Ketagih candu

Posted by sazali

Salam

Ramai orang suka merokok. Mereka dikatakan ketagih candu. Rupa-rupanya disebalik perkataan candu (namanya hudoh) tetapi ..bila ramai orang sula menghisap rokok, cigar, dadah ..sudah tentu banyak tersirat candu dan kesedapannya. Ada orang tak leh duduk diam jika tak hisap candu .. tiga atau empat kali sehari dari umurnya muda sampailah dia masuk goal (kubur).

2) Paragraf di atas saya menulis pasal candu dan candu ini membawa orang kepada ketagih yang tak leh kawal .. bukan setakat isteri tolong beli candu kat suami nya tetapi ..anak-anak pun dilatih gi beli candu kepada ayah yang tersayang. Semua berganding bahu siang dan malam tolong menolong membeli candu untuk ketua keluarga ..supaya cepat mati insyallah.

3) candu ada kaitan dengan ketagih. Bagaimana pula orang orang kita yang ketagih dengan handsets, iPAD dan macam-macam google here google there. Can we say they are also got kicked with candu dan ketagih kepada teknologi ..yang membawa kita ..jauh dari mengingati Allah yang Esa. Ada orang sibuk main candu (handset) hingga keretanya ..terpelusuk di bawah lori treler 40 tayar .. waktu pagi pagi ..di sebuah lebuh raya. See kes candu ketagih kpd teknologi. Awas kita mesti kawal ..tahap ketagihan candu ini.

4) candu ada sifat ketagihan dan ini membawa bencana . lambat laung kita semua akan rusak binasa. Tengok pula orang orang kita ketagih dngan candu AF - musik musik akademi fantasia. Di sebabkan candu yang kuat , semua peringkat umur ketagih ..nak dengar candu muzik. Siang dan malam. Hairannya orang baru balik Mekah pun join sekaki ..main candu muzik ini. Kita dilalaikan dari suruhan tuhan semesta alam. Candu sangat bahaya. Bila kita terkena candu .. payahlah kita untuk mengubati sifat ketagihannya. Sekarang ada orang muda .. bawak kereta sumbat candu dalam telinganya. Kadang2 kaki kainya bergedek gedek sedap ..kes candu muzik ala hindustan ..dan ala English .. walaupun BI SPM dapat gred Fail 9 ..tetapi candu kepada muzik inggeris , hindustan dan tamil tetap kuat sejak muda sampai tua. banyak wang yang terbuang begitu sahaja membeli candu .. dalam bentuk CD, VCD, dan macam-macam lagi. Tiba-tiba terlampau sedap dan khayal makan candu muzik .. tiba-tiba dia memandu kereta masuk gaung kat Gua Musang, Kelantan. Ramai orang susah kes dia mati masuk gaung. Kereta hutang tak habis bayar, rumah banglo tak habis bayar .. macam-macam lagi tak habis bayar. Dia dah mati ..kes gila kat candu bernama muzik muzik. Banyak khayal kita ni.

4) Orang baru khawin pun ..ada candu juga. Saya tak mahu sebut tapi .. kalau seingat saya .. ada polis hutan nak balik cepat jumpa isterinya yg baru jer dikhawini 4 minggu yang lalu .. suruh itu suruh ini beli tiket dari KB ke tempat operasi .. tak apa sampai waktu 4 pagi pun tak apa . asalkan candu ketagih nya itu .. terlayan sikit dan banyak. Orang muda kata tuntutan bathin kot. Tetapi orang dakwah kata ..tuntutan bathin ialah tuntutan agama untuk isteri dan anak-anak2 tercinta. Salah interpretasi kita dlm istilah tuntutan bathin ini. Orang kerja sekuriti pun sama . Bila terkena candu apa apa lah .. kita mesti berjaga-jaga. Jangan sampai candu menghancurkan kita sendiri, negara, agama dan bangsa. Apakah candu ini? Tanyalah mereka yang .. orang makan cili merah itu mesti terasa pedas nya ..kan?


Cukuplah penulisan saya minggu ini. Kes candu ini ..jika ditulis dengan rapi .. boleh jadi tesis PHD saya yang kedua. tak larat lah. Orang lain lah buatlah tesis mengapa candu yg dicari ? Impact candu XYZ ke atas kehidupan belia islam di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Cubalah.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment