we compete not on equal grounds

Posted by sazali

Salam

just sharing my small thoughts.

Lawatan kedua

Kami mengambil keputusan melawat anak kami di Klang, Selangor hujung minggu lalu 12 Februari. Kebetulan anak lelaki kami memerlukan kami mengambil barang-barangnya memandangkan sesi pengajiannya telah selesai di UIA, Petaling Jaya. Kursus Persediaan UIA.

Buat waktu ini kami mengamnbil kesempatan ini menghantarkan ibu pulang ke Kajang. Memandangkan tarikh temu janjinya dengan doctor pakar pada 16 Febuari di Serdang Hospital. Syukurlah kali ini kami dapat membawanya ke Batu Pahat melawat kawan-kawan lamanya selama 4 hari. Sebenarnya ibu mempunyai ramai kenalan di Batu Pahat kerana arwah ayah seorang anggota polis di Johor dari tahun 1960 – 1970. Bukan main seronok lagi ibu melawat kawan lamanya makk minah di Peserai dan anak angkatnya Pak Udin di Jalan Tanah Merah, Batu Pahat kali ini. Macam-macam peristiwa lama mereka flashback. Mereka ketawa berderai-derai bila timbul cerita yang menyentuh hati dan jiwa mereka seperti peristiwa adik saya mencekik anak ayam yang baru menetas 45 tahun yang lalu. Apa yang terkilan ialah saya tidak lama dapat bersembang-sembang dengan ibu maklumlah waktu siang saya sibuk dengan tugas mengajar dan waktu malam saya menggantikan beberapa kuliah dan tutorial yang tertinggal pada sejak 7 dan 8 Februari 2011 yang lalu. Tetapi saya tahu mak faham perangaiku. Aku tak suka berhutang sesi kuliah dan tutorial dari pelajar-pelajar ini. Hutang wajib dibayar bukan?

Minggu hadapan saya merancang menjalankan Ujian 1 Matematik Diskrit degree IT. Oleh yang demikian saya sedang membina soalan-soalan untuk pelajar-pelajar tersebut. Didoakan mereka semua berjaya kali ini. Hujung minggu hadapan saya diminta hadhir di Hotel Kings Melaka. Tugasan ? kerja R n D fakulti. Macam-macam kan?

Sekian. Wasallam.
p/s: saya sedang berlatih menulis ayat-ayat BM supaya lancar seperti pelajar generasi sekarang. Sudah lama penulisan BM saya tinggalkan sejak saya melanjutkan pengajian di luar Negara . Harap pembaca dapat memberikan saya ruang

0 comments:

Post a Comment