Bila bertandang ke rumah orang

Posted by sazali

Salam.

Selalunya jika kita mempunyai satu kaitan persahabatan yang baik, kita akan dijemput bertandang ke rumah seorang sahabat kita.

Berikut adalah adab yang patut kita amalkan seperti:

1) Cakap pandang-pandang. Cakap tu biar lah beralas jika kita dijemput bersembang dengan ibu bapa kawan kita apatah jika mereka adalah orang berpangkat dan berpengaruh di kampungnya
2) Elak dari bercakap meninggikan diri .
3) lihat pandang-pandang. Jangan cuba memandang pada banyak sudut rumahnya terutama bilik tidur anak-anak daranya. Jaga mata tu.
4) Jika diajak makan. Makanlah dengan cermat. Makan slow-slow. Jangan kasi tumpah lauk dan sayur ke atas lantai. Pegang sudu dengan baik. Makan, kunyah baik-baik. Sebutlah alhamdulilah. Special food for me today?
5) Jangan mulakan dengan mengambil drum stick lauk ayam itu. Ambil udang kurus dulu. Bila orang lain dah start menyerang drum stick itu.. pandai-pandailah menukarkan strategi. Tetapi awas , jangan makan terlalu banyak. Bagusnya, jika pak chik stop ,, kita pun stop. Jika tidak semua orang akan menonton cara awak menghabiskan semua lauk ayam itu. Adush, malulah?
6) Jika diajak minum , jangan teguk air macam unta kehausan sahaja. Minum baik-baik terutama jika air Nescafe classic itu panas bagaikan nak melecur bibir tebal mu itu. Kasihan? Elak dari buat macam rumah mu sendiri . Hisshhh. Kau ni?
7) Jangan lama-lama sangat bertenggek kat meja makan tu. Paling lama 20 minit sahaja, sudahlah.
8) Jangan puji sangat masakan orang apatah lagi memberi komen “..mak chik suka pedas yer?”. Makan sudahlah. Lain kali jika kita diterima sebagai bakal menantu/ menantu … anda bolehlah memuji masakan mak chik itu tetapi komen dgn sopan.
9) Bila masa bertandang dah tamat, pulanglah kamu dengan baik dan ‘penuh’ darjah kesopanan. Tak pa .. pak chik pun begitu juga. Lakonan mesti top class maklumlah ikan nak dipancing tu ..bukan calang-calang anak ikan. Anak tunggal orang katakan?
10) Jangan cuba bercakap politik, takut-takut, orang tua itu .. adalah ahli parti pembangkang yang kuat. Ahli PAS seumur hidup. Jika kau terpandang ada gambar mereka duduk beramai-ramai memakai pakaian baju melayu samping merah/ baju biru pekat .. sahlah ..mereka orang UMNO kuat. Bagus .. kau jauh-jauh dari cuba-cuba nak kutuk orang itu dan ini. Payah kau nanti. He..he.. elak dari terbawa akhbar harakah. Sah kau kena penggal dlm rumah orang kuat umno.


Selalunya saya melihat ada tetamu yang kaku bila memegang sudu dan garfu tu. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan menghadhiri kursus sehari intensif bagaimana nak makan pengantin. Semua mata terfokus kepada mu.

Walaubagaimana pun saya nak mengambil kesempatan nak mengucapkan tahniah .. anda berjiwa besar. Walaupun berkelulusan sijil simpan kira politeknik, KPTM sahaja , anda masih bercita-cita meminang Limah yang bergraduat dari UUM tu. Hebat kamu ini. Menjadi contoh kat budak-budak lelaki kampung kita. Syabas! Syukurlah. Akhir kata .. hidup di dunia ini banyak berpura-pura. Kita adalah pelakonnya. Ramai pelakon lulus .. memasuki rumah orang hebat-hebat dunia kaya fulus bertimbun-timbun banyaknya. Yang penting, anda jaga diri dan mulutmu itu.

Saya doakan kalian berjaya. Dunia dan akhirat. Sembahyang kena jaga. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment