kefahaman dan cabang cabangnya

Posted by sazali

Salam

Ramai orang faham itu dan ini.
Faham matematik lain dari faham mengenai masakan melayu kemboja.
Faham bahasa melayu lain sedikit dari faham menternak burung puyuh.
Faham penyakit wanita berlainan sangat dengan kefahaman masalah ekonomi rumah tangga.

Mengapa?

Kalau sama semua benda benda di atas
Universiti Malaya tidak perlu membuka lebih dari 10 fakultinya di Kuala Lumpur.
Universiti Cork di Ireland tak perlu mengambil puluhan pelajar Malaysia untuk ijazah kedoktorannya setiap tahun.


Kalau semua perkara adalah berstatus sama
Sudah tentu gila profesor matematik
Bertugas.
Pagi dia memberi syarahan tentang Laplace Transform, Fourier Series
Petang dia menunjukkan skill cara menjahit tepi
Baju kurung khusus untuk graduat graduat baru di UTHM, Johor.
Bila pulang nanti ke rumah
Dia menyemak assignment #3 sarjana mengenai ladang kelapa sawit.

Rasa rasa dlm 3 bulan jika dibiarkan dia begitu
Bulan ke empat
Profesor matematik sudah diistiharkan
Gila.

Malu besar Malaysia.
Rugi besar negara.
Bukan senang menghasilkan seorang profesor terutama berasal dari Kelantan.


Oleh sebab itu
KeFahaman mengenai dunia lain dari kefahaman mengenai akhirat.

Kita semua buta.
Kita perlu seseorang yg hebat untuk menunjukkan kpd kita
Apa itu akhirat.

Dunia dlm kandungan perut ibu berbeza sangat dgn dunia yg mana kita menjalani kehidupan sekarang. Dalam perut ibu kita jumpa darah ibu yg mengalirnya makanan dan oksigen untuk kita.

Dunia sekarang berlainan dengan dunia kubur.
Dunia sekarang berbeza sangat dgn dunia akhirat.

Hanya Nabi Muhammad s.a.w  sahaja yg
Pakar dlm dunia akhirat.  Dia boleh berceritakan tentang syurga dan neraka secara eksplisit.
Dia ceritakan mcm mcm
Setelah melawat syurga dan neraka.  Pemandu pelancong pada masa itu ialah Gibrael a.s.  ini semua kita dengar dari ceramah ustaz ustazah import mengenai isra mikraj saban tahun.

Yakinlah kita kpd semua ceritanya.
Yakinlah dgn sungguh sungguh kerana Nabi Muhammad s.a.w.  telah dijemput khusus oleh Allah Taala.  Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa.

Bila kita yakin kpd kehebatan Allah
Kita beriman.

Bila kita tak yakin
Kita tidak beriman.  Kafir status kita. Nerakalah  tempat kita jika kita kafir. Kufur.

2)  Pelajar malaysia percaya habis habis dgn lecture oleh Prof india di Mumbai mengenai vitamin dan zat galian.
Dia tak nampak pun vitamin itu tetapi dia percaya
Vitamin ada dlm pancaran matahari.  Vitamin ada dlm buah buahan seperti betik, mangga, anggur.  Jika ditanya, locate di mana terletaknya vitamin B  dalam seiris buah betik ini?  Boleh?
Dia percaya dgn siapa?

Yes dari Profesor India.

Pelajar Malaysia percaya dan yakin dgn Prof di Oxford, England bercakap tentang
Artificial intelligence (A.I)

Apa itu A.I?
Dia nampak tak A.I?
Tetapi dia yakin dgn ilmu profesor dari Oxford tersebut walaupun profesor itu cacat tulang belakangnya.
Kalau tidak apa faedah pelajar pelajar meninggalkan kpg halaman jauh jauh untuk
Datang ke Oxford untuk mempelajari maksud A.I  ini?

Begitulah kita semua

Mengapa ilmu yakin kita tentang agama tak bertambah?
Mengenai azab neraka.
Azab di padang masyar.
Mengapa?
Jawapan ialah

Kita sakit iman
Kita sakit dengan  keyakinan dgn kuasa Allah.

Kita tak percaya
Larangan tuhan itu dan ini
Kita tak percaya Rasulullah s.a.w.

Itulah kita

Kalau sekejap kita berpuasa
Sekejap kita rasuah

Sekejap kita umrah
Sekejap kita menipu sana sini

sekejap kita bertazkirah
sekejap lagi kita bogelkan semua anggota depan kamera, hantar rakaman ke cyber world untuk tontonan mata mata makhluk dari benua cina, india, yahudi dan nasoro tengok betapa uniknya,
besarnya biji kita
Adakah
ini kualitas kefahaman agama kita?

Kita fahamkah agama ..jika begini?

Faham itu munafik?  Pura pura?

oleh itu
bertaubatlah wahai penulis
istighfar bnyk bnyk pembaca budiman ku

buatlah sesuatu seperti keluar dakwah
Dan tabligh seluruh dunia.

kita belajar kurbankan masa, wang ringgit dan tenaga untuk maksud membina iman.
Saya akhiri penulisan ini dgn surah wal asri
Mahfummnya ..bermakna

Demi masa
sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali
orang orang beriman
beramal soleh
Perkara yg hak, pesan berpesanan
ajak mengajak kepada perkara kebaikan
dan bersabar

wasallam.

Sekian.
Subuh 5  Jan 2017

ya Robb ampunkan kami.


0 comments:

Post a Comment