Hari ini kerja lah

Posted by sazali

Salam.

Hari ini Jumaat 2 SEptember 2011. Hari raya ke empat.

2) Saya datang bekerja di fakulti seperti biasa. yang peliknya .. tak ada sesiapa pun saya terserempak. Adakah hari ini dikira cuti jugak?

3) Alhamdulilah, setelah puas saya mencari sahabat-sahabat ..saya terserempak dengan En Ramlee Lambak dari Bendahari, Dr Muhammad Akbal dari FSTPI dan Hj Shahabuddin FKAAS. Lega bila mereka katakan .. hari ni kerja. Mungkin ramai staf ambik cuti ..sambung cuti sampai ke Isnin.

4) After sembahyang Jumaat saya .. dijemput makan di rumah VC Dato' Prof Dr Md Noh Dalimin. Lagi lega bila Prof Dr Hashim Saim Dekan FSTPI dan Prof Dr Sulaiman Yamin TD 1 FP TEK mengesahkan memang Jumaat adalah hari bertugas.

Aghh.. after makan jamuan ..saya bergegas ke PKU. jari kaki saya bengkak digigit pacat. Sudah mulai menanah dan berair. Tetapi .. terkejut lah tak ada orang pun yang jaga kounter walaupun ..di belakang sana ada orang sibuk buat hemodylisis... aghh kenapa ini yer? .. dan terus saya ke fakulti sendiri. FSKTM. Appointment dgn student arab Md Riyadd MIT jam 400 ptg Jumaat 2/9/11..dia nak submit tesis masters nya dah.

Sebelum berjumpa dgnnya saya buat pura pura sibuk siapkan soalan Finals DIT 1033 Maths IT 1 berserta dengan skema jawapannya. Mesti hantarkan ke PPD by Monday morning 5 SEPTEMBER 2011.

Saya kena kerja kuat sedikit kerana isnin dan selasa depan ..saya nak cuti untuk menguruskan anak saya ke UIA KUantan. Jauh jugak perjalanan itu. Saya tak suka .. memandu secara laju dan bergopoh gapah. lagipun saya bukan Menteri Besar Pahang pun. SEkadar seorang ayah yang bertanggung jawab sahaja.

Adush macam-macamlah. FSKTM hari ni .. macam tanah kubur jer .. sunyi sepi tak ada penghuni-penghuninya pun. pak guard pun tidak kelihatan batang hidungnya sejak pagi tadi.

Sekian laporan dari hamba ROGER!

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment