Salam.
Kadang-kadang dalam kesibukan hidup kita seharian , bertahun-tahun lamanya ..kita kadang-kadang terlupa beberapa kategori orang yang di panggil
* jiran
Nabi Muhammad s.a.w selalu mengingatkan kita sebelum memasuki satu rumah dipangggil rumah sendiri (dah beli lah ni) .. bagusnya kita tinjau jiran-jiran tetangga kita. Manalah tau .. sama ada kita dapat tinggal di situ selama-lamanya atau 3 atau 4 bulan jer. Rugi besarlah kita jika kita tidak mengambil nasihat nabi ini. Contoh, kita bukan selalu berada di rumah. Jika ada kemalangan di rumah , seperti anak kita terlibat dalam nahas jalan raya .. jiran kita lah yg paling awal menolong kita dalam beberapa proses. Contoh-contihnya ialah memanggil ambulan, menghubungi kita di awan biru jika kita berprofesion PILOT Air Asia dan isteri kita air stewardess Bangla Air. See? jiran kita adalah segala-segalanya. Di sini kesambungan nyawa anak kita tadi bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan toleransi jiran kita tak kira bangsa, agama, ketinggian pendidikan atau ..apa apa. Yang penting, mereka adalah jiran rumah kita. Baguslah ..kita melabur banyak masa mengetahui ..nasib hidup jiran tetangga kita. hai ini hari dia, mungkin esok hari kita pulak. Bergotong royong lah kita semua dalam semua aspek kehidupan kemasyarakatan.
* ibu dan bapa saudara kita
Kumpulan kedua ialah saudara sedarah dengan kita. Jangan pilih bulu. Mereka parti PAS, PKR, Daching, Roket pun ..mereka adalah saudara kita. Utamakan mereka dalam semua hal dari kita mementingkan kawan sepejabat kita. Why? Time kita mati, saudara-saudara kitalah yang akan mengurus jenazah kita dari A sampai Z. Mereka uruskan juga harta peninggalan kita sama ada nak di beri kepada baitulmal atau .. apa tu .. Amanahraya.
So jaga hati saudara mara kita dalam semua segi. Maafkan mereka jika ada kekurangan dari segi kehidupan mereka. Just go to their weddings, tahlils, and many more. Tak rugi kita jaga hati sanak saudara kita sendiri. Kawan baik? Kita berkawan bila ada musim saja. Time kita satu kepala semua benda indah. Tetapi time susah datang, tak semua kawan baik kita akan datang menjengok kita especially kita dilokapkan kerana terlibat dalam kes rasuah , tumbuk rusuk, penipuan, pergaduhan dan lain-lain lagi. Kita sokong kuat Anwar? Kita dipecat dari pangkat dan status kita kerana kita penyokong kuat PKR. Contohnya lah. Ini tidak berlaku kpd saudara sanak saudara kita. Kita adalah saudara mereka. Oleh itu, sokongan padu mereka kpd kita tidak akan berbelah bagi dari sekarang sampai ke mati. Mungkin dunia dapat bertahan ke tahun 5050 nanti. Anda ada di sana?
* ketua kita di Jabatan
bagus kita invest sikit masa kat KJ kita. Time hari jadi belilah kad ucapan selamat hari jadi. tak mahal pun RM25 jer. Plus plus Mc Donalds Burger ker ..like that lah. Ambik tahu .. nama isterinya, anak sulung nya. Pura-pura ambik berat sikit kat anak sulongnya dio sekolah. Time KJ marah kat kita ..cuba tanya ..anak sulong bos bagaimana? Sure ..tahap kemarahan (warna biji mata nya time marah kat kita ) akan berubah dari panas ke ..tahap yg boleh kita handle slow slow. Org putih kata ..we can slow talk at Mc Donalds Parit Raja, Johor nanti.
Tak rugi kita berbaik-baik muka, dan lunakkan suara dgn boss. Lagipun dia selalu menilai kita untuk proses kenaikan pangkat dan peluang sambung belajar ke tahap PhD. Awas. Bila KJ nak makan hati rusa .. jantan umur 2 tahun .. bolehkah anda mencarinya? Cari jgn tak cari. Jika KJ sibuk nak pasang cawangan kedua..tolong-tolonglah. Mana tau.. tiba-tiba ..angin dia tiba-tiba padam ..dia akan pass button kat anda pula. Tak ker beruntung kita berbaik-baik dgn KJ kita. Adush.
* imam besar Masjid di kampung kita
Orang ramai sellau lupa orang ini. Entahlah kenapa. bagus kita berbaik-baik dgn orang dipanggil Imam kampung kita. Pertama, dia selalu tahu kos catering, siapa nak jemput time majlis kahwin anak dara kita yg ke lima dan seterusnya.
Paling tidak pun ..dia akan arrange banyak benda time kita mati .. yes mati tuan puan semua. Pak Imam kitalah yang akan cari tukang korek lubang kubur kita. Silap-silap dia akan kasi harga special kat waris warah kita ..dalam kos total .. packaging jenazah kita nanti. Betul tak?
Saya suka berbaik-baik dgn imam masjid kerana dia tahu banyak benda. Cuba teka ..apakah aspek keduniaan dan keakhiratan yang Pak Imam Tua dan Muda tahu .. yang dapat kita gunakan untuk pedoman kita ..hidup 100 tahun lagi ini.
Sekian. yang baik dari Allah. Yang lemah ..semua adalah kelalaian diri saya.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment