Salam.
Tak banyak nak tulis hari ini. Separuh hari melayan badan yang sakitdan kepala yang sakit berpusing-pusing satu dunia. Org Kelate kato 'sakit urat' maklumlah 5 hari kami di Kedah, Perak dan Butterworth. Melawat students IT Industrial Training.
2) Saya minta anak bongsu saya .. mengurut sikit badan-badan saya. Biar dia rasa dan tahu ..bahawa abahnya sudah mula memasuki zon tua macam .. mantan PM Malaysia kita iaitu YB Tun Mahathir, YB Dato' Seri Abdullah Badawi dan .. khabar-khabarnya YB Dato' Najib pun terlantar kat hospital dek chicken pox? Ajaib betul yer ..kuasa Allah.
Saya rasa bagus kita benarkan anak-anak merawat kita sedikit sedikit ..biar dia rasa .. satu hari nanti bila terbujur badan dan jasad kita .. mereka tahu what to do next. If kita pergi berurut ke rumah-rumah tukang urut .. dan anak-anak ..mungkin tak tahu apa yang berlaku ..mungkin jika kita tiba-tiba mati .. mereka tak tahu memainkan peranan masing-masing. Duduk membisu dan tak tahu apa-apa. Maklumlah ..semua anak-anak kita sibuk study dan bekerja sepanjang masa. Memang manusia ini lalai .. time senang ..mana ada org yang memikirkan bencana ..seperti apa yang berlaku di Yogjakarta dan Sulu boleh berlaku .. Gunung Merapi .. dengan kepulan asap beracun dan lava .. memusnahkan, melecurkan badan-badan manusia .. dan sang-sang lembu bergelimpangan di atas bumi. Osh! dasyatnya.
3) Kita ajar ..apa yang patut diurutkan. Tangan mana yang perlu didahulukan bila kita sakit angin dan sengal-sengal badan. Bahagian mana dari bahagian kepala kita patut mereka urutkan secara baik dan .. memberi tekanan secara konsisten. Bila selalu dibuat begitu .. mereka akan terasa juga bahawa .. mengurut badan org tua pun satu skill yang sangat-sangat diperlukan pada zaman lani. Satu cara memberi layanan yang baik kpd org tuanya. Sebenarnya ada org yang dapat cari makan secara banyaknya melalui skill urut-mengurut ala saintifik, reflectsology, dan tradisional ..dan bermacam-macam lagi. Bayangkan 1 jam mengurut boleh dapat upah RM50 di setengah-tengah tempat di negara ini. Jika dapat tempahan 5 jam sehari sudah cukup lumayan, bukan? Bidang ini patut diajar secara langsung seperti kursus Diploma IT dan Multimedia juga. Selagi ada org tua yang loaded nak minta diurutkan badannya.. sudah tentu ada demand dan supply. So ada chance kita dapat mencari rezki dari bidang ini. Kolej Komuniti KPTM patut .. buat sesuatu tentang permintaan ini secara formal dan informal.
He..he..
Itu sahajalah penulisan saya .. saya nak sambung kerja uruskan 'Pengiraan Markah Kerja Kursus' bagi kelas saya DIT. Insyallah.
Sekian. Wasallam.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment