“Makin dikejar dunia, makin jauh dunia lari dari kita Jika kita mengejar akhirat dengan bersungguh-sungguh hati, dunia akan datang melutut pada kita” ( Hafiz Patel, August 1982) DEWSBURY MARKAZI MASJID DEWSBURY, Yorkshire, England. International Markaz Dakwah Tabligh Seluruh benua Eropah. Dewsbury adalah pekan kecil 15 batu dari kota LEEDS. 70% penduduknya penganut agama islam bangsa GUJERATI. Tempat ini aman. Cuba Tanya polis ..mana lebih sedap bertugas di Dewsbury atau Manchester United Stadium Old Trafford. Yang kecil ialah urusan membeli makan-makanan di pasar, super market. Yang sederhana ialah urusan mencari rezeki kais pagi makan pagi kais petang makan petang ( bertugas sebagai se orang guru, pensyarah universiti, penasihat akedemik, mentor dan macam-macam lagi urusan / pangkat / tekanan FRGS, ERGS, PM, GILO..) Yang besar sedikit dari sederhana ialah mengurus ibu dan adik (cacat..sikit..). Jika ibu tidak suka kepada kita, siapa lagi yang suka kepada kita. Ucapan punjangga ibu “. Jangan dok besar sangat anok-anok bini mu tu .. aku ni tok penting sangat.. mu boleh beli orang serupo aku kat kedai .. dok kor?” Yang paling berat ialah urusan mendidik anak-anak bini supaya menjadi insan mulia mukmin, mukminat, muslim, muslimat agar Allah redha dengan kita dunia dan akhirat. Rumusan: Entahlah Ya ROBB. Ditelan pahit dibuang sayang. Dunia pun nak / akhirat pun nak. Masalah ialah ramai manusia sudah mati kerana dunia. Accident kerana berkejar sangat ke opis / sakit jantung dalam kereta kerana bergegas-gegas sangat nak kejar apa entah .. heart attack// pecah kepala terjatuh tersuggung di anak tangga rumah. Mati kerana makanan berlebihan – kolesterol jahat? Mati kerana tersalah makan ubat. Makan racun rumput kerana putus cinta ditolak mentah-mentah oleh anak mammi cantik jelita dari Pulau Pinang itu. He..he.. gilo kat pompuan tetapi orang tak gilo pun kat kito. Bodohnya dio. Ramai lagi orang melayu sejati , kulit putih macam orang Mongolia , .. tetapi .. entah iblis tiub membisik mengatakan yang kulit gelap itu lah lebih cantik dari semua manusia di seluruh dunia antara 7 petala langit dan 7 petala bumi. Asyik gila mengejar bayang-bayang perempuan ..tiba-tiba . tak nampak punggung lori treler 40 tan .. dalam kabus tebal di gunung IPOH, Perak. Esok? Metro Front page. Mati ..accident. Kereta masuk bawah treler. Inna lillah .. Al Fatihah. Begitulah drama hidup setengah-tengah kita dipanggil manusia. Ingatlah ..surah Wal Asri. Bacalah dan hayatilah. Memang aku setuju, lambat sedikit aku akan masuk ke dalam syurga MU. Kau akan menghisab semua nikmat-nikmat yang pernah kau kurniakan kepada aku dahulu di dunia. Apa itu? Otak yang cerdik, duit, mata, semua anggota tubuh badan termasuk senjata kelelakian ku, tenaga muda, masa lapang, waktu sihat, semasa diberi peluang kelenangan, kelapangan dan ketenangan, .. pendek kata sepanjang aku hidup sebelum aku dijemput oleh mu YA ROBBBB. Ayuh .. pak? Astagh firullah (1000 x) Subha nallah (1000 x) Alhamdulilah (1000 x) Allah Hu Akbar ( 1000 x ) setiap hari. Bolehkan pak jali? Astaghfirullah = taubat , insaf dosa-dosa yg lalu secara sedar atau pun tidak. Berubah dari jahat kepada satu keadaan yang baik, makin baik dan semakin-makinlah baik mengikut rubric dan skema pemarkahan , kurikulum, silibus hidup oleh kerajaan – Allah! Mengikut panduan hidup Nabi Muhammad s.a.w. jangan lupa Al-Quran (kitab Allah) dan hadith-hadith nabi kita. Allahum ma soli ala Muhammad .. wa ala alihi saidina Muhammad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment