Post Mortem test II maths discrete Tahun 1 Ijazah IT

Posted by sazali

Assalamualaikum kepada kalian dan Selamat Sejarah kepada mereka non-muslim. Alhamdulilah setelah Ujian II dijalankan dalam kalangan 130 orang pelajar Tahun 1 Semester II, bagi program Ijazah IT pada 28 March 2011 peratus lulus ialah 65% sahaja. Selebihnya gagal. Mengapa ya? Mungkin mereka : · Tidak bersedia 100% untuk menduduki ujian ini · Tidak membuat ulang kaji yang mencukupi · Tidak menghadhiri 100% kuliah dan tutorial · Terlampau sibuk dengan kerja lain seperti menyiapkan projek mini untuk subjek teras computer dan IT · Tidak memahami kandungan kuliah dan tidak berlatih secukupnya soalan dari kertas-kertas tutorial · Tidak mempunyai skil pseudo code, flow chart dan coding C++ untuk topic algorizam ini · Keliru sokmo-sokmo ( having a confuse face, blur blurr blurrrr) 2) Selalunya saya akan push up markah mereka yang memperolehi 18, 19 markah per 40 ini. Tetapi bagus juga jika pada kali ini, saya tidak melakukan apa-apa. Biar mereka mencari jalan sendiri bagaimana mengatasi masalah mereka gagal subjek matematik ini. Prestasi subjek mathematics adalah kunci kepada keupayaan pelajar-pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian mereka pada peringkat masters/ Ph.D nanti. 3) Saya telah memaklumkan bahawa kertas soalan Final Mei 2011 ini disediakan sepenuhnya oleh Prof Dr M. Pensyarah-pensyarah lain ( termasuk saya) tidak pun dijemput untuk proses VET kertas BIT 11103 pada peringkat fakulti atau jabatan. Ini adalah kerana prof berada di luar Negara sepanjang minggu lepas. Jika saya buta, pelajar-pelajar saya pun buta juga bagaimanakah bentuk soalan-soalan yang telah disediakan itu. Setahu saya, Prof ada bilang bahawa dia telah menyediakan 5 soalan tetapi jawap mana-mana 4 soalan sahaja. 4) Di sini izinkan saya spot soalan-soalan tersebut: 4.1 Induction and proving - 1 soalan 4.2 Recursion , Factorial and Fabonacci coding, pseudo codes - 1 soalan 4.3 graph theory – euler circuit, euler path, Hamilton circuit, Hamilton path, shortest-path, travelling salesman problem - 1 soalan 4.4 partition, power set - 1 sub soalan 4.5 propositions, truth-table - 1 sub-soalan 5) Tengoklah buku Schaum’s Outline Series. Library kita banyak buku ini. Tajuk buku : Discrete Mathematics. Buku ini bagus kerana buku ini membekalkan pelbagai soalan dan jawapan. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment