Dilantik Penasihat Akademik I

Posted by sazali

Salam

Tahniah jadi anak P-A saya. memang dah rezeki kita berjumpa .. insyallah 2 hingga 4 tahun kot mulai sekarang. Orang putih kata "..we grow older together ..right?"2) Rasa rasa tak terlambat kot saya nak ucapkan .. SELAMAT HARI RAYA Aidil Fitri Maaf Zahir dan Bathin.

3) tahniah ..kerana diterima masuk ke UTHM, Johor. Tempat ini tak lah sehebat Cambridge University England atau Harvard, USA. Tetapi tak apa. jgn bersedih. Mungkin dah rezeki anda di sini. Tempat ini famous SOTO, nasi ambang, masak asam pedas dan tempat ini 'notorious' kerana banyak kemalangan berlaku. So berawas pada lah.

4) Di sudut ini saya akan menulis beberapa petua .. how to become very good student ..in FSKTM.

4.1 first , anda kena pasang betul betul niat .. wat apa anda berada di sini? belajar untuk dapat First Class Honours degree bukan? atau adakah sesiapa yang mempunyai niat yang lain seperti nak cari jodohh dgn budak Pelapis UTHM.

4.2 kedua, jaga kesihatan anda. Untuk sihat, makanlah makanan-makanan yg seimbang mengikut piramid makanan. Banyakkan makan kekacang kerana bebenda begini bagus itu otak. Kita perlu banyak memikir , fikir, fikir, dan berjalan pun kena kuat jugak. So kekacang adalah sumber untuk tenaga untuk pelajar macam anda semua. Di kantin UTHM ada menjual 'tempe'. So anda makanlah benda ini banyak-banyak.

4.3 Ketiga, hadhir kuliah, tutorials, laboratories, talk, discussion, forum, .., mengikut time. Jangan memonteng. Jangan ikut abang dan kakak senior tu .. yg kuat ambik cuti .. time raya orang cina, india cuti 3 hari ..depa cuti 7 hari. Masa tak menunggu kita. Memang memonteng ni sedap ..sedap ..dan bertambah sedap ..kena pulak kita memonteng dengan girl friends kita anak orang kaya Kuala Lumpur, Melbourne ..tetapi kesan memonteng ni .. akan datang menghantui kita .. programming skills tak ada kerana .. kuliah programming tak hadhir. Sedap memonteng di panggung wayang mana-mana di Batu Pahat, JB, Singapura atau Jakarta.

4.4 Jaga waktu solat anda. 5 kali sehari. Sembahyanglah di masjid. Jika kita seorang perempuan saya syorkan anda sangat sangat anda bersegeralah bersolat di awal-awal waktu. Jika tidak .. let us say anda melengah-lengah solat .. jam 130 tak sembahyang zohor lagi .. tiba-tiba datang 'cik P' anda jam 0300 petang .. maka anda dikira telah sengaja tidak mengerjakan solat. Hukum? haram. 1 kali tak sembahyang anda layak dicelup ke dalam api neraka selama 80 tahun. 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. So gunalah mesin kalkulator itu .. berapa lama anda akan berada di dalam kawah neraka. Maaf. Saya kena cakap benda yang dasyat ini. Sebagai P.A. saya dibayar gaji untuk memberitahu anda perkara ini.

Itulah dulu tips . dari saya .. sebagai P-A anda.

Selamat Maju Jaya. wasallam.

Dr Sazali FSKTM 22 September 2011 Sesi Pengajian 2011/12

0 comments:

Post a Comment