sakit, pesakit dan penyakit

Posted by sazali

Salam

KIta sebagai manusia tidak boleh lari dari ditimpa musibah.

Salah satu musibahnya ialah sakit.  Tiba tiba kita jatuh sakit.

Ada penyakit itu ringan dan ada penyakit itu berat.

Contoh penyakit ringan:  demam, selesema, batuk dan sakit kepala.
Contoh penyakit berat/ parah:  barah payu dara, barah otak, jantung berlubang, leakumia dan kencing manis.

---
Kita makan mengikut pyramid makanan.
Kita makan mengikut nasihat para para doctor dan guru.
Kita tidur cukup.
Kita tidur dalam kawasan rumah yang bagus.
Kita tidur dengan kipas dan alat penghawa dingin.
Kita minum cukup.
Kita ikut banyak nasihat orang orang tua agar kita sihat selalu tetapi mengapa kita jatuh sakit juga?

Mengapa?

Jawapan senang sahaja.

Allah yang mencipta kita.
DIA tahu kemampuan tubuh badan kita.
Dengan penyakit , kita diberi amaran .. 
Allah yang berkuasa
Makhluk macam mu tidak ada kuasa apa apa pun.
Allah beri kita kesedaran ..
NIkmat sihat dan nikmat sakit silih berganti. Satu demi satu ..agar kamu beringat bahawa satu masa nanti
kamu akan dijemput oleh AKU melalui perantaraan malaikat maut.
Oleh itu , ayuh bersiap sedialah wahai manusia.
Bersedia!
Jangan berangan banyak banyak. 
Sedarlah bahawa dunia ini bersifat sementara , sedangkan akhirat adalah kekal abadi abada.

Oleh itu macam mana?

Pesakit jantung pun tahu.
Kadang kadang pakar jantung terpaksa mengangkat bendera putih ( kalah)
mereka tak boleh buat apa apa lagi dengan jantungmu.  Robek banyak dah jantung mu dikerjakan mereka.

Semua kepakaran mereka sudah sampai ke satu titik ..terbaik tetapi
sayangnya penyakit jantung mu tak mampu mereka ubati lagi.
Kamu dibawa pulang oleh kaum kerabat kamu.
Kamu diterbangkan dari hospital terbaik di Negara barat ke kampong halaman kamu.
Untuk apa?
Yes .. untuk mereka bersiap sedia .. akan tiba satu hari itu ..  kamu bertukar status dari manusia hidup kepada manusia mati ( mayat).

Bila sampai di titik itu, semua manusia yang rapat dgn mu akan cepat cepat
mandikan kamu, kapankan kamu dan menghantarkan kamu ke Tanah perkuburan.
Di situlah kamu akan disimpan untuk satu jangka masa yang panjang.  Tidak ada sesiapa tahu bila tamat ini punya penghidupan dalam alam kubur.  Kau tahu tuan?

Begitulah lazatnya kehidupan.
Sedap macam mana pun bila datangnya sakit, bila datangnya penyakit
kita tak boleh lari dari pelan asal pencipta kita bergelar ALLAH YANG MAHA AGUNG
DIA menjadikan kita
dan DIA juga mematikan kita pada bila bila masa.

Sama ada Negara sudah bergelar Negara maju atau
tidak
bila sampai masa kita dimatikan
Kita akan terus ke sana ( kubur) ..
aduhai.  Begitulah wahai anak.

Sayang macam mana pun engkau kepada ibu bapa mu
Allah sayang lagi mereka melebihi  tahap kesayangan kamu kepada ibu bapa mu sendiri berkali kali.

Semua ini memberi banyak pengajaran kepada kita ..
itu pun kalau kita mahu berfikir sejenak dan / atau seketika.

Semua yang hidup akan merasai MATI.

Begitulah anak.  Nabi Muhammad s.a.w.  selalu berpesan ..bersiap sedialah .. banyak banyak. Kau digalakkan menziarahi orang sakit di hospital.  Hadith :  BIla ada seseorang mukmin bersusah payah keluar dari rumahnya untuk menziarahi saudaranya yang sakit terlantar di rumah sakit di waktu siang , maka diutuskan 70,000 malaikat mendoakan untuknya .. Allah ampunkan dia.  Allah kurniakan rezeki kepadanya.  Allah panjangkan umur untuk Nya ( tuan ziarah). Begitu juga bila kamu menziarahi saudara mu di waktu malam yang gelap gelita.  70,000 malaikat  mendoakan perkara yang sama dari malam sampai ke siang tanpa berhenti-henti.

Rujuk: Kitab Muntakhab Ahadis -  Hadis hadis pilihan.  Syaikh Md Yusof Kandhalawi 2015.

Sakit
Penyakit
Pesakit

Kita tak boleh lari ke mana mana pun.
Walaupun kita terbang ke luar Negara hampir dengan kutub utara sekali pun
bila ibu penyakit masih ada dalam tubuh badan kita
satu hari kita akan MATI.

Senang sahaja Allah lakukan kematian tersebut.
Allah Maha Kuasa
Makhluk tidak ada Kuasa apa apa pun.

Kta berubat macam macam itu
sekadar kita berusaha
Kita berusaha kuat dan kita berdoa banyak banyak agar
Allah temukan kita dengan satu ubat yang boleh menyembuhkan kita ..

Doa adalah senjata utama mukmin/ mukminah.
Tetapi doa boleh makbul jika makan makanan kita 100% halal.

Makanan kamu 100% halal tuan/puan?

Sebab itu kita mati
Sebab doa kita tak makbul.

Kita insaf banyak banyak bila doctor pakar kasi signal
kepada waris waris kita
'boleh ambil dia pulang ..boleh kemas kemas
dan siap siap dah ..
barahnya sudah Stage 4/5

Aduhai.
Begitulah.
Marilah kita beristighfar banyak banyak

Kita sudah hanyut jauh ke luar sana
Sekarang baru insaf dan ingin menukar haluan ..pulang ke pangkuan ALLAH YANG ESA>
JOM.

Sekian.
SEkadar renungan dan iktibar.

Wasallam

p/s:  Fokus kepada solat 5 waktu berjamaah.
Terutama berdoa qunut di waktu subuh itu.  Terkandung doa ..  afiatkan( sihatkan) kamu. BIla imam dan makmum ameen,  para malaikat di langit pun ameen bersama sama dan membawa permintaan mu ke langit tinggi di sana untuk ALLAH pekenankan.  Itulah ramuan terbaik memanjangkan umur mu ...  Baca Al Quraan banyak banyak.  Dalam Al Quraan terkandung penawar penyakit kita semua. Insya Allah. 









0 comments:

Post a Comment