka berdiri Paling dekat dgn katil saat kita mati.

Begitulah tuan, puan, adik dan kakak yg saya hormati.
Hitungkan nikmat di atas dan jom kita abdikan diri ini
jadi makhluk yg taat pada Allah yg esa.

Khalass.

wasallam

0 comments:

Post a Comment