Salam
Kekasih Allah , Rasulullah s.a.w sudah meninggalkan kita hampir 1500 tahun yang lalu.
JIka setiap 100 tahun ada 2 generasi, maka kita umat islam sudah ditinggalkan oleh Rasulullah hampir 30 generasi yang lalu. Bayangkan anak ayam jika ditinggalkan oleh ibu dan bapak ayam untuk 2 malam ..apakah yang akan terjadi kepada anak ayam tersebut?
2) Sebelum Rasulullah s.a.w. wafat dia ada berpesan - kita hendaklah berpegang teguh kepada 2 perkara iaitu Kitab Al Quraan dan Sunnah Nabi Muhamad s.a.w.
3) Disebabkan oleh ditinggalkan selama 30 generasi yang lalu,
tak hairanlah umat islam diibaratkan seperti sekumpulan lalang di lebuh raya Jeli - Gerik .. bila angin timur bertiup dari timur , kita pun bergoyanglah ke timur dan jika angin barat melanda , lalang akan bergoyang ke barat. Kita dikatakan tidak berprinsip lansung dalam kehidupan masing-masing. Musim ramadhan , kita kelihatan cukup bertakwa di seluruh negara tetapi bila ramadhan sudah beransur pergi, masjid dan surau kembali sunyi seperti tanah perkuburan sahaja. Aduhai! itulah reality.
4) Kasihan kepada kita .. bukan? kita seperti anak ayam di atas.
5) Tadi saya ada mendengar seorang imam tua membaca buku - hadith berbunyi begini. Maaf suaranya tak kuat , tak jelas ..maklumlah ..umurnya 70'an .. sudah.
JIka umat islam mengamalkan 5 perkara ini secara berleluasa ..
maka tengoklah bala yang akan menimpa mereka.
Pertama: jika penzinaan berlaku secara terang-terangkan sekarang ini, tuhan turunkan bala HIV dan macam macam lagi penyakit yang sukar diubati di seluruh dunia. Anak anak cacat dengan penyakit yang beranika rupa. Dulu mana ada AIDS , sekarang .. staf hospital kena berhati hati dengan mayat berkuman AIDS.
Kedua: sukatan timbang-timbangan tidak diamati dengan baik, maka tuhan turunkan bala ..penyakit taun (cholera) dan pemimpin yang zalim yang memerah kehidupan rakyat jelatanya semua.
Itu baru timbang-timbangan dengan mesin penimbang kg, gram dan sebagainya.
Apa kata .. pegawai kerajaan yang tak menjaga masa bekerja? Masuk lewat kelas di sekolah, tetapi gurunya keluar dari kelas agak awal juga. Bukankah ini ..sukatan yang tak betul? Apakah hokum rezeki yang dibawa pulang oleh sepasang guru untk anak anak mereka di rumah setiap bilan dan tahun ? Penyakit? anak anak sakit. Guru guru terpaksa tidur di hospital menemani anak yang sakit. Kadang kadang anak anak kena down sindrom. Begitulah ... tuhan kasi mereka menggantikan masa yang tak cukup tadi.
Ketiga: (tak ingat)
Keempat : amalan berhutang dan memakan riba antara bank dan penduduk kota ..maka bala tuhan ialah .. tidak ada lagi hujan turun ke bumi dari langit. Negara selalu diancam dengan kemarau yang panjang. Bila tidak ada air, banyak haiwan dan tanam tanaman mati dan Tanah semakin hilang sifat kesuburannya. Bila Tanah tak subur, harga buah-buahan melambung lambung naik tidak seperti dahulu katakana 50 tahun yang lalu .. durian cukuplah banyak hinggakan .. berlambak di sepanjang jalan dan tidakmempunyai apa apa harga. Skarang sebiji durian harga puratanya RM20 di Kota Bharu.
Kelima: tak menghormati ibu ayah yang sudah tua, maka tuhan turunkan bala .. anak menzalimi ibu bapa mereka sendiri secara terbuka dan tidak ada sesiapa yang dapat mengatasi / menyelesaikan masalah social ini.
HURAIAN:
Timbang timbangan di kedai dan di tepi tepi jalan.
SEkarang orang semakin cerdik.
1 kilogram buah buahan ada harga.
SEmakin berat buah buahan , semakin banyak duit dapat dikutip dari pembeli.
Cara memberatkan timbangan ialah .. adjust alat penimbang, dan adjust buah buahan tersebut satu persatu.
Bila penjual tidak ada iman (takut kepada tuhan)
di mana duitadalah raja dalam kehidupan
banyak penipuan berlaku.
Pertama: pembeli tak berpuas hati.
Pembeli rasa tertipu.
Dia akan memaki ..menyumpah.. jika sumpahannya menjadi (masin) .. penjual akan terkena bala sumpahan tersebut. Bagaimana? penjual akan maut dalam kemalangan, penjual akan menderita penyakit kronik dan ..pembeli dan penjual mempunyai hati hati yang keras. Kesannya .. mereka bergaduh dan berperang darah.
Kedua: penjual ingat dia akan kaya jika berterusan begitu.
Makanan yang dibawa balik hasil dari pekerjaan berniaga tidak akan keberkatan. Berkat ini datangnya dari Allah Tuhan Semesta Alam.
Anak anak berhati batu.
Tuisyen rata riti pun, tuhan tak berikan mereka ilmu, kepandaian dan kebijaksanaan pun. Akhirnya aanak anak ini yang akan membawa berbagai bagai masalah dalam rumah mereka sendiri seperti ..ketagihan dadah, mat rempit, membakar rumah, membunuh ibu ayah dan macam macam lagi.
Begitulah .. huraian dari imam tadi.
Sekian.
Saya sekadar menyampaikan apa yang saya dengar sahaja. Jom kita pakat pakat berubah dan insaffff.
Wallahu aklam bis sawab.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment