ganti kelas

Posted by sazali

Salam

Dalam urusan kerja mengajar , kadang-kadang kita terpaksa miss kuliah dan mcm-mcm lah. Contohnya, minggu lepas saya ke KISAS dan bila pulang saya sakit gigi. Batangkan jika org tua sakit gigi. Mana boleh mengajar. So saya cutilah.

Sekarang bila dah sihat, saya bercadang benor-benor nak ganti kuliah dan makmal matematik. Rupa-rupanya tidak semua students suka trend ganti-ganti kuliah ini. Ajaib betul .. generasi masa kini kan? May be . ini akan mengganggu plan/ perancangan hidup mereka di waktu mlm.

2) Apa yang saya katakan kpd mereka ialah .. attendance is optional. ..kau dtg tak apa.. tak dtg pun tak apa. Tahu apa jadi malam tu? Bilik kuliah tak cukup besar untuk menampung kedatangan mereka untuk belajar. Dua kali pelik mereka ni ... mulut kata tak nak .. badan kata nak.

Laugh.

So apa lagi , saya mengajar habis-habislah .. topik relations dan functions dlm discrete mathematics. year 1. semester 2.

3) Mungkin pembaca kata .. kau pun pelik juga. dah budak tak nak belajar wat apa wat kuliah. kan ker gaji buta tu?

Not me .. saya tak mahu buat dosa lagi. Insya allah. Cukuplah dosa-dosa zaman dahulu. Now tempoh perkhidmatan dah masuk ke penghujung. Kena tunjuk sikap dan watak mulia sebagai guru tua. Mana tahu ..yg kecil-kecil ini ..mungkin jadi sebab musabab saya di masukkan Allah ke dalam syurga yg kekal abadi. Ameen. Kita tak mahu makan gaji buta lo!

Wa llahu aklam.

sekian.. comment plz. tq.

0 comments:

Post a Comment