Agghh.. kenapa pulak ni?

Posted by sazali

salam. Rakyat makin serabut. Aduh sakitnya otak aku. Dulu, pada tahun 2002~2003, PPSMI diperkenalkan. Semua mata pelajaran matematik dalam sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Banyak wang kerajaan mencicah nilai 3 bilion ringgit dicurahkan untuk melatih guru-guru beropsyen matematik, sains dan teknikal untuk meningkatkan kemahiran PnP mereka dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, bahan pengajaran diinggeriskan. Salah satu langkah ialah mengimport pensyarah pakar dari England, Australia dan Amerika Syarikat untuk membantu usaha murni PPSMI. Tetapi, pada tahun 2010, PPSMI dihapuskan. Bersorak ramailah penyokong Bahasa Melayu yang nampak bahawa usaha mereka menentang penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran kritikal hasilnya mendatangkan buah. Syukurlah. Rakyat Malaysia boleh tidur nyenyak sekarang di mana-mana anak-anak tidak akan mengalami kesusahan lagi mempelajari ilmu matematik dengan menggunakan bahasa asing. Tetapi pada hari ini 10 APRIL 2011, dalam SUNDAY STAR nampaknya, kegembiraan penyokong kuat BM tidak bertahan lama. Tidur nyenyak berolekkan mimpi indah tiba-tiba bertukar menjadi mimpi yang menakutkan. Kerajaan (diketuai oleh PM Dato’ Najib Razak) akur bahawa bantahan-demi bantahan kaum cina/india professional terhadap kerugian yang sedang dialami oleh anak-anak mereka dalam bangku sekolah dan universiti menunjukkan ada kebenarannya seperti peluang kerja yang sempit dalam kerjaya seseorang yang berurusan dengan IT/computer saban hari. Ini merangkumi urusan kerja seseorang juru perunding dalam semua bidang kerana pelanggan berpotensi tidak terhad kepada rakyat Malaysia sahaja. Sekarang,satu fenomena yang sedang berlaku di hadapan mata rakyat Negara ini ialah pelajar-pelajar berbangsa arab, afrika dan cina dari tanah besar cina berduyun-duyun mendaftarkan diri untuk mengikuti program pengajian diperingkat ijazah pertama dan post-graduan di universiti-universiti awam dan swasta di Malaysia. Tiba-tiba Malaysia muncul sebagai hub ilmu di rantau asia ini. Hendak atau tak nak …. Kehebatan Bahasa Inggeris datang kembali untuk menampakkan para pentingnya ia kepada anak-anak bangsa (terutama orang-orang melayu) memahirkan diri mereka dalam penggunaan Bahasa Inggeris untuk kelangsungan hidup/ survival. Sebagai bapa dan guru, tindakan kerajaan nampaknya tidak konsisten dalam tempoh masa tidak sampai pun 10 tahun. Banyak kesusahan yang saya alami bersama-sama dengan anak-anak dan pelajar-pelajar saya. Sekali mahu PPSMI, sekali tak nak, dan sekarang hendak pula. Patutlah tidak ada sebuah universiti Malaysia pun yang tersenarai dalam Times ranking universiti terbaik dunia. Mengapa? Kerajaan yang ada selama ini walaupun dengan bantuan profesor-profesor terdiri dari anak-anak jati tempatan masih belum yakin media bahasa yang manakah yang kita patut gunakan dalam dunia pendidikan. Ini tidak berlaku di Universiti di Singapura, Hong Kong dan India. Kedudukan mantap universiti Negara mereka tersenarai dengan megahnya sebagai 100 universiti teratas terbaik dunia walaupun rakyatnya bukan 100% berbangsa inggeris pun. Tengok, kerajaan mereka lebih 'wise' membawa rakyat mereka bersaing di persada antarabangsa walaupun Negara-negara ini tidak mempunyai bahan-bahan mentah seperti minyak, emas, berlian dan sumber tumbuhan kelapa sawit dan getah seperti Malaysia. Yang penting, keputusan kerajaan kita! Sikap consisten adalah diperlukan di sini sepanjang masa. Otak tajam Tun Mahathir menunjukkan realitinya. Itulah realitinya. BI lebih penting dari BM. Kita wajib menelan hakikat ini walaupun pahit rasanya. Ubat selalunya pahit tetapi disebalik kepahitan itu di situlah terletaknya satu penawar bagi penyakit yang dialami. Sudahkah silibus dan kurikulum maths dan sains menjumpai kembali penawarnya? Laporan TIMMS 1999, 2003, 2007 mungkin mempunyai jawapan kemelut ini. Bila realiti ini telah ditelan, para guru hendaklah memperkemaskan diri mereka. Salah satu ialah memahirkan penggunaan BI dalam PnP. Jika tidak berhasil, kita mesti mengundurkan diri. Itu permainan dalam dunia pendidikan hari ini. Tidak perlu disebutlagi pro bahasa kebangsaan atau pun tidak. Kita tidak memenuhi syarat mnejawat jawatan guru kerajaan yang memerlukan kemahiran BI. Lupakan sahajalah…. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment