Salam.
Syukur anakku Sarah telah selamat diijabkabulkan. Syukur kerana amanah tuhan untuk menjaganya dari awal hingga ke hari itu 4 Jun 2011 di atas bahu 'abahmu' telah berpindah ke bahu suaminya yg sah. Iqbal.
Syukur majlis tersebut berjalan dengan baik dari awal 800 pg hingga ke 500 ptg. Ramai sanak saudara dan sahabat handai (dari seluruh pelusuk negara) , staff FSKTM dan staf UTHM yg hadhir meriahkan majlis saya kali ini. Syukur Allah Subhanawa taala kurniakan kami cuaca yg baik sepanjang hari di mana Allah turunkan sedikit hujan di waktu pagi dan panas terik sepanjang majlis dan hujan lagi di waktu malam. Mungkin berkat doa kalian semua pembaca budiman. Terima kasih banyak-banyaklah.
Di sini saya bagi pihak keluarga saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato' NC UTHM Dato' Prof Md Noh Dalimin, Prof Dekan-dekan FSKTM, FSTPI, PPD, Prof Timbalan Dekan I FP TEk, PM-PM, KJ-KJ, Ketua-ketua Panel, semua staf akademik dan staf bukan akademik UTHM, Prof DR Masjuki (UM), Prof Dr Jaafar Sahari (UKM), Prof Dr Awang Jusuh (UTM), Ir Abd Hamid Zakaria (Telekom, Malaysia, KL), sanak saudara dari Selangor, Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, tuan, puan dan semua penduduk kampung Parit Hj Salleh Ros, Parit Bengkok, Parit Jelutong Parit Raja Johor yang sudi datang ke majlis perkahwinan kami ini. Salah silap melayan dan makan minum semua dhif-dhif yang hadhir , saya selaku ketua keluarga memohon berbanyak-banyak maaf di atas kesemua kelemahan tersebut. Sekali lagi jutaan terima kasih.
Muga-muga Allah meredhai majlis tersebut dan kedua pengantin yg diraikan , Ameen ya robalalameen.
Wallahuaklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment