Puasa 6

Posted by sazali

Salam

Musim raya ramai antara kita mengambil peluang berkunjung ke rumah jiran, sanak saudara dan rakan taulan.  Oleh itu aktiviti makan minum memenuhi agenda kita semua.

Sebenarnya makan minum bersama sama ini cukup menyeronokkan.  Selera kita bertambah baik jika memakan bersama sama.  Antara juadah yang popular dalam musim ini ialah:

1)  sate
2)  ketupat
3) nasi minyak, rendang
4)  soto
5) lontong
6) kueh kueh raya
7)  tapai ubi
8)  buah buahan - limau, rambutan, manggis, durian
9)  dan lain-lain

Sedap bukan?

Di Putrajaya, pihak kerajaan seperti PM dan TPM membuat rumah terbuka pada bulan raya ini. Di sini ramai rakyat berbilang bangsa tidak akan melepaskan peluang untuk merasai juadah dari rumah PM dan TPM.  Paling seronok menengok telatah rakyat asing memakan sate.  Ramai mengambil sate yang terlampau banyak untuk maksud perut seseorang.  Mungkin mereka lapar sangat kot sepanjang keberadaan mereka di Negara ini.

SElain dari acara makan memakan ini, islam juga menyediakan satu opsion untuk umatnya berpuasa enam.

Ini bermakna kita berpuasa 6 hari dalam bulan syawal.  24 hari boleh makan dan terus makan hingga kita berpuas hati.
Ganjaran berpuasa enam:

Hadith:  JIka seseorang telah berpuasa bulan ramadhan dan diikuti dengan berpuasa  6 hari lagi dalam bulan syawal dengan ikhlas, maka Allah mengganggap dia telah berpuasa sepanjang tahun.  Orang berpuasa, Allah sendirilah yang membalas ganjarannya.  Allahu Akhbar!

Mengikut prestasi,
sewaktu saya muda dahulu rasa rasanya dapat juga saya berpuasa penuh 6 hari ini.
TEtapi sekarang saya rasa jarang sangat saya berkesempatan untuk berbuat demikian.  Rekod, kadang kadang 3/6 tiga hari berpuasa dari 6 hari ;  4/6  ;  2/6.  Kira kira saya telah berpuasa setengah tahun secara matematikal.  Itu dah Ok  ..  He..he..he..  apa boleh buat bukan?

Mengapa?

*  tiba tiba ada tetamu datang ke rumah untuk beraya.  Maka untuk menjaga hati tetamu, saya turut makan bersama samalah.  Ini pernah Nabi Muhamad s.a.w  lakukan demi untuk menjaga perasaan tetamuNYA untuk jangka masa yang lebih panjang lagi seperti berdakwah.

** kadang kadang saya diminta menemani sahabat baik saya untuk beraya di rumah BOSnya.
Saya tak sampai hati nak mengecewakan hatinya ..  maklumlah sahabat ini kadang kadang datang dari jauh semata mata ingin saya menemaninya ke rumah BIG BOSSnya.  Mungkin, dia ada hajat yang besar selepas berkunjung ke sana.  Itu saya serahkan kepada Allah untuk menentukan ganjaran bagi pihak saya.  Ada masa ini saya sudahpun 6 - 7 jam berpuasa pada hari tersebut.  Baki masa ialah 4 - 5 jam sahaja lagi.  Tetapi untuk maksud ikram muslimin , saya makanlah pada jam 3 atau 4 petang ini.  Lagipun sedap juga makan ni kena pulak rumah BOS.  Bayangkan?

*** kadang kadang kesihatan saya tak menentu.  Di sebelah pagi ..saya sihat , selepas zohor atau asar mata saya mulai gelap kerana tak cukup darah atau tekanan darah yang rendah.  Bila begitu ini membawa mudarat jika saya sedang memandu kereta jarak jauh  .. untuk keselamatan saya berbukalah demi kelangsungan hidup saya   Tambahan pula isteri saya masih muda LOR. ( ketawa).


Rasa rasa tahun ini saya berniat untuk berpuasa 6 secara penuh.
Langkah:

1)  tutup handset secara total. tanpa kompromi.
2)  iktikaf di masjid besar Muhammadi Kota Bharu sepanjang hari berbekalkan majalah dan akhbar untuk menghilangkan rasa boring.  Maklumlah .. membaca al Quraan dan Hadith sahaja .. satu tempoh yang panjang sangat 24 jam kerana kita bukan pun dari negeri arab ... mestilah diselitkan dengan membaca akhbar harian dan majalah Readers Digest, Times dan Newsweek.  Senang faham bila banyak gambar gambar dalam majalah majalah ini.
3) jangan bercampur dengan orang ramai..nanti mereka mengajak aku pula untuk minum petang dan macam macamlah
4)  duduk diam diam di satu tempat yang jauh dari rumah.
5)  jangan kasi orang tahu di mana kita bertapa.  Ha..ha..ha..  kalau mereka tahu mereka akan datang dan memaklumkan ada tetamu ayah. Mereka menunggu ayah di rumah.  Habislah ibadat puasa 6 engkau.

Begitulah strategi yang mesti diambil.
Sekarang bukan senang nak menjalankan puasa 6 ini.
Akan tiba satu zaman
nak menghidupkan satu sunnnah Nabi Muhammad sa.w.  bukan lah sesuatu yang senang.

Harap harap kita semua dapat menjalankan  ibadat puasa sunat di atas.
Jika berjaya, syukur.'
Jika tak Berjaya ..apa kan daya bukan?  Yang penting kita telah berusaha seperti berikhtikaf, bertapa, menutup line hand set dan macam macam.  Oh ya..  kadang kadang ..niat nak puasa 100%  lebih bagus dari amalan sebenar tau?

Sekian.
Kepada Allah lah kita berserah. Ameen.
Wasallam.

0 comments:

Post a Comment