Sincerely when I write i really want my children to know

Posted by sazali

salam.

Just sharing lah. My book dah siap tau?

2) The title of my writing is : Rumah kita

Bila disebut sahaja perkataan ‘rumah kita’ apakah yang tersirat / tersurat disebalik perkataan ini dari sudut seorang musafir/ pelajar di IPTA, IPTS, Mesir?

Mestilah terbayang emak , ayah dan kampung kita kan?

Tempat ini sahajalah tempat kita mampu buat apa yang kita suka. Bayangkan ada orang balik ‘rumah kita’ semata-mata nak tidur saja berhari-hari lamanya. Tempat inilah tempat dia boleh beristerehat buat apa yang dia suka. Tak payah pakai ‘formaliti ‘ yang melampau-lampau.

Rumah kita mempunyai ayah dan ibu. Pada merekalah tempat kita mengadu. Cikgu tu tak baguslah. Subjek tu payahlah. Payah sebab cikgu tu asyik pergi mesyuarat sahaja lah. Macam-macam .. sedap kita melepaskan geram kita kepada ibu dan ayah kita. Mengumpat? He..he.. sedap jadi cikgu ni. Semua pahala yang engkau buat selama ini ..semua masuk ke dalam akaun cikgu yang kau umpat-umpatkan itu. So jalan selamat ..selepas cuti ..anda mesti datang minta berbanyak-banyak maaf kepada cikgu tersebut.

Di rumah kita , emak akan memasak masakan yang paling digemari oleh anaknya. Jika anak itu bernama Solihin, emak kau tahu kau suka sangat makan nasi lemak masakan emak kau. Tidak ada masakan ‘nasi lemak’ sehebat ibumu. Why? Kerana lidah kita dah set ‘itulah rasa / sedap satu set nasi lemak’. Walaupun penat ayah kau sponsor kau dan adik-adik pergi menginap di Hotel Melaka Century mahkota - balik balik ..mesti nasi lemak emak kau juga lah yang kau terkamkan. Hairan yer? Itulah makna emak dalam hati sanubari anak-anak. Kalau sebut Sobirin (anak pertama) ..masakan yang paling dia gemari ialah ‘goreng daging simple simple jer asalkan garengggg’. Itulah rasa daging lembu goring .. set standard yang Sobirin tetapkan sepanjang hidup dia. Alangkah untungnya anak-anak yang mempunyai seorang individu di panggil ‘emak’.

Di rumah kita, ayah akan cuba menyediakan apa sahaja yang kau nak asalkan termampu olehnya. Jangan mintak helicopter NURI sudahlah. Yes ayah akan sediakan segala perbelanjaan .. dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Apa yang dimaksudkan dengan kecil di sini ialah buku-buku sekolah kau semasa kau di MRSM, Kolej Islam Klang, Naim Lilbanat Kota Bharu, Maahad Muhammadi (Perempuan) jalan Merbau , Kota Bharu, Lembah Beringin UEM, .., dan juga semasa kau belajar di universiti luar Negara mahu pun dalam Negara. Semua ayah kau akan cuba cukupkan. Kadang-kadang ayah sanggup ikat perut semata-mata nak memenuhi permintaan anak-anaknya. Mengapa? Mengapa perlu dia korbankan segala-segalanya semata-mata ..kau itu bergelar anak. Tak cukup dengan belanja kecil-kecilan ..ayah sanggup juga belanja besar untuk menjayakan kenduri kahwin kau. Tak ingat kau? Bayangkan budget makanan buffet , there was a baki antara apa yg anak sediakan duit dgn caterer n Other small bits mahukan kita settle (bakinya) tu ..siapa pulak yang settlekan? Malaikat kah? Tak ramai anak mahu tahu aspek itu? Itu satu perbelanjaan yang besar tau? Macam-macam si ayah (mana-mana ayah lah) .. akan lakukan ..semata-mata membuat si anak happy/ gembira dan sentiasa suka balik ke rumah. Yes balik ke rumah kita.

Di rumah, kadang-kadang ibu dan ayah akan jadi khadam kita. Mengikut kamus BM Arab- BM .. jika dicari perkataan ‘khadam’ ..maknanya ialah ‘hamba’ ..yes mereka hambakan diri mereka semata-mata untuk seseorang yang bergelar anak dari umurnya 1 hari hinggalah ke hari ini. Tidak kasihankah kau .. jika kau pulak yang mengambil peranan tersebut satu hari nanti. Kadang-kadang khadam bergelar ibu ..tak tidur malam menjaga kau .. waktu kau demam campak .. kencing tak habis-habis.. berak .. semua kami dah lalui itu semua. Bayangkan sepasang suami isteri yang dianugerahkan anak yang istemewa. Betapa agungnya pergurbanan ibu ayah tersebut. Sepanjang hayat ..anak istemewa .. ayah dan ibu akan jadi khadam.

Oleh itu sempena kau orang ada kat rumah kita ..apa kata .. kau semua sit down dan diskus adik beradik..bagaimana nak balas balik semua perbelanjaan sepasang khadam bergelar ayah bonda. Cuba? Nanti ayah nak tengok presentation - power point Micro Soft Version 7.0 kau? Apa balasan kau pada mereka bergelar ayah dan bonda? Betullah alim ulama kata .. disebalik kejayaan kau ..ada insan ber nama ayah bonda ..lah yang telah berhempas pulas .. tolong dan menolong ..doa sepanjang hari dan malam ..muga-muga kau sukses dalam semua bidang yang kau ceburi. Amen ya robal alameen. Kadang-kadang dari jauh ..kami inginkan kau selamat dunia dan akhirat. Di kala hari raya .. semua itu kami sanggup maafkan asalkan kau pulang .. ke rumah kita!

So di saat-saat kita masih mempunyai ayah dan bonda .. elok-eloknya .. jengok2lah mereka di kampung tu .. tanya khabar mereka ..susah sangat kah kau melakukan itu semua .. at the tips of your finger (hand-set) .. dengarlah sikit-sikit suara mereka .. They just want to see and hear from you sahaja. Thats all for the time being. Service your aged parents b4 ..the day comes when .. they are no more around. Service them well please. Wasallam. Walllahu aklam.

0 comments:

Post a Comment