Dua benda

Posted by sazali

Salam

Dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. ada berpesan  mahfumnya

Jaga 2 benda:  kalian akan selamat dunia dan akhirat.

1.  kemaluan
2.  mulut

Sodakah rasullullah s.a.w.

Banyak pengajaran dapat kita perolehi jika di amalkan.
Pertama keselamatn diri dan maruah kita dan bangsa.

Huraian:

Kemaluan ini boleh kita berkongsi dengan suami/isteri yang sah sahaja.  Walaupun tak awesome ..tak boleh share ..HARAM!
Tak boleh passing kat orang lain kecuali ada surat sah menikah dari Juru NIkah dan tok imam.
Kalau tidak ..banyak problem yang timbul

*  runtuhnya tamadhun manusia kerana maksiat (zina)
Runtuh dalam erti kata ..  kita tak kenal zuriat itu siapa punya.

penyakit banyak timbul sekarang ini seperti HIV dan siplis dan lain lain lagi.
Ada orang menangis dalam tandas kerana tak boleh kencing.  Klau ada pun keluar kencing berdarah dan menanah.  Sakit gila ..kita seorang sahaja yang menanggungnya.  Berani buat , berani tanggung.

Sedap itu sekejap. Tapi kita tak tahu kesan penzinaan dan homoseksual.
Banyak cerita dalam akhbar tentang masalah kesihatan di Amerika yang bertuhankan seks.
Banyak rumah tangga yang hancur hingga ke peringkat pembunuhan antara suami dan isteri kerana tak menjaga kemaluan masing masing dengan baik.  Ada affair orang moden kato.

Mulut

Ini punya benda lagi lah dasyat.

Dari mulut  datagnya fitnah dan penipuan.



Klau orang biasa menipu ..tak banyak sangat kesannya.






Tetapi jika orang orang besar seperti Perdana Menteri .menipu ..  malulah sebuah Negara di mata masyarakat di seluruh dunia dan Negara.







Orang bergaduh kerana mulut.

Cakap itu cakap ini..semua tipu.

Masalah terbesar orang menipu ..dia kena ingat 'story ' dia berkali kali ..supaya tak terbongkar cerita penipuan dulu.  Nak jaga story tipu .. ramai orang tak boleh tidur.

Bukan 1 malam dia tak boleh tidur, tetapi sejak tempoh pemerintahannya ..dia kena ingat jalan cerita story tersebut siang dan malam.

BUat benda itu bukan senang..abang.
Jaga story.

Jika tak kena cara, kita mengalamai kemalangan maut.  Bila tak cukup tidor, badan kita merana.  Prestasi kita menurun makin hari makin Nampak jelas di mata masyarakat.

1 tipu punya story ...dia kena reka banyak lagi sub-story.  Semua tipu ..abang!

Tanya orang khawin curi di Thailand/ Indonesai.
Kelam kabut dia setiap hari. 

Bagaimana tidak nya ..dia kena maintain story, tag line story lama.
Payah tu abang.

Percayalah.

Cukuplah penulisan ini kali ini.  Ramai orang tak suka ..  kita story macam macam.
Ha..ha..ha..

Betapa tepat .. sabdaan Nabi kita Muhammad s.a.w.  Dia dah Nampak dah kesan mulut dan menipu.
Eloklah kita yakin .. semua ajaran Nabi kita mulai sekarang.

Benda yang lampau (kita pertikaikan kesahian sabdaannya)  kita mohon maaf dan taubat banyak banyak.
Jom kita ikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w  mulai sekarang agar kita berjumpa kebahagian dan ketenangan dalam hidup kita sepanjang hayat.

Betul tak  abang/ kakok. adik/ che wan?

Itu jer sumbangan cikgu kali ini.  Tak lebih dan tak kurang.

Sekian.
Wasallam.



0 comments:

Post a Comment