Dugaan hidup

Posted by sazali

Salam

Sebagai manusia kita tak boleh lari dari bermacam macam dugaan. Ada dugaan bersaiz kecil dan ada dugaan bersaiz besar.  Semua ini memeerlukan kesabaran, ketabahan, kecerdikan dan iman kepada Allah robbul alameen.

Dugaan bersaiz kecil:

1.  beli kasut Clark di London bersaiz 6.5  , rupa rupanya kaki kita  bersaiz melayu.  Sepatutnya 6.0 pun dah padan sangat.  Tukarkanlah tetapi London bukan dekat abang..
2.  pening kepala kerana menjalankan puasa sunat -  pusat 6//  time puasa semua orang jemput aku OPEN HOUSE
3.  kereta tiba tiba mampus di traffic light Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur.  Celaka punya Toyota!

Dugaan bersaiz besar:

1. kematian
2.  kesakitan -  serangan jantung yang datang tanpa diduga
3.  taufan yang menyerang rumah kita sahaja dalam 1 kampong dan daerah ini.  Aduhai ..apakah petanda ini Ya Allah ?
4.  isteri lari dengan melarikan kereta terbaru kita.  Rumahnya jauh abang.. yes Sumatra sana.  Aduhai...gila.

Sekarang soalannya ialah bagaimana nak solve ( selesiakan) dugaan ini?

Ada 3 (TIGA) cara:
PERTAMA:

1.  Perkaitan kita dengan Allah.  Jika kita ingat Allah waktu senang, tentu Allah ingat kita waktu susah begini.

KEDUA

2.  Cerdik? dah tahu Toyota dah 5 - 6 bulan dah tak servis .. pergilah servis TOYOTA itu. Buat appointment terlebih dahulu.  Bukannya mahal sangat servis ini.  Kalau Toyota Cambri RM100,000 pun engkau boleh beli ..tak kan nak servis pun engkau berkira satu per satu.  JOm .. 

2.1  istei lari ?  ini mesti engkau yang bersalah.  Tahun lalu dah berraya dah rumah engkau ..tahun ni raya rumah dan kampong engkau pulak.  Banyak cantik punya suami.  Patutlah isteri Acheh engkau dah lari ..tetapi jangan bimbang ..kereta engkau can jumpa punya di Melaka.. mana ada jambatan sepanjang Jambatan Pulau PInang pun di Melaka / Medan itu? ..  yang problem ialah isteri engkau tu ..  nak ambik dia dari Acheh ..silap silap pecah muka engkau abang..  baik kau cari geng geng Georgetown ..pergi sama sama ..  saiz biar besar .. bermakna we really mean it baby.

2.2  pakai baju dan seluar itu lawa lawa.  Musim raya .. pakai macam orang Johor. Ada songkok, ada samping, gigi biar cantik, misai trim dan janggut pun diurus elok elok.  Pakai lah minyak Wangi ..biar sedap sikit bau badan mu..

elak dari pakai kain pelikat dari Madras itu.  Jangan ikut sangat orang orang tua di Kelantan. Gi pasar pun pakai kain pelikat. Kalau datang angin yg kencang .. parah abang.  Terselak kain nampaklah dia.  Malu + bodoh engkau...ha..ha..ha..  dah lama tak up up up pun.  Semalam tak UP;  hari ini tak UPP dan esok got no road  UPPPPP.

Ini raya abang.  Bukan pesta wau bulan di Pantai Sri Tujuh Tumpat itu.
Ramai orang berkunjung ke rumah.
Cakap cantik cantik. Kalau orang sibuk cerita Red Warriors main dgn Melaka .. buat apa kau cerita JDT pulak.  Bodohlah kau ni abang.

Macam mana isteri tak lari?

2.3  makan biar banyak sikit

Bila makan banyak , kita lebih bertenaga.
Badan kita , insyallah , lebih sihat dan kompak.
Kalau boleh ..  makan dengan tetamu itu ..jgn engkau pulak yg makan dengan lahap sekali.  Makan slow slow. Jika ada orang Tanya .. jawab slow slow.. seperti kau kerja di mana?

cakap jer terus terang ..tahun lalu aku kerja MAS
tahun ni belum ada kerja lagi.
Malu apa?

highlight yang aku (bini engkau) yang menanggung semua kos kehidupan ini.
Bukan sedikit pengorbanan aku tau .. (isteri)
Bercakaplah benar .. walaupun pahit.

Dah tak kerja ..buat apa kelentong ..yang engkau itu bekerja.

Berdosa sahaja kau ni tetapi jika ayah mertua ada

cuit kawan yg bertanya itu ..pergi bawah pokok   rambutan  mana mana ..confesslah

aku tak kerja lagi.

Ha..ha..ha..

2.4  biar ada duit simpanan

Bila raya, nak g Acheh kena ada dalam saving RM2000  +  +
kalau anak ramai .. ambiklah calculator itu. Kira?

Bukan perlu PhD pun ..nak kira .. berapa nak budget ..nak fly Acheh here we come niiii.. 10 tahun kahwin baru nak fly sekali berhari raya ni.  Punya kedekut punya lakiiii.

Ha..ha..ha..

Ini semua di bawah topic , sub topic CERDIK  sor karo.

Maaf.

KETIGA

 rangkaian kawan

dengan orang masjid kita berkawan
dengan orang tabligh kita pun OK.
dengan orang kampong pun kita OK dan
geng Mat rempit kita satu geng jugak.

Bila berhadapan dengan situasi cemas bersaiz apa apa

senang kita dapat pertolongan.  Suruh Mat Rempit kejar bini kita. Selamatkan kereta baru kita itu.

Jangan sombong dgn orang.

Jika jiran pun kau kacau ..   (kacau bini jiran waktu dia sidai kain dan macam macam kain beranika warna dan saiz  )
mana bisa mereka sudi menolong mu .. kawan?

Begitulah hari ini.
Sedekah penulisan ku ini.

Aku tulis .. kerana ramai pasangan berkhawin orang seberang.  Maklumlah semua orang pergi university sekarang. IPTA, IPTS semua dah senang. Open Universiti lagi lah pulak. Asalkan ada duit sor karo jahhhh.

 Kesannya:

Melayu Kelantan lawan Serawak, Sabah, Kalimantan Indonesia.

Melayu Kelantan lawan Cambodia ( Kemboja) atau Pattani, Yala, Narathiwat

Melayu Kelantan lawan Johor, Kedah, Pulau PInang

Macam macam.  Syabashhhh.. kelate kito.

Kurang dah orang syok satu rumpun ini. 
Kelantan lawan Kelantan.  Mana ada thrill kennnnn?

Kita pakai baju raya pun ..macam macam design .. trylah design baru ..mana tahu kita boleh jadi

Bangsa Melayu Kelate Baru!!!

Sekian.
Wasallam.






0 comments:

Post a Comment