salam
Just sharing.
Bila rezki kita masih ada
Semalam saya sibuk menyiapkan soalan Ujian 1 kursus matematik diskrit ijazah. Tiba-tiba azan asar berkumandang kuat dan padu. Telingaku .. bergegar-gegar .. hati takut jika tak turut serta sembahyang berjamaah. Apa lagi .. saya save dokumen, cabut thumbdrive , masukkannya ke dalam kocek baju dan bergegas ke surau berdekatan. Maklumlah “hai ya alas solah , hai ya alas falah “ (terjemahan: marilah bersembahyang dan marilah menuju kejayaan) Hanya 80 meter dari fakulti tetapi tidak ramai staf universiti yang menyertai sembahyang asar ini. Bila sampai .. imam (bukan satf universiti) sudah masuk rakaat kedua. Apa lagi .. saya cepat-cepat mengambil wudhu’. Tak semena-mena, thumbdrive saya terjatuh ke dalam longkang .. basah, habislah aku niiii… !
Aghhh ..hilang data itu..kata se orang mukmin yang telah selesai berwudhu.
Saya cepat-cepat mengambil thumbdrive itu dan masukkan ke dalam kocek seluar. Hati berdebar sangat ..maklumlah banyak kerja aku di dalam thumbdrive ini. Yes, aku ambik wudhu dengan laju .. nak kejar rakaat sembahyang yang sedang berlangsung.
Dalam sembahyang ..aku risau pasal data terkini .. buku , bab-bab buku terkini, formatting buku dan bab-bab mengikut peraturan baru UTHM .. agghh ..apalah nasib ku? Berapa per sen pahala sembahyang ku ini. Ingat sesuatu dalam semabahyang,. Inilah ..mukmin hujung-hujung zaman (ketawa).
Selepas sembahyang , aku cepat-cepat meraba dan mengambil thumb drive dari kocek seluar dan ..aku ketuk ketuk nya ke atas lantai berkarpet. Saya sedang cuba habis-habisan untuk mengeringkannya. Doaku tak putus-putus , jangan rosak sudahlah dataku yang banyak ini.
Aku bertawakal ..masuk ke kedai AA Fotokopi bersebelahan Maybank. Aku masukkan thumbdrive dan check kandungan thumbdrive. Alhamdulilah, wajah risauku sudah berubah. Data masih ada .. dan cepat-cepat aku print kertas soalan matematik I tadi. Aku check lagi kandungan data dalam thumbdrive. Semua ada! Syukurlah. Betul lah orang tua kata , jika rezki kita ada ..jangan risau jangan bimbang .. Allah jaga itu semua. Rumusannya: Allah Maha Mengetahui Apa yang ada dalam hati dan dada kita. Bertawakal lah. Tengok resmi burung-burung di hutan. Keluar waktu pagi , mereka bertawakal saja. Petang-petang pulang ke sarang, perut sudahpun kenyang. Allah hu Akbar! Allah Maha Kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dr bole karang script utk novel lak