Bila tuan guru dikritik dikomen

Posted by sazali

Salam. Bila diberi peluang komen/kritik , maka pelajar-pelajar univ ini pun menulislah. Ini sebahagian dari teguran mereka. tq. Comment weaknesses of my teaching BIT 10033 Maths Discrete · TEST 1 – tertunda selama 2 minggu berturut-turut · Pensyarah mengajar tersangatlah laju · Nota tak tersusun langsung · Tak ikut perancangan pengajaran 100% · Memberi contoh yg susah difahami · Memberi arahan yg complicated · No fixed time limit – 1 chapter 1 lesson proper pun can finish. But other times 1 topic takes so many periods covering so many weeks. · Cara tulisan doctor ini sangat berserabut · Keadaan pengajaran doctor nampak tidak begitu cemerlang kerana waktu mengajar adalah tidak kondusif seperti Jam 100 tengah hari. Students ramai yang lapar/ azan zohor kuat dilaungkan// keadaan kelas terlalu dekat dengan surau UTHM// sesi PnP banyak terganggu · Bahasa inggeris tuan doktot ini payah nak difahami · Kurang memberi latihan kepada pelajar. Sepatutnya selepas 1 bab , pensyarah memberi pelajar banyak latihan · Terlalu banyak salingan semasa mengajar matematik ini · Tulisan matematik terlalu kecil · Tidak memberi tumpuan yang cukup kepada pelajar yang lemah · Terlalu relax · Explanation not so clear · Selalu kerap menukar waktu mengajar · Nota fotostat tidak mencukupi · Kurang nota Bab 1 dan Bab 2 · Contoh-contoh tersangatlah kurang// explanation tak memuaskan hati · Happy happy all the time · Cepat hilang tumpuan jika banyak selingan · Suka guna pen marker yang sudah kekeringan dakwat · Tidak tersusun dgn baik · Class banyak happening/ so tak menggantuk walaupun jam 100 ptg class bermula · Tidak tolong sangat pelajar yg lemah · Nota yg diberikan - tiada jalan pengiraan yg lengkap · tulisan doktor ini mengalahkan tulisan doktor di hospital bahagialah What they said are 100 percent correct. I will improve next time God Willing. Thank you so much for your time. It was a great opportunity teaching you guys. Don’t worry. I can take all the above comments positively. Hope to see you next year in the 1st semester. Not me teaching you plz. Let better lecturers do what you want ok?

0 comments:

Post a Comment