Rindu mengajar mereka lagi dan lagi

Posted by sazali

Salam.

Dah seminggu kami bercuti. Pelajar-pelajar DIT2 dan DIT1 sudah bercuti pendek - study leave - untuk membuat ulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir semester adalah pada minggu akhir NOv 2010. Sementara itu , minggu ni 05 - 18 NOV 2010 pula cuti perayaan Deepavali dan Selamat Hari raya Adil Adha'. Maka cuti kami bersambung-sambunglah. Syukur hidup di negara ini. Boleh diakatakan setiap bulan ada saja cutinya. Kalau bukan orang islam bercuti kerana perayaannya , kaum dari bangsa lain pula meraikan hari kebesaran mereka pula. Sama sama berkongsi cuti. rasa-rasa sebagai bapa lah ..baguskah stail pendidikan cara begini ..asyik cuti memanjang jer?


2) baru jer kita nak gain momentum mengajar dengan formulae matematik dan latih-tubi bagi pelajar-pelajar , kita diminta bercuti pula. Kadang-kadang malas betul nak bercuti .. ni tetapi apakan daya ..kita rakyat Malaysia. So hilanglah mood belajar dan mengajar ini. Bukankah begitu saudara-saudariku sekalian?

3) saya masih risaukan pelajar matematik saya yang sangat lemah. Mereka khabarkan mereka akan study matematik di rumah di waktu cuti begini ..tetapi berapa ramai profesor, pensyarah kanan universiti boleh yakin dengan ayat-ayat begitu? Depan mata kita pun mereka tak leh selesaikan pun mana-mana soalan matematik .. apa tah lagi belajar di rumah diceruk-ceruk pekan, desa dan kota metropolitan? Azab mengajar zaman sekarang ialah ..kita beri soalan matematik skala payah sedikit .. jawabnya ..kita tanya ..kita jugak lah yang menjawabnya. Dulu zaman jepun, british dulu .. teacher tanya kita selesaikan 10 saolan matematik dari buku Durell(1956) .. pelajar lemah try try jugak jawab separuh dari kerja rumah. Sekarang dunia dah terbalik .. kita beri mereka 10 soalan .. untuk cuti seminggu .. bila jumpa kelak .. kita jugaklah yang menjawab langkah demi langkah. Sedap mengajar zaman sekarang. DSM = diploma salin menyalin. Brilliant!

KIta tulis atas whiteboard, depa salin terus ke dalam buku nota-nota mereka. If tak beri salin , saya rasa mereka akan murka .. dan mencuka wajah mereka sepanjang hari, minggu dan bulan. Maklumlah dari umur 7 tahun ..hobi dan budaya mereka ialah "cikgu tulis saya salinlah". Dalam peperiksaan , mereka muntahkan apa-apa yang telah disalinkan itu. Sebab itu;lah industri, fotostat hidup subur bagaikan cendawan selepas kena hujan ini. He..he..

Sebarang komen dari ibubapa misali .. jangan teragak-agak beri feedback kat saya ini.

Terima kasih.

Wallahu aklam. Muga-muga semua kita berbahagia.

0 comments:

Post a Comment