Harga barang harian semakin naik. Adush

Posted by sazali

Salam

Tadi saya terbaca paper STARS Sunday. Terpampangg harga barang di Bangkok. Sudah naik dan akan naik lagi ..siang dan malam. Banyak sebab. satu darinya ..kesan banjir yang banyak terjadi seluruh dunia. Supply makanan kurang, permintaan org nak makan macam-macam selalu tinggi. Mulut nak makan jer pada tahun 2045 ialah 9 billion ramainya. Sekarang? 7 billion. yes 7 bilion mulut yg masih ada gigi. Thats why they can eat lah.

Kasihan. Mak chik yang menjual mee celup di kaki kaki lima di Bangkok. Susah nak dapat untung yang lumayan bila kos barang2 wajib sentiasa naik dan tak boleh dikawal lagi. Dulu student di Bangkok boleh makan mee segera pada jam 12 thari dan jam 700 mlm dgn kos RM5 jer tetapi sekarang .. dia kena bawa duit saku ..dua kali ganda setiap hari. Sudah ada students di Bangkok yang makan mee segera satu kali sehari. Jimat duit dan tak ada duit nak meneruskan kehidupan di kota metropolitan Bangkok. Tunggu bila nak habis kursus di Universiti Bangkok ini?

Begitu jugalah di Kuala Lumpur. Semua barang dah naik harganya. Dulu satu hari RM18 sudah cukup nak makan lunch, dinner dan supper tetapi sekarang ...angka itu sudah mencicah RM30 sehari. BElum termasuk parking kereta lagi, LRT lagi dan .. macam-macamlah lagi termasuk top-up hand phones. Payah nak hidup .. selesa di bumi bertuah ini. Lainlah Rosmah apa tu?


Nasib baik tidur di Masjid India .. tak dikenakan sebarang bayaran. Saya selalu tidur di sana selepas waktu zuhur jika line clear ..if not ( jika ada mamak perut buncit yg suka halau orang nak tidur jap jap ..jap_ ada ..kena cabut larilah org macam saya ni.. ) parking kat tiang besar masjid itu dan cuba curi-curi tidurlah . menunggu cahaya sang matahari .. tidak panas lagi. Lepas asar lah ..baru bangun tidur. Chicken sleep. He..he.. Apa leh buat.

Kita mesti belajar dari semua ini. Nak beli rumah di Kuala Lumpur. Terrace house pun around 300,000 RM. Itu pun tidak ada parking area. Beli rumah di Wangsa Maju tetapi kereta kita kena park di stesyen minyak jer Jalan Ampang. Itu pun jika kita member kamcing Toke Stesyen Minyak di Jalan Ampang itu. Kasihannya.

Sekian. Buat renungan semua. Di dunia susah , di akhirat entahlah ..apa nasib kita yer? Apa kata kita buat LRT sebagai rumah kita. Kita bayar sekali ..dan jgn turun-turun ..sampai esok hari. Ada air cond ma. Best .. tetapi how nak sembahyang jamaah maghrib, isyak dan sembahyang JUmaat? Any idea plz? TQ.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment