Dulu BM wajib sekarang Sejarah pulak. Mengapa ya?

Posted by sazali

Salam.


saja kasi feedback dari pandangan seorang ayah maklumlah menulis sesuatu ..hobi guru lah ni.

Mengapa perlu belajar/tahu sejarah?


Dulu kerajaan sibuk dengan mewajibkan lulus dalam kertas bahasa Melayu untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia.


40 tahun ke depan iaitu pada waktu ini kerajaan mendesak semua pelajar lulus kertas Sejarah di peringkat SPM bagi mendapat kelulusan Sijil SPM pula.

Mengapa ya?

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Terlalu ramai cerdikiawan Malaysia bila berhujah di Dewan Parlimen dan Dewan Negeri sebagai ADUN atau MP - nampaknya mereka lupa fakta sejarah bahawa di Negara ini sudah ada termaktub akta keSultanan Melayu iaitu keistimewaan Raja-raja Melayu, dan hak kaum bumiputera. Tanah dan bumi ini di Negara ini sebenarnya kepunyaan orang-orang Melayu sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Lihat sejarah kesultanan Negeri Melaka.
Agama Islam adalah agama rasmi Negara ini iaitu Malaysia
Cinta kepada Negara ini semakin hari semakin terhakis kerana budaya kerja manusia yang semakin pantas dan rakus. Prinsip hidup adalah ‘siapa cepat dialah yang dapat’ tanpa mengambil kira Prinsip Rukun Negara
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Negara ini. Ini bermakna bahasa komunikasi antara penduduk berbilang bangsa adalah melalui satu bahasa iaitu Bahasa Melayu. Bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris secara otomatik adalah bahasa sekunder.
Menanamkan rasa kesyukuran berada di Negara yang bertuah ini bernama Malaysia. Kita dapat hidup aman dan damai tanpa pertumpahan darah semasa meniti saat-saat Kemerdekaan pada 31 OGOS 1957.
Bila membuat perjanjian untuk maksud urusan perniaagaan rasmi antarabangsa fakta sejarah Negara ini hendaklah diambil kira di mana beberapa peratusan pekerja hendaklah datangnya dari kaum melayu, cina dan india dari Negara ini sendiri terlebih dahulu sebelum urusan pengambilan pekerja dari seberang laut iaitu pekerja dari Indonesia, Bangladesh, India, China, Vietnam, dan lain-lain lagi dibuat secara formal/bersurat.
Kilang-kilang elektronik atau berteknologi tinggi yang mempunyai kepentingan antarabangsa hendaklah mengambil kira komposisi pekerja dari semua lapisan jawatan pengurusan, professional atau bukan professional hendaklah ada kaum bumiputera iaitu orang-orang melayu yang benar-benar berkelayakan itu sendiri


Tanpa fakta sejarah

Besar kemungkinan Negara ini akan hilang identity budaya, bangsa, seni, warisan dan nilai-nilai unik kebangsaannya secara beransur-ansur seperti apa yang dialami oleh United Kingdom dan USA/Amerika.

Lihat sahajalah orang-orang Vietnam yang lari ke Amerika. Anak-anak muda mereka sudah buta sejarah dari mana mereka datang. Jika diajak berkorban untuk Vietnam pada masa ini sudah tentu ada rasa “syak wasangka” mengapa perlu nyawanya dikorbankan untuk Negara Vietnam pada masa ini tahun 2010? Tengok stail mereka berdialog. Tiada identiti Vietnam. tahukah anda .. kebanyakan generasi kedua org vietnam di sana adalah baka dari askar USA yang telah berkhidmat menentang Vietkong pada tahun 1950'an yang lalu. Ibu mereka Vietnam dan ayah mereka askar-askar Amerika. Mata sepit tetapi .. kulit dan gene bako Amerika ( putih dan negro pun ada).

Lihat sahajalah anak-anak muda India di Bradford dan Birmingham England. Ramai mereka tidak tahu apakah bahasa,bangsa dan budaya hidup mereka yang sebenarnya. Cinta pada bahasa ibunda mereka iaitu Hindustan sudah mula menurun kerana kemasukkan cinta pada bahasa dan budaya hidup orang-orang inggeris. Mengunjung ke bar sudah menjadi satu budaya moden mereka. Agama? Mengikut kajian .. agama utama di sana ialah bola sepak. nabi mereka adalah idola bola sepak mereka seperti david Beckham atau Rooney. Personaliti mereka bercapah (splitted personality). mahukah kita melihat anak cucu kita begitu pada satu hari nanti?

Dua kes di atas adalah bukti nyata yang boleh dilihat di dua buah Negara tersebut. Pihak kerajaan Malaysia tidak mahu / rela melihat perkara itu berulang di sini mulai sekarang hinggalah 500 tahun yang akan datang. Tetapi bila anak-anak muda hilang pegangan agama Islam sebagai satu cara hidup yang murni dan hakiki adakah pasti .. prinsip hidup orang-orang melayu dan budaya, seni, bahasa, melayu boleh bertahan 500 tahun lagi? Strategi apakah yang patut diutamakan? Menegakkan landasan bertunjangkan kepada agama islam atau hanya bersandiwara dengan fakta sejarah sahajakah? Berbaloikah kita mati atas nama kebangsaan seperti apa yang dibuat oleh orang-orang Palestin? Asobiah/ perkauman. Mati atas dasar perkauman adalah mati yang sia-sia di sisi Allah sedangkan mati kerana berjuang menegakkan agama Islam yang suci adalah kurban syahid. Mujahidin. Rujuk Majalah Dewan Masyarakat Keluaran Oktober 2010. Orang UNESCO menulis berkenaan dengan perkara ini juga. Bimbang dia adalah bimbang kita semua sebagai ayah, atuk dan guru.


Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment