JIran-jiran kita

Posted by sazali

Salam

Hari ni .. sangat-sangat ..tidak sihatlahh. Maklumlah memandu kereta dari Kulim, Kedah ke Batu Pahat .. dalam satu hari saja. Walaupun begitu sempat juga singgah di Kuala Kangsar rumah bakal Tok Besan kami - insyallah June 2011 nanti.

2) Hujan sangat lebat sepanjang jalan. Musim Banjir di Kedah dan Perlis. So kena memandu ..berhati-hati sikit. Ambik peluang singgah rumah adik kandung saya Siti Salmah di Kajang dan rumah abang ipar saya ..di Bangi Seksyen 7. Di Kajang .. sempat berjumpa mata dengan ibu saya yang semakin uzur. Risau saya melihat dia tetapi .. dia tak mahu ikut saya ke Batu Pahat. Berbagai-bagai alasan diberikan ..jika kita nak bawak dia ke batu Pahat. Sebenarnya dia lebih suka tinggal di rumah adik pompuan saya. Sebenarnya .. dia ada seorang anak lelaki yang uzur juga. Adik kandung saya. Aghh ..apa boleh buat. Bukankah ..ini semua dugaan dari Allah kepada kita semua? Mereka senang ke Hospital Serdang. Sudah kerap sangat mereka ke sana. So ..semua rekod kesihatan mereka ada disimpan untuk dibuat rujukan oleh doktor-doktor pakar.

Di Bangi .. saya membawa isteri melawat abang kandungnya. Lama juga di sana ..alhamdulilah makan nasi dan berlauk ..ikan masak asam pedas ..stail Muar. Tetapi yang bagusnya .. mereka (di Bangi ) berpuasa sunat. Hari Khamis. Bagus itu. Insyallah ..next time .. saya nak amalkan juga ..setiap Khamis ..kita puasa sunat.

3) Khutbah Jumaat ..mata saya separuh bukak separuh tutup. Pejam mata jer, tapi try jugak bukak 50% lubang telinga - kata orang. Pening ..kepala berpusing-pusing. Tak cukup tidur. Saya dengar text kutbah semi-sedar dan semi-tidur. Inti pati teks khutbah ialah:

Jiran manakah yang ada 1 hak dari kita? - jika jiran itu bukan yang beragama islam.

Jiran manakah yang ada 2 hak dari kita? - jika jiran itu Muslim dan tinggal bersebelahan rumah kita. Check orang yang tinggal di Taman Perumahan.

Jiran manakah pula yang ada 3 hak dari kita? - jika jiran itu Muslim, tinggal di sebelah rumah kita dan bersaudara-mara pula ( sepupu, bapa saudara dan lain-lain lagi lah ..ada pertalian keluarga).

Istilah sebelah rumah apakah maksudnya? .. mengikut Kitab Imam Ghazali r.a. mengikut hadith Nabi Muhammad s.a.w. ".. jika rumah itu berada 40 buah ke kiri , 40 buah rumah ke kanan , 40 buah rumah ke atas (flat) dan ke 40 buah rumah ke bawah (flat) dari rumah kita ..semua itu adalah jiran kita"

See.. jiran kita pun ada hak. Janganlah kita ,..menyakiti jiran kita walaupun .. sedikit. Jika masak gulai .. contohnya .. masak ikan asam pedas stail Muar, Johor .. dan jiran kita dapat membaunya .. wajib kita hantar kepada jiran kita walaupun .. semanggkuk kuah .. itu lah jiran namanya.

Tetapi kali ini .. saya ingin mengajak diri saya dan pembaca .. mendoakan jiran-jiran kita .. supaya kita semua benar-benar menganut dan beramal dengan ajaran suci Islam kita. Selamat kita semua dari azab Allah. Mahukah kita melihat Cikgu kita namanya ..Miss Cxxx yang sangat berjasa kepada kita .. mengajar kita matematik di Universiti .. banyak menolong kita .. bawa kita ke hospital jika emak kita tiba-tiba sakit ditengah-tengah malam ..sanggupkah kita melihatnya dihumbankan ke neraka .. oleh sebab kita berlainan agama? Oleh itu .. jika kita berdoa... doakan lah untuk kesejahteraan jiran kita yang lain ..agar mendapat taufik dan hidayah juga. Ameen seperti Rasulullah mendoakan keimanan Sayiddina Omar Farouk r.a. sebelum beliau menganut agama suci Islam ini. Jiwa kita mesti besar. Bukan setakat 1Malaysia sahaja sambil-sambil bersenam robik di tengah Padang Merdeka jer ..tetapi .kalu boleh 1SYURGA yang kekal abadi. 1ALLAH - kenapa malu sangat kita nak ucapkan istilah ini?

Wa llahu aklam.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment