kerja

Posted by sazali

Salam

Kebanyakan kita berkerja.
Ada bekerja dgn pihak pemerintah.
Ada dgn pihak swasta.
Ada bekerja sendiri.  Jika ada rezeki, adalah.  Kalau tidak, jangan bimbang.
ALLAH itu ada.

2)  mengikut riwayat
Orang yg bekerja sebagai pencari kayu api di pinggir hutan
Dia lebih mulia dari seseorang yg mengabdikan diri dlm ibadat pada tuhan sepanjang masa kerana

Tangan di atas
Lebih mulia dari tangan di bawah.  Mengapa?  Jawapan ialah

Pemberi wang lebih mulia dari penerima sedekah semalam, hari ini atau esok.
Duitnya boleh diberikan kepada isteri dan anak anaknya.
Sedikit tak apa.  Yang penting tangannya di atas.

Oleh itu islam memandang mulia orang yg bekerja.

3)  Walaupun begitu
Kita jangan lupa

Bila azan berkumandang
Solat lebih penting dari kerja menjual beli pada hari Jumaat.

Solat lebih penting dari tidur di waktu subuh hari.  Bangunlah.  Bersegeralah.

Mengapa?

Allah mahu kita hidup secara adil.
Waktu siang kita bekerja
waktu malam kita berehat.

waktu siang kita berniaga bersungguh sungguh
waktu malam kita diminta bantu mendidik anak anak isteri.

11 bulan kita makan
1 bulan kita berpuasa.
Mengapa?
supaya kita insaf

Stop sekejap
perut sudah kerja kuat sangat.  Untuk  makluman
perut ialah mesin.
Jika mesin import dari Jepun dan Jerman kita beri rehat
apa tah lagi perut kita ini.

Dalam perut ada mcm mcm
usus ada
makanan dlm usus pun ada
Semua mahu rehat

ada tu dlm perutnya ada bayi
bukan tahun ni jer ada bayi
setiap tahun ada sahaja bayinya
kuat dia bekerja
atau kuat dia dikerjakan.

Aduhai.  Bila

kita kerja kuat
Tanda kita sihat

kalau tidak semua orang risau
kita tak kerja kuat.  Pemalas. Kerja sekejap ..sudah rasa penat.

kadang kadang kerja kita belum sampai tahap kuat
yg diperlukan untuk kita dinaikkan
pangkat.  Dalam dunia guru di Malaysia berikut adalah gred gaji atau pangkat

dg 44, dg48, dg52
semua kena kerja kuat.

Kalau tidak kita kena pandai ilmu belit belit boss
belit biar kuat
bodek biar pandai.  Ini satu kerja juga. Namanya pekerja kaki bodek.  Rujuk
macam cerita KSU itu.  Pembodek ialah geng dalam sindiket rasuah.  Ya  ke?

kuat dia bekerja
kuat lagi org org tertentu belitkan dia

sekarang dia  di ambang lokap polis
dari sekarang hinggalah mati.

Rumusan
kerja itu penting.  Tetapi ada orang bertanyakan saya
pekerja lebih penting atau pekerjaan itu sendiri lebih lebih lagi penting?

Saya tidak boleh jawap.  Yang paling arif Perdana Menteri.  Tanyalah padanya kerana di bawahnya

berbagai bagai kementerian dan 400,000 pegawai kerajaan.

jaga diri elok elok
makan pakai ala kadar jer.

pakai 1/2 gram emas dah cukup (jika wanita)
tak payah banyak banyak abah

nanti 5 kilo emas jongkong dlm bank
mengapa disembunyikan?


itulah kerja itu wajib bagi maksud men
cari nafkah
tapi sembunyi sembunyi ni punya jongkong emas berkilo kilo berat dalam peti besi bank
apa ke benda hasil pekerjaannya ini?

jika jujur dan amanah


insya allah selamat kita  sebagai
pekerja  di dunia ini.  Jika kerja dengan amanah
keberkatan dari Allah taala akan datang  mencurah curah dari langit.  Tanah subur.   Kita suami isteri pun subur.  Penduduk hidup aman dan makmur.
  Bersabarlah tuan bila bekerja dengan orang.  Banyakkan bersabar kerana sabar itu separuh dari iman.

Jom kita berdoa pada pagi yang indah ini..ayuh pak
ayuh bu..


O tuhan berikanlah kami kesabaran,
ketekunan dalam semua jenis pekerjaan dan
hadiahkan kami sifat qonaah berpada pada dgn apa yang ada.
Bantu kami Ya Allah
jauhkan kami dari bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, puting beliung,
taufan, banjir kecil ataupun besar dan penyakit yang tidak ada ubat untuknya.
Bantulah kami.
Bantulah suami kami.
Bantulah isteri kami.
Bantu sahabat handai kami dalam semua jenis pekerjaan.
Ada yg bawak lori
ada yang bawak bas ekspres ..
ada yang jadi pegawai eskot perdana menteri, KSU, DG, pengarah
ada bawa pesawat,  kereta kebal, kapal selam, motosikal kuasa besar
ada yang sedang belajar overseas dan dalam negara  dan lain lain ...
Bantulah anak anak kami
agar menjadi anak anak yg berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Cantikkan akhlak dan budi bahasa mereka sesama ibu bapa sendiri apatah lagi dengan para guru mereka di sekolah, KV, Kk, politeknik, universiti
dan tanamkann rasa sayang dlm hati mereka semua jenis pekerjaan yg sedang diamanahkan kepada mereka.  Sesungguhnya dari pekerjaan inilah datangnya rezeki mu pada mereka.

Maafkan kami ya Allah.
Halalkan makan minum kami.  Wasalla llah ..subhanaka robbiz ixzati .. wal hamdulilah hi robil alameen.

Nah satu penulisan dari sahabat kita Ustaz Fathuri Salehuddin , dia menulis ini



Sekian.
Wasallam




0 comments:

Post a Comment