Salam.
Saya terhibur dengan nyanyian-nyanyian pelajar saya bernama Betty 3BIT pagi tadi di dalam dewan DTI UTHM sebelum Jamuan Hari Raya Aidil Fitri. He..he..
Saya kagum beliau dapat menyampaikan lagu-lagu patriotik dengan baik seperti Allahyarhamah Rafeah Buang dan Allahyarham Ahmad Jais. Bahkan Adri Goh pun menyanyi bagus - bila diberi peluang menyanyi. Ke mana Adri Goh sekarang?
2) Tetapi saya suka membawa pembaca budiman kepada syarahan Dato' (maaf tak ingat namanya - kenapa Penerbit tak cetak bio datanya?). Aghh cara dia bercakap macam arwah ayahanda saya yang sama-sama berjuang melawan komunis , Konfrontasi dgn Indonesia .. maklumlah arwah ayah seorang polis pangkat rendah. Tetapi pengurbanannya tetap saya sanjung sampai mati. Saya menulis ini bukan anti kerajaan tetapi saya menulis dari pandangan orang-orang muda yang ada pelajaran, pengalaman dan .. macam-macam ada.
3) Point pertama - '..kita dah senang, makmur , .., buat apa cari susah ..'
Memang benar kata-kata itu. Saya sokong ayat keramat ini 100% tetapi .. sebagai bangsa melayu kita mahu kehidupan yang lebih baik dan jujur. Sebagai anak Malaysia moden kita mahu .. Malaysia dipimpin oleh sebarisan orang yang betul-betul berpelajaran, berhemah tinggi, beragama , rekod peribadi dan kerjanya bersih, bersih berakhlak mulia, jujur untuk menjaga bangsa, agama dan negara. Mungkin selama ini kita ditipu. Ada kemungkinan itu, bukan? Pokok tak akan bergoyang ..jika tidak adanya angin yang datang mengoyangkannya . Askar dan polis zaman dahulu (1960 - 1970'an) ..mereka disediakan kemudahan berek polis .. tak payah sibuk mencari rumah sewa. Kami sekeluarga bila hendak pulang ke Kelantan dari Johor (melalui Kluang) akan menaiki kereta api .. itu pun dengan kemudahan waran kelas 2 kerajaan. Jika mahu beli barang-barang runcit di kedai apek .. apek akan beri kemudahan kredit buku 3 5 .. mengapa? Polis dan askar mendapat gaji setiap akhir akhir bulan. So settle? Rumah dah ada dan apek cina tepi balai polis pun ada. Susah tak ada sangat. Mungkin sebab itu Dato' ini bercakap '..kita dah senang ..wat apa cari susah..'. Sekarang tahun 2011/12 graduan yang barui keluar mencari kerja ..terpaksa membayar banyak hutang PTPTN , sewa rumah sudah mahal di Kumpur .. dan mana ada apek macam polis dan askar ada di tepi rumah mereka. Inflasi semakin tinggi ..dan terus naik .. Gaji graduan RM2000 - RM3000 sebulan tidak cukup Dato'. Mereka tidak semewah polis dan askar yang diberikan kemudahan tempat tinggal dan ada perkhidmatan apek/ India dengan buku 3 5 nya. Buku hutang!
Point Kedua: '.. 13 MEI 1969 .. melayu lawan cina .. bila Kuala Lumpur di tawan oleh DAP... orang cina berasa mereka dah berkuasa ..halaunya kita ..melayu boleh berambus ..dari Kuala Lumpur.. ha..ha..orang cina ketawa". (drama pentomin tadi ..hebat lakonan budak-budak Diploma kita tau? ). Sebenarnya ..mungkin kerajaan pada masa itu terlalu sibuk dengan sambutan menyambut kemerdekaan, Cinta Bahasa, .., tetapi mereka lupa .. , graduan melayu sekadar menjawat jawatan guru sahaja sedangkan jawatan jurutera, doktor, peguam , .., kebanyakkannya diambil oleh graduan dari bangsa Cina dan India. Komposisi kaum dalam sektor kerja tidak seimbang. Orang melayu zaman dahulu 1950 - 1970'an ..memandang jawatan guru berijazah .. cukup hebat dah ..zaman dahulu. Batch UM tahun 1970'an ramai dah pencen dengan jawatan terakhir mereka PENGETUA/ Pengarah Kementerian , Pusat atau di mana-mana dah. Bahkan ustaz askar graduan UM Pendidikan Islam pun pada tahun 1970'an ramai menjawat jawatan tinggi-tinggi .. sama ada dalam kerajaan atau pun dunia korporat .. Persepsi zaman dahulu org tua melayu ..begitulah ..Mesti kerja kerajaan ..hidup mu mesti dah terjamin siang dan malam. Sekarang? Tidak lagi Dato'. Tetapi Dato' kena banyak membaca macam-macam bahan-bahan bacaan seperti Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Star, NST, Utusan, Berita, Harakah dan Keadilan. Bila banyak membaca .. dan ada banyak pengalaman ..baru sedap kita bersyarah di atas pentas nun di depan sana. O yer.. jika kita gi ..ke Kongo / Somalia zaman 1960'an - 1970'sn kita memperolehi bayar elaun luar negara. Ada yang menggunakan eluan itu untuk membeli tanah sekeping dua di kampung sejurus setelah pulang ke tanah air. So tak hairanlah ..bekas askar di Kongo akan berkata ' kita dah senang ..wat apa cari susah ..'
Point Ketiga: " saya tak perlu membaca mana-mana buku sejarah ..cukuplah saya bercerita di sini kerana pada tahun 1960 .. saya berkhidmat di bawah Regimen Askar Melayu .. ". Mana boleh kita bercakap melalui pengalaman saja. Persepsi Dato' sangat lah terhad. Hanya .. menggunakan satu dimensi .. ilmu (itu pun hasil sogokan dari Kerajaan British , Badan-badan Bersatu ), pengalaman dan pemerhatian sebagai anggota tentera pangkat tinggi ataupun rendah yang sempit. Kita mesti ada bukti , fakta yang kukuh baru boleh bercakap itu dan ini mengenai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ini. Aghh.. dia bercakap macam ayah saya. Berbentuk cerita. Ayatnya pendek ..tetapi padat dengan fakta. Tahniah ..tetapi .. sekarang kita perlu banyak membaca mengapa orang Cina dan Melayu bergaduh sampai menumpahkan darah merah di bandar Kuala Lumpur. Memang kita bagaikan kucing dengan anjing dulu ..dan mungkin .. ( penuhkan petak kosong ini). Isu agama selalu diguna pakai oleh pihak pembangkang. Memang betul ayat nya .. Libya hancur kerana bangsa arab bergaduh sama mereka, Amerika masuk, Tentera Bersekutu masuk campur ,.. , Somalia hancur kerana kaum africa bergaduh sama sendiri , amerika masuk campur .. dan tidak mustahil Malaysia juga akan hancur jika melayu bergaduh sama sendiri. PKR, PAS dan UMNO. Bila kita tak bersatu kita akan jadi lemah. Bila lemah melayu , isu isu yang kaum cina ..bawakan seperti ketidakadilan pemberian biasiswa, pemberian kerja, pelantikan orang cina sebagai Ketua Polis Negara (contohnya), pemohonan tanah, .. hanya BN saja yang terpaksa menguruskan isu ini. Dan kadang-kadang keputusan yang dibuat ..mungkin tidak cukup sempurna dan adil. Ini tidak adil kerana sepatutnya 3 kaum melayu juga dijemput ..untuk membuat keputusan .. tetapi .. kerajaan tidak menjemput secara ikhlas adil dan saksama semua kaum melayu termasuk PAS, PKR, .. , Bebas mengambil bahagian. Ada kemungkinan .. sesuatu terlepas pandang. Mana ada orang yang 101% sempurna? Saya sudahi komen saya dengan wallahu aklam sahajalah.
Wallahu aklam - Allah Maha Mengetahui.
p/s: Saya anak merdeka. Mana ada kami tidak menyayangi bumi bertuah ini. Pantang anak melayu menderhaka kepada Agungnya.. Hidup Melayu! Di sini ada tak First Gentleman? laugh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment