tauliah tu penting

Posted by sazali

Salam

Saya berada di dalam surau Pasar Besar Siti Khatijah Kota Bharu.

Sedang mendengar kuliah agama pasal tauliah guru agama sekitar bandar KB ni.

Tak ramai orang yang mendengar ..ustaz di belakang tiang tu.

Mengapa?  Mungkin

Boring kot.
Orang lain tak dpt hidayah dari Allah untuk mendengar kuliah nya.  Sedap shopping lagi kot dari menadah telinga benda yg sama. Pasal tuhan, nabi dan agama islam yg dibawakan ke seluruh alam buana.

Biasalah perkara ni.

Benda yg bagus ..tak ada sambutan dari mana mana pihak.

Benda seperti lagu lagu, pertunjukan seni dan peraga fesyen oleh model cantik jelita
Cukup ramai peminatnya.
bukan di Kota Bharu jer fenomena ni
London, Lundang dan Setiu, Besut pun begini jugak trend nya blako blako.

Apa boleh buat?

Taufiq hidayah adalah kurnian tuhan.
Ada yg dpt dan ada yg tak dapat.

Syukurlah ..

saya dapat bersama sama ustaz kali ini.  Banyak kali dia sebut
tauliah itu penting.

supaya tak sesat kita beramal dgn sesumatu.
contoh berzikir ramai ramai di Pasir Akar , Besut satu masa dulu.

bilo tutup lampu
org lelaki perempuan boleh berzikir beramai ramai dlm gelap secara berdiri.  Ini ajaran sesat!
Pengikut Ayoh Pen  Pasir Akar, Besut.  Dia mengaku tuhan.  Ramai pengikutnya.

Salah satu ilmu sesat ialah ..tak payah bersolat.  Niat dalam hati sudah mencukupi.

bahaya tu.

astagh firullah.
tauliah itu penting.  Supaya ustaz ustazah mengajar benda yg betul.
tauliah dikeluarkan oleh MAIK.    Majlis AGAMA islam kelantan.

dpt tauliah, boleh lah mengajar rata riti   di Kelantan sahaja. Tak boleh  cuba cuba mengajar di tempat lain seperti surau, balasoh di Besut dan di Johor.  Kalau nak juga kena dapat tauliah di majlis agama negeri negeri berkenaan.

Sekian.
wasallam


0 comments:

Post a Comment