Kita kena tipu banyak-banyak kali ketiga

Posted by sazali

Salam

Alhamdulilah saya telah pun menulis dua tajuk bagaimana umat islam ditipu hidup-hidup. Pertama penipuan ke atas orang yang banyak duit, harta bertimbun-timbun banyaknya hasil dari makan riba (interest bank) dan kedua .. bagaimana syaitan menipu orang-orang yang banyak ilmu dunia dan agama. Point utama ialah : ilmu wajib dicari, tak beramal pun tak apa .. yang penting kita ada ilmu. Orang mencari ilmu PHD contohnya .. dari saat dia keluar rumahnya di Kelantan ..terbang ke Los Angeles .. semua masa itu dikira ibadat. Betulkah itu? Apa kata sepanjang penerbangan dia makan makanan haram (Airlines Britis Airways) dan tidak bersembahyang walaupun 2 rakaat SUBUH. Yes.. di dalam awan pekat gelap gelita di atas langit sana bila pesawat terbangkan si student ini.

2) Kali ini ..kita ditipu dengan teknologi handset, 3G dan macam-macam lagi teknologi canggih dan semakin canggih. Ada satu malam itu, saya menaiki sebuah bas Transnasional BP ke Kota Bharu. Ternampak saya anak gadis sapa yer .. dia asyik sms dari jam 0800 malam hinggalah ke pagi hari ..mungkin 5 pagi bila sampai ke kampung Selising, Kota Bharu. Dalam proses sms sepanjang malam itu saya terdengar dia ketawa sikit sikit , kadang-kadang terkeluar juga ayat keramat 'shit'. Pokok cerita ialah ..bilakah anak gadis ini menyebut subhanallah, alhamdulilah dan allahu hu akbar. Bila pulak masanya.. dia turun sembahyang isha' dan maghrib (jamak takhir) .. dan bila masanya dia membaca Al Fatihah sebelum tidur-tidur ayam di atas bas dari Johor ke Kelantan itu. Subhanallah!

Begitulah sedikit senario ..umat islam kena tipu hidup-hidup oleh teknologi orang kafir bin Amerika bin Eropah bin China bin India. Tujuaan utama mereka melalaikan umat islam dari umur 6 tahun hinggalah orang tua macam penulis ini. Mereka tidak akan redha dengan kehidupan kita selagi mereka tidak berjaya membawa kita menuju ke lubang neraka. Satu inci satu inci ..kita berbolong-bolong menuju ke lubang kemusnahan. Tak cukup dgn handset wifi , komputer riba wifi .. si ayah yang loaded akan belikan komputer riba/ tablet/ iPAD untuk anak muda mereka ..hadiah hari jadi kononnya. Kesan .. kehidupan anak jauh jauh jauh dari keredhaan Allah. Mengapa tidaknya? Berapa kerat kita yg bukak komputer nak dengar Al-Quraan, nak dengar tajwid, nak dengar hadith .. semua ini tidak bergambar. Yang ada gambar hebat hebat terletak dalam folder .. bukan islamik/ bukan mendapat keredhaan Allah. Students saya ramai tengok u-tube. Saya tak percaya mereka menggunakan u-tube nak belajar baca doa Qunut setiap hari. Kebanyakkan boys akan tengok games dan bola sepak. Mana ada / berapa keratlah .. nak guna internet nak hantar e-mails tanya khabar ibu ayah di kampung. Alasan: mak tak pandai internet/ e-mails. Lagipun password mak dia dah lupa.

Kesan dari facebook lagilah dashat. Ramai anak-anak muda tak pandai bersosial di atas masjid. Tidak bersembahyang berjamaah. Tajuk kutbah ..so far ..tak ada lagi pasal FaceBook. Tengoklah ..mungkin kena tunggu saya pencen dan dilantik imam tak bertauliah kot baru khutbah full teks pasal tragedi facebook dalam urusan hidup mukminin. Melalui FB , mana-mana pemuda/pemudi boleh he..he..he.. se sama mereka jika mereka accept ..sudi melayan. tak baca berita ..anak gadis dilarikan oleh orang Nigeria/ Myangmar/ Bangla/India .. mana dapat kunci bawak lari anak gadis kita ini? Yes..bijak tuan. Yes melalui Facebook. Ada jamaah dakwah beri salam 3 kali kat rumah si pulan bin si pulan ..tidak siapa pun menjawab. Jawapan ialah mereka sibuk main Facebook. Semua cerita aktiviti mak ayah mereka keluar pejabat masuk rumah balik rumah ..terbocor kpd org luar yang tidak diingini. Hasilnya .. rompakan dan pembunuhan berlaku terang-terangan ..sekarang ini.

See? kita tertipu kesan dari wang bapa membeli gadget teknologi handset, note book, iPAD dan macam-macam lahi padding ... (laugh).

Bertaubatlah .. kita boleh bertaubat semasa hayat dikandung badan. Bila tuhan menjemput kita pulang ke pangkuan NYA ..pintu taubat sudah pun tertutup rapat jek.

Sekian. Renungkan lah ..kembalikan lah amalan agama sekecil mana pun dalam rumah tangga kita. Bawalah anak-anak muda kita mendengar ustaz mengajar sedikit hadiths, ayat suci Al Quraan .. se tiap malam di masjid kita tu. tak rugi tuan/puan. Cubalah.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment