Salam. Semalam nampaknya TV3 ..bersungguh membawa penonton seluruh negara ke isu penangkapan pegawai kastam di negara ini. Nampak seorang .. ketua pengarah sdg memberi press conference. -- Pengajarannya ialah -- bacalah .. sekadar peringatan sahaja. Tidak lebih dari itu. Untuk penulis dan anak-anak isterinya juga. Bismillah Bila iman sudah punah/ rusak.. Umar islam dituntut menjaga iman mereka setiap hari dan ketika. Susah senang kita mesti jaga keimanan ini secara individu atau/dan beramai-ramai. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘iman’? Bertakwa. Takut kepada Allah. Segala perintahnya kita turuti dan segala larangannya kita jauhi sama sekali sebagaimana ditunjukkan oleh nabi besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Apakah larangan Allah sejak nabi Adam a.s hinggalah ke hari ini? 1. Berzina 2. Bermuamalat dengan prinsip riba 3. Berjudi 4. Menyembah berhala 5. Meminum arak ( minuman yang memabukkan). Huraian. Umat islam dilarang keras dari mendekati zina. Malah bergaul dengan bukan mahram pun ditegah sama sekali. Mengapa? Berzina akan membawa kepada keruntuhan budaya hidup manusia. Kita tidak dapat menjaga baka anak yang baik dari amalan berzina. Seluruh salsilah manusia akan punah jika merebaknya dosa zina. Banyak tamdun manusia hancur kerana kes zina. Contoh kaum Lut dan kaum Noh a.s. Kerajaan Persia, Roman, Arab .. semua hancur kerana zina. Kita juga ditegah dari menindas sesama muslim/muslimat dengan mengenakan riba ke atas perniagaan dan hutang piutang. Ini dinamakan penindasan ke atas manusia secara terang-terangan. Penindasan membawa kita menghampiri kepada satu cabang kezaliman. Apanya tidak? Kita kenakan bunga ke atas semua pinjaman perniagaan. Islam menghalalkan perniagaan tetapi mengharamkan riba (interest). Satu hadith mahfumnya ialah”..jika kau lakukan /mengenakan/ menerima riba.. ini adalah seperti kamu berzina dengan ibu kandungmu sendiri sebanyak 27 kali ..” (hadith). Berjudi merosakkan manusia yang sudah berumah tangga. Banyak budget rumah tangga akan lari jika ahli keluarga berjudi. Aktiviti ah long yang bermaharaja lela di sini adalah kerana sebilangan rakyat malaysia adalah tahi judi. Jika ayah kalah berjudi, mereka akan membuat pinjaman dari ah long (bank) dengan kadar pulangan yang berlipat ganda. Mengikut statistic pinjaman wang dari ahlong ..wang pinjaman asalnya hanya RM10,000 akan dikenakan charge servis yang beranika rupa hingga mencicah RM100,000. Ini adalah menyamai 10 kali ganda hutang asal. Banyak pembunuhan berlaku pada masa ini adalah berpunca dari judi dan ah long. Menyembah berhala. Umat islam dilarang sama sekali dari mengambil tuhan lain selain dari Allah. Ini dinamakan syirik. Dosa lain Allah akan ampunkan kecuali syirik. Allah tidak mengampunkan kita yang ada 1% pun sifat syirik dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada zaman dahulu, orang arab jahiliah menyembah berhala seperti Uza sebagai tuhan mereka. Orang greek menyembah matahari sebagai tuhan mereka. Ada orang India menyembah lembu sebagai tuhan mereka. Bila Rasulullah dicipta oleh Allah, rasullullah diperintahkan untuk menjalankan dakwah dengan kalimah “La ila ..ha..illah.. muhamad rasulullah”. Tiada tuhan yang layak disembah selain dari Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Allah mahu kita menerima kekuasaannya bulat-bulat tanpa sebarang syarat. Allah yang menjadikan matahari, Allah menjadikan bulan. Allah memberi kita sihat dan Allah memberi kita kesenangan, kemakmuran, kekayaan dan bukan makhluk2 lain. Semua adalah dari Allah. Allah mendatangkan bala seperti tsunami. Allah turunkan bala ..seperti bencana alam yang lain seperti banjir kilat, banjir lumpur, banjir air salji dan Allah yang menyelamatkan manusia dari tenggelam terus dari banjir yang dasyat. Rujuk Surah Noah alai his salam. Allah memberikan kita kejayaan. Bukan degree, masters dan PhD. Kejayaan manusia adalah dalam agama. Menurut amalan hidup baginda Rasullulullah sa.w. siang dan malam 24 jam. Allah menghidupkan kita dan Allah jugalah yang mematikan saya dan tuan hamba. Pada bila-bila masa. Allah beri kita pangkat dan darjat. Dan Allah mampu menghinakan kita pada bila-bila masa. Minum arak. Minum arak yang memabukkan. Whisky, Hinekken, Brandy dan macam-cam toddy. Semua haram. Tidak boleh diminum oleh umat islam tanpa mengira peringkat umur dan darjat keturunan. Bila manusia mabuk manusia boleh membunuh anak dan isterinya secara tiba-tiba. Islam sudah nampak jauh ke depan bahaya dan kesan arak kepada manusia seperti kita yang lemah ini. Apakah itu arak? Minuman yang diperbuat dari air anggur yang diperam dalam tempoh masa tertentu mengikut formula kimia yang tertentu. Mengikut istilah kimia moden arak adalah berasal dari unsure-unsur alcohol. Walaupun islam sudah terang-terangan melarang umat manusia menghampiri 5 perkara di atas, tetapi saban waktu dalam dada akhbar , penuh cerita tentang manusia melanggar semua jenis perintah Allah. Amalan hidup nabi besar kita Muhammad s.aw. sudah dipandang tidak sesuai lagi pada zaman ini. Kesan dari pelanggaran perintah Allah ini .. kita diberi contoh azab bagaimana manusia dihancurkan oleh Allah yang Maha KUasa. Melalui penzinaan yang meluas, virus AIDS dijelmakna oleh Allah dan virus inilah yang menghancurkan manusia eropah dan asia. Tidak ada vaksin yang paling berkesan dari azab allah sehingga ke hari ini kerana AIDS adalah bala Allah. Bila amalan hidup nabi muhmammad dipandang enteng, maka manusia berebut-rebut mencari wang tinggit tanpa mempeduli halal dan haram punca rezeki. Ini menjuruskan mereka kea rah kehidupan memakan rasuah. Bukan setakat siayah yang makan rasuah, tetapi semua ahli keluarganya turut serta menikmati juadah hasil dari rasuah. Kesan rasuah terjelma pada hari ini apabila manusia ditangkap hidup-hidup di mana duit sogokan dari toke’ cina berselerak di atas lantai , permaidani tebal dan empuk. Bila pihak berwajip datang menangkap si ayah yang makan rasuah, segala kareer si ayah disentap secara tiba-tiba oleh Allah yang Maha Esa. Sekarang ayah dipenjara dan sedang menghabiskan masa dalam penjara dalam satu tempoh masa yang panjang. Semua hadiah pencen bersara hilang sekelip mata di hadapan anak isteri yang turut serta. Episod yang malang sekali ialah kebanyakkan orang islam yang didakwa bersalah di mahkamah akan secara tiba-tiba menggenakan wajah manusia yang wara’ dan tinggi darjat keislamannya. Memakai kopiah dan memegang tasbih, menggentel tasbih tak berzikir tak henti-henti dalam van pesalah dari penjara ke mahkamah dan ke penjara kembali. Adush sakit nya mata orang islam yang lain. Cepat sungguh sibedebah itu insaf. Dulu wajah lain. Sekarang bila kena tangkap, cepat-cepat beli kopiah, beli Al-Quraan dan mmuqaddam, beli tasbih, beli tikar sejadah. Tape bacaan Al-Quraan oleh Shekh Imam Mekah / Madinah sudah diambil cepat-cepat menggantikan irama lagu dang dut dari seberang. Tanda sudah bertaaubat tidak ada kesudahan. Alhamdulilah. Entahlah. Entahkan betul entahkan tidak. Ramai orang confuse drama sebegini rupa. Allah sahajalah yang maha mengetahui. Saya sekadar menceritakan sahaja. Oleh itu wahai diri ini yang kerdil. Insaflah cepat-cepat. Hiduplah kau di atas muka bumi allah ini sekadar seorang anak dagang menumpang hidup dan berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang. Sebentar sahaja. . Banyakkan bersyukur dengan segala nikmat yang allah berikan walaupun kau diberi pangkat guru. Pangkat pensyarah. Pangkat Profesor. Hiduplah kau dengan rezki yang berpada-pada ini. Alhamdulilah. Ketahuilah ..satu masa nanti semua amalan kamu akan disoal oleh Allah di mahkamah Allah yang maha agung. Bersedialah. Sepanjang masa keluar lah kamu untuk berdakwah ke Negara jauh jauh. Islahkan dirimu. Ramai manusia yang hidup sesat sesesatnya lebih dari haiwan di rimba. Zina dan perlakuan sumbang sudah sampai ke tahap penghujungnya. Mereka menantikan tsunami dan gempa bumi seperti apa yang dialami oleh kaum Lut a.s dan Nabi Nuh a.s. Beraubatlah wahai insan. Nikmat makan makanan haram sedapnya hanya sebentar tetapi bila azab (ditangkap, dihadapkan ke mahkamah tinggi) datang , nak letak mana wajah kita? Jauhilah kehidupan yang berpura-pura ini. Jika sijil setakat PMR, SPM, STP ..hiduplah sebagai penjawat kerajaan sampai akhir masa ..time pencen. Sudahlah jangan nak impikan kehidupan macam pak menteri Serawak. Tuhan berikan dia bini baru muda dan lawa pula. Lagi dan lagi selera dia luar negara punya. Tak terlarat kita nak lawan. Sudahlah. Jangan Insaflah. Kehidupan yang baik, suci halal adalah lebih mulia dari segala-galanya, Di dunia sini dan juga di dunia sana di satu masa nanti abadi abada. Sepanjang masa. Buatlah Al-Quraan dan Hadith sebagai panduan hidup mu sepanjang hayat. Insyallah Berjaya anda! Ameen. Sekian. Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment